Books
Books
Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan.
"Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan" merupakan sebuah risalah ringkas yang mengandungi perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim dalam memahami hukum-hakam hadyu, korban dan penyembelihan, agar dia berada di atas pengetahuan dan kefahaman yang jelas dalam urusan agamanya.
Risalah Ringkas Buat Golongan Ateis
Sebuah risalah ringkas kepada penganut ateis, yang berbicara kepada akal bahawa ketelitian dan keteraturan alam semesta menafikan kebetulan serta menunjukkan adanya Pencipta Yang Maha Bijaksana. Maka, adakah masuk akal semua ini terjadi daripada ketiadaan? Oleh itu, bukalah hatimu untuk berfikir dan merenung, serta carilah kebenaran; mungkin engkau akan menemui di dalamnya cahaya yang memberi petunjuk kepadamu.
Zikir-zikir waktu pagi dan petang:
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya; Yang tidak mengantuk apatah lagi tidur; Yang memiliki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi; Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya; Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya…
Siapakah yang menciptakan aku? Dan mengapa?
Segala sesuatu menunjukkan kewujudan Pencipta. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi serta segala makhluk agung yang terdapat di dalamnya yang tidak dapat dijangkau? Siapakah yang mencipta sistem yang begitu teratur dan sempurna di langit dan bumi? Siapakah yang menciptakan manusia dan memberikan pendengaran, penglihatan, dan akal, serta menjadikannya mampu memperoleh pengetahuan dan memahami kebenaran? Bagaimana anda menerangkan ciptaan yang begitu teliti dalam organ tubuh anda dan tubuh makhluk hidup lain? Siapakah yang menciptanya? Bagaimana alam semesta yang besar ini dapat teratur…
Risalah Ringkas Berkenaan Islam Menurut Quran dan Sunnah
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani Islam (Edisi ringkas tanpa rincian dalil.) [1] [1] Terdapat edisi lain bagi risalah ini yang disertakan dengan rincian dalil Quran dan Sunnah bagi setiap fakta yang dinyatakan; dapatkan di pautan: https://islamhouse.com/ar/books/2830071 Risalah penting ini memuatkan pengenalan ringkas berkenaan agama Islam, menyerlahkan secara ringkas prinsip, ajaran dan keindahan agama ini, berdasarkan sumber utama, iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi ﷺ. Risalah ini ditujukan kepada setiap individu, sama ada beragama Islam atau tidak, dengan bahasa masing-masing,…
Nota Padat Fardu Ain
Buku ini menyentuh bab-bab Usuluddin dengan susunan yang ringkas, tetapi lengkap. Dalam buku ini, pembaca akan mempelajari asas-asas ibadah yang sahih, makna-makna keimanan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhirat dan takdir. Buku ini dimulakan dengan penjelasan berkenaan nikmat Islam, kepentingan mempelajari berkenaan Allah, sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang terindah. Kemudian diikuti dengan perbahasan berkenaan Lima Rukun Islam dan Rukun-Rukun Iman. Buku ini juga menerangkan tentang konsep Ihsan dan kesannya kepada individu beriman. Buku ini dilengkapi…
Utusan agama Islam: Nabi Muhammad ﷺ
Buku kecil "Rasul agama Islam: Nabi Muhammad SAW" mengisahkan secara ringkas perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW; bermula dari susur galur keturunannya dan zaman kecilnya, sehinggalah ke perkahwinan baginda, turunnya wahyu pertama, dan permulaan risalah terakhir yang dibawanya kepada umat manusia. Buku ini turut menjelaskan tanda-tanda kenabian dan bukti-bukti kebenaran baginda, serta memperincikan syariat yang dibawa olehnya dan bagaimana ia berperanan dalam menjaga hak dan maruah manusia. Ia juga menyoroti reaksi para penentang baginda serta pengakuan mereka terhadap kejujuran dan…
Ringkasan Tatacara Haji dan Umrah
Kitab “Al-Mukhtaṣar fī Ṣifat al-Ḥajj wa al-‘Umrah” memberikan penjelasan yang ringkas dan jelas mengenai hukum-hakam dan manasik haji dan umrah, bermula daripada miqat ihram dan jenis-jenisnya, diikuti dengan tatacara ihram dan larangan-larangannya, sehinggalah kepada perincian tawaf dan sa'i, serta manasik pada hari Arafah dan hari-hari Tasyriq, dan diakhiri dengan tawaf wada'. Kitab ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman manasik haji serta membantu jemaah haji dan umrah untuk menunaikan ibadah mereka dengan betul dan sempurna, dengan memberikan penekanan kepada Sunnah dan ketetapan syarak.
