ستون سؤالا في أحكام الحيض والنفاس
*
These files are generated automatically from the book's text; their layout may differ from the printed edition.
*
*
S1:
J1:
S2:
J2:
S3:
J3:
S4:
J4:
S5:
J5:
S6:
J6:
S7:
J7:
S8:
J8:
S9:
J9:
S10:
J10:
S11:
J11:
S12:
J12:
S13:
J13:
S14:
J14:
S15:
J15:
S16:
J16:
S17:
J17:
S18:
J18:
S19:
J19:
S20:
J20:
S21:
J21:
S22:
J22:
S23:
J23:
S24:
J24:
S25:
J25:
S26:
J26:
S27:
J27:
S28:
J28:
S29:
J29:
S30:
J30:
S31:
J31:
S32:
J32:
S33:
J33:
S34:
J34:
S35:
J35:
S36:
J36:
S37:
J37:
S38:
J38:
S39:
J39:
S40:
J40:
S41:
J41:
S42:
J42:
J43:
J43:
S44:
J44:
S45:
J45:
S46:
J46:
S47:
J47:
Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW memerintahkan Asma' binti 'Umays, isteri Abu Bakar RA, yang mengalami nifas di Dzul Hulayfah untuk mandi, memakai kain dan berniat ihram. Begitu juga wanita yang haid boleh berniat ihram dan tetap dalam keadaan ihram sehingga suci, kemudian melaksanakan tawaf dan sa'i.
S48:
J48:
S49:
J49:
S50:
J50:
S51:
J51.
S52:
J52:
S53:
J53:
S54:
J54:
S55:
J55:
S56:
J56:
S57:
J57:
S58:
J58:
S59:
J59:
S60:
J60:
Kerana Nabi SAW pernah menghalang wanita haid daripada tawaf di Kaabah, dan nifas adalah seperti haid dalam masalah ini.
[1] Khamrah ialah karpet sejadah solat.
60 Soal Jawab Tentang Darah Wanita
*
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat utusan Allah, Muhammad bin Abdullah, buat kerabat dan sahabat baginda, dan sesiapa yang menurut jalan baginda, sehingga hari muka.
Saudari seakidahku;
Dek kerana terlalu banyak soalan yang diajukan kepada para ulama berkaitan hukum-hakam haid dalam ibadat, kami mengambil keputusan untuk menghimpunkan soalan-soalan yang selalu berulang dan berlaku, berserta jawapannya secara ringkas tanpa huraian panjang.
Saudariku, Muslimah;
Tujuan kami menghimpunkan soalan-soalan ini secara ringkas adalah supaya saudari mudah mengaksesnya setiap masa. Kerana sangat penting memahami syariat Allah, supaya saudari menyembah Allah menurut ilmu dan petunjuk.
Perhatian: Mungkin para pembaca akan mendapati beberapa persoalan yang tampak berulang, tetapi sebenarnya terdapat tambahan info dalam setiap jawapan, yang tiada pada soalan yang lain.
وصلَّى اللهُ وسلَّم على نبيِّنَا محمَّدٍ، وآلِه وصَحْبِه أجْمَعِين
Hukum-Hakam Haid Berkaitan Solat dan Puasa
Pada bulan Ramadan, seorang wanita suci dari haid serta merta selepas masuk subuh. Adakah dia perlu imsak (menahan diri daripada makan minum) dan berpuasa pada hari tersebut? Adakah dia dikira tunai puasa sehari jika berpuasa? Atau perlu qada juga?
Sekiranya seorang wanita putus (suci) daripada haid selepas terbit fajar, terdapat dua pendapat ulama:
Pendapat pertama: Dia perlu menahan diri daripada perkara membatalkan puasa sepanjang hari tersebut. Tetapi dia tidak dikira menunaikan puasa pada hari tersebut, sebaliknya dia perlu mengqadanya selepas Ramadan. Ini pendapat popular dalam Mazhab Imam Ahmad (rah.).
Pendapat kedua: Dia tidak perlu menahan diri pada hari tersebut. Kerana pada hari tersebut, puasanya tidak akan sah kerana dia masih haid pada awal hari. Justeru dia bukan ahli puasa. Jika tidak sah puasanya, maka tiada guna dia menahan diri. Dia tidak perlu menghormati hari tersebut, kerana dia memang diperintahkan untuk berbuka pada awal harinya dan haram berpuasa. Puasa yang diterima syariat adalah: Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, sebagai bentuk ibadah kepada Allah, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Pendapat kedua ini lebih kuat daripada pendapat pertama. Dan menurut kedua-dua pendapat ini, wanita tersebut perlu mengqada puasa hari tersebut selepas Ramadan.
Sekiranya seorang wanita suci daripada haid sebelum subuh, tetapi dia mandi wajib selepas masuk waktu, kemudian dia solat subuh dan menyempurnakan puasa pada hari tersebut, adakah dia masih wajib mengqada puasanya?
Sekiranya dia suci daripada haid seminit sebelum waktu subuh dengan yakin, maka dia wajib berpuasa pada hari itu. Puasanya pada hari itu sah dan tidak perlu mengqadanya. Kerana dia berpuasa dalam keadaan suci daripada haid, meskipun dia hanya mandi wajib selepas masuk waktu. Begitu juga jika seorang lelaki berjunub pada waktu malam, kerana jimak atau mimpi basah, kemudian dia hanya mandi wajib selepas masuk waktu subuh, puasanya pada hari itu juga sah.