مصلى الجنائز
Tiap-tiap diri (pasti) akan merasai mati. (Surah Āli 'Imrān: 185). Nabi ﷺ melihat satu jenazah, lalu baginda bersabda: “Ada yang mendapat kerehatan dan ada yang (orang lain) berehat daripadanya. Hamba yang beriman berehat daripada kepayahan dan kesusahan dunia menuju rahmat Allah, manakala hamba yang jahat, maka para hamba, negeri-negeri, pepohonan dan binatang-binatang berehat daripadanya.” Riwayat al-Bukhari (6512). (Ucapan Takziah) Semoga Allah memberi kesabaran kepada kalian, meringankan musibah kalian dan mengampuni si mati. Sesungguhnya milik Allah apa yang Dia ambil, dan milik-Nya apa…
Nota Padat: Adab Musafir, Tatacara Haji dan Umrah, Adab Ziarah, Himpunan Doa dan Lampiran Fatwa dan Beberapa Kesalahan Lazim
Kitab ini membahaskan adab-adab dan hukum-hakam musafir, dengan memberikan tumpuan khusus kepada manasik haji dan umrah. Buku ini menjelaskan syarat-syarat ibadah dan tatacara manasik menurut sunnah Nabi ﷺ, serta membincangkan adab-adab musafir seperti istikharah dan mendalami hukum-hakam syarak. Perbahasannya diakhiri dengan perbincangan mengenai kesalahan-kesalahan dalam ibadah haji dan umrah serta fatwa-fatwa syarak yang berkaitan dengannya.
Tatacara Umrah
Buku kecil "Tatacara Umrah" karya Sheikh Abdul Aziz bin Baz RH menerangkan manasik umrah dengan gaya bahasa yang jelas dan mudah, sebagai panduan praktikal yang membantu umat Islam melaksanakan ibadah umrah dengan khusyuk dan mudah, disertakan dengan doa-doa dan zikir-zikir yang masyhur bagi setiap peringkat ibadah.
Q&A Bulan Ramadan untuk Kanak-kanak (Turut Bermanfaat untuk Golongan Dewasa)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Sekapur Sireh Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan bulan Ramadan dan mengkhususkannya dengan pelbagai kelebihan berbanding bulan dan hari yang lain. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad bin Abdullah, semoga selawat dan salam turut dicurahkan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda. Amma ba‘d: Ini adalah soal jawab mengenai bulan Ramadan untuk kanak-kanak, namun tidak kurang manfaatnya untuk golongan dewasa. Ia mengandungi penjelasan mengenai perkara-perkara yang wajib, yang disunatkan dan yang sepatutnya dilakukan…
Ziarah Gua Hira'
Buku Ziarah Gua Hira' membincangkan tentang tempat yang menjadi lokasi bermulanya risalah kenabian, tempat turunnya ayat-ayat al-Quran yang pertama. Buku ini menegaskan bahawa ibadah yang disyariatkan di Mekah terhad kepada Masjidil Haram dan tempat-tempat yang ditentukan untuk ibadah haji. Ia menolak segala bentuk bidaah seperti memohon pertolongan atau mengambil keberkatan daripada tempat atau benda yang tidak disyariatkan, seperti Gua Hira’. Buku ini juga memberi amaran terhadap perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi SAW, dan menyeru agar ibadah ditujukan secara tulen dan ikhlas hanya kepada…
Saya Seorang Muslim
Makalah ini menjelaskan konsep Islam, siapakah yang digelar Muslim, serta bagaimana menjadi seorang Muslim yang sebenar. Ia juga mengandungi penjelasan tentang keindahan Islam, beberapa adab dan akhlak mulia, kedudukan wanita, serta hak-hak terhadap kaum kerabat, jiran dan masyarakat. Makalah ini turut menjelaskan bahawa Islam menyeru dan mengajak kepada segala bentuk kebaikan, serta melarang daripada segala bentuk kejahatan.
Akidah Yang Benar
Risalah ini bertujuan untuk menjelaskan akidah yang benar, iaitu akidah yang dibawa oleh semua para nabi, diturunkan bersamanya kitab-kitab, dan dengannya seluruh makhluk diseru. Ia adalah mentauhidkan Allah dalam rububiyyah-Nya, uluhiyyah-Nya, serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Juga kewajipan beriman dengan enam rukun iman, agar ia menjadi manhaj hidup bagi seorang mukmin, dengannya dia terselamat daripada kesesatan dan berjaya di dunia serta akhirat.
Akidah Yang Sahih dan Pembatalnya
Karangan Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Pengantar Segala puji hanya bagi Allah semata; selawat dan salam ke atas Rasul yang tiada nabi selepasnya, juga ke atas kerabat dan para sahabat baginda.
رسالة واحدة فقط!
Satu Pesanan Sahaja! Dr. Naji bin Ibrahim al-'Arfaj Penghargaan buat mereka yang mencari kebenaran dengan jujur lagi ikhlas. Jua kepada mereka yang mempunyai akal yang waras.
Tatacara Wuduk (Penerangan Ringkas dan Amali)
Tatacara Wuduk (Video Mudah) Panduan praktikal yang menjelaskan tatacara wuduk langkah demi langkah adalah amat penting, kerana wuduk merupakan syarat sah solat. Saksikan video ini dan pelajarilah tatacara wuduk yang sahih. Tatacara Wuduk
مقدمة ما لا يسع المسلم جهله
Muqaddimah Faḏīlat al-Shaykh Dr Ṣāliḥ bin Fawzān al-Fawzān Mufti Am Kerajaan Arab Saudi Segala puji bagi Allah. Saya telah menelaah kitab (Perkara yang Mesti Diketahui Setiap Muslim), karya Faḏilat al-Shaykh Khalid bin Hamad al-Kharif. Saya mendapati ia sebuah kitab yang bermanfaat, merangkumi segala yang wajib diketahui daripada agama Islam, serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Gaya bahasanya juga jelas, menjadikannya sebuah kitab yang amat berguna dalam bidang ini. Semoga Allah membalas penulisnya, Sh. Khalid, dengan sebaik-baik ganjaran, dan menjadikan…
Fadhilat dan Adab Masjid Nabawi, serta Hukum Menziarahi Kubur Nabi ﷺ dan Kubur Kedua-dua Sahabat Baginda رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Buku ini menjelaskan keutamaan-keutamaan Masjid Nabawi, adab-adab menziarahinya, serta adab-adab ziarah ke makam Nabi ﷺ dan makam kedua-dua sahabat baginda رضي الله عنهما, sambil menekankan kepentingan menjaga ketenangan, kesucian dan menjauhi amalan-amalan bidaah semasa ziarah.
Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Risalah ringkas yang menghimpunkan doa-doa pilihan yang lengkap lagi bermanfaat daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Nabawiyyah, yang dipilih oleh penyusunnya untuk memudahkan hafalan dan amalannya; merangkumi doa hidayah, keampunan, rahmat, rezeki, kebaikan urusan agama dan dunia, dan sebagainya.
Amalan-Amalan Haji
Risalah ini memberikan penjelasan ringkas mengenai manasik haji, bermula daripada ihram pada hari kelapan, diikuti dengan amalan-amalan pada hari Arafah, pelaksanaan manasik hari raya, dan melontar Jamrah, sehinggalah kepada tawaf ifadah dan tawaf wada'.
Tatacara Umrah
Buku kecil "Tatacara Umrah" menerangkan manasik umrah dengan gaya bahasa yang jelas dan mudah, sebagai panduan praktikal yang membantu umat Islam melaksanakan ibadah umrah dengan khusyuk dan mudah, disertakan dengan doa-doa dan zikir-zikir yang masyhur bagi setiap peringkat ibadah.
Tiga Dasar Utama dan Dalil-Dalilnya
Buku ini membahaskan prinsip-prinsip asas yang wajib dipelajari oleh seorang Muslim: Ilmu berkaitan Allah, agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ, serta menekankan kepentingan prinsip-prinsip ini dalam membina iman dan amal soleh berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan alSunnah.
Nota Padat (Hukum-Hakam Muazin, Imam, Khatib dan Masjid)
Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang hukum-hakam azan dan iqamah, menjadi imam solat, khutbah Jumaat, serta adab di Masjid. Ia turut membahaskan kewajipan para muazin, imam dan khatib, serta menegaskan kepentingan mempelajari hukum-hakam syarak yang berkaitan dengan tugas-tugas ini bagi menjamin pelaksanaannya yang sempurna. Ia juga memuatkan nas-nas daripada Nabi ﷺ beserta penjelasannya, agar dapat diamalkan dengan tepat.
Islam Agama Para Rasul
Islam bermaksud penyerahan diri dan patuh kepada kepada pencipta dan pentadbir alam ini, iaitu Allah; yang didasari kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya. Asas bagi agama Islam adalah beriman kepada Allah. Kita beriman bahawa Allah-lah pencipta, dan semua yang selain-Nya adalah makhluk yang diciptakan. Allah sahajalah yang berhak disembah secara tunggal tanpa sekutu. Allah mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang agung. Milik Allah sahajalah kesempurnaan mutlak tanpa sebarang kekurangan. Allah tidak melahirkan, tidak dilahirkan. Tiada apa yang setara dan sebanding dengan-Nya. Allah…
Latar Belakang Ringkas Berkenaan Islam Menurut al-Quran dan al-Sunnah
Islam Buku penting ini memuatkan pengenalan ringkas berkenaan agama Islam, menyerlahkan secara ringkas prinsip, ajaran dan keindahan agama ini, berdasarkan sumber utama, iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi ﷺ. Buku ini ditujukan kepada setiap individu, sama ada beragama Islam atau tidak, dengan bahasa masing-masing, pada setiap masa, di setiap tempat, tanpa mengira keadaan. (Edisi Disertakan Dengan Perincian Dalil Daripada al-Quran dan al-Sunnah.) 1. Islam adalah mesej Allah kepada semua manusia, yang kekal merentasi masa dan merupakan yang terakhir daripada segala mesej Ilahi. Islam adalah mesej…
إعداد خطيب ماهر
Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya segala puji-pujian hanya bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya, dan memohon keampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri-diri kami dan daripada keburukan amalan-amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh-Nya, maka tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah…
Tatacara Solat Nabi ﷺ
Melalui Buku Tatacara Solat Nabi SAW ini, ShaykhʿAbd al-ʿAzīz bin Bāz RH menjelaskan serba ringkas bagaimana tatacara solat Nabi SAW, dengan gaya bahasa yang mudah tetapi teliti, bersandarkan kepada nas-nas yang sahih. Mudah-mudahan buku menjadi panduan bagi setiap Muslim dalam menyempurnakan solatnya. Penulis juga menjelaskan rukun-rukun solat, sunat-sunatnya dan sifat-sifatnya, bermula daripada wuduk hingga salam, lengkap dengan dalil dan penjelasan. Penulis mengajak agar kita mencontohi Nabi SAW langkah demi langkah, dalam melaksanakan ibadah teragung ini.
Ringkasan Tatacara Umrah dan Hukum
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipohon buat Nabi kita, Muhammad, dan juga buat keluarga dan sahabat handai baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipohon kepada Nabi kita, Muhammad, juga buat keluarga dan sahabat handai baginda kesemuanya. Ammā baʿd: Ini merupakan sebuah risalah ringkas mengenai tatacara umrah, hukum-hakam dan adab-adabnya. Dalam risalah ini, kami berusaha menjelaskan sebahagian besar perkara yang diperlukan oleh jemaah umrah. Kepada Allah jualah kita memohon agar Dia menjadikannya sebagai amalan yang…