Cuma di sini ingin ditekankan tentang isu lain, iaitu sebahagian orang menyangka bahawa jika wanita datang haid selepas berbuka puasa sebelum solat isyak, puasanya pada hari itu terbatal dan perlu diganti. Sangkaan ini tiada asalnya dalam agama. Sebaliknya sekiranya seorang wanita datang bulan selepas terbenam matahari walaupun sedetik, puasanya sempurna dan sah.
Adakah wanita nifas wajib solat dan puasa sekiranya darah tidak lagi turun sebelum genap tempoh 40 hari?
Ya. Bila-bila sahaja darah nifas berhenti turun sebelum 40 hari, wanita tersebut wajib mendirikan solat, wajib berpuasa sekiranya pada bulan Ramadan, dan suaminya halal bersetubuh dengannya. Kerana dia sudah suci, tidak terhalang dari puasa, solat dan jimak.
Sekiranya kebiasaan tempoh haid 8 atau 7 hari, tetapi suatu ketika darahnya turun lebih dari tempoh kebiasaan, apakah hukumnya?
Sekiranya kebiasaan tempoh haidnya 6 atau 7 hari, kemudian suatu ketika tempoh darah turun berpanjangan sehingga 8, atau 9, atau 10, atau 11, dia masih dalam keadaan haid dan tidak perlu solat, sehingga darah putus. Kerana Nabi SAW tidak meletakkan had tempoh tertentu bagi darah haid, Allah SWT berfirman, "Mereka bertanya kepadamu, wahai Nabi, tentang haid. Katakanlah: Ia darah kotoran." [Surah al-Baqarah: 222] Justeru selagi mana darah masih turun, maka dia kekal dalam keadaan haid sehingga darahnya putus. Apabila sudah suci, barulah dia mandi wajib dan solat. Bulan seterusnya, sekiranya haidnya kurang dari tempoh kebiasaan, dia perlu mandi wajib serta merta selepas suci, meskipun tempohnya kurang berbanding bulan lepas.
Ringkasnya, seorang wanita yang masih turun darah haidnya, dia tidak perlu solat. Sama ada tempohnya sama seperti tempoh kebiasaan, atau lebih, atau kurang, dia hanya dibenarkan solat apabila dia sudah suci.
Seorang wanita yang turun darah nifas, adakah dia perlu duduk tenang selama tempoh 40 hari tanpa solat dan puasa? Atau yang dikira adalah putusnya darah, sekiranya sudah tidak turun darah, dia dikira suci dan perlu solat? Berapakah tempoh minima nifas?
Nifas tidak ada tempoh waktu tertentu. Selagi mana darah masih turun, dia perlu duduk tenang sahaja, tidak solat, tidak puasa, tidak disetubuhi suaminya.
Apabila dia dapati darah sudah tidak turun, walaupun sebelum tempoh 40 hari, walaupun hanya 10 hari, atau bahkan 5 hari sahaja, dia perlu solat, puasa dan boleh disetubuhi suaminya. Tiada masalah.
Ringkasnya, nifas adalah situasi darah yang boleh diperhatikan. Hukum-hakamnya bergantung kepada adanya darah atau tiada. Apabila ada darah, wujudlah hukum nifas. Jika tiada darah, dia sudah suci dan tidak terkait lagi dengan hukum nifas.
Tetapi jika tempoh nifasnya melangkaui 60 hari, dia dikira istihadah. Dia perlu menunggu tempoh kebiasaan haid, kemudian dia mandi wajib dan solat seperti biasa.
Sekiranya seorang wanita keluar titis-titis kecil darah pada siang Ramadan, dan titisan ini berterusan sepanjang bulan Ramadan dalam keadaan dia berpuasa, adakah puasanya sah?
Ya, puasanya sahih. Kerana titisan darah ini adalah darah penyakit. Diriwayatkan daripada `Ali bin Abu Talib (RA), beliau berkata: "Titisan darah itu hanya seumpama mimisan (darah yang keluar dari hidung), ia bukan haid." Demikian yang beliau sebutkan.
Sekiranya seorang wanita suci dari haid atau nifas sebelum masuk waktu subuh, dan hanya mandi wajib selepas masuk waktu subuh, adakah sah puasanya?
Ya, puasa wanita yang putus haid sebelum waktu subuh adalah sah, meskipun dia tidak mandi melainkan selepas menyingsingnya fajar. Begitu juga nifas. Situasi ini memasukkan wanita tersebut dalam kategori wajib berpuasa. Kes yang serupa juga dengan orang yang berjunub, sekiranya masuk waktu subuh dalam keadaan masih berjunub, puasanya tetap sah; berdasarkan firman Allah, "Maka sekarang, bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dan dapatkanlah ketetapan Allah yang ditentukan buat kalian (zuriat); makan dan minumlah sehingga jelas 'benang putih' dari 'benang hitam' fajar." [Surah al-Baqarah: 187] Sekiranya Allah mengizinkan jimak sehingga jelas waktu subuh, pastilah mandi wajib hanya berlaku selepas waktu subuh. Begitu juga berdasarkan hadis `A'isyah, beliau berkata: "Nabi SAW pernah berjunub ketika masuk waktu subuh kerana menyetubuhi isteri baginda, dalam keadaan berpuasa." Ertinya Nabi SAW tidak mandi wajib melainkan selepas terbit fajar.
Sekiranya seorang wanita merasakan pergerakan darah, atau dia merasa sakit haid yang biasa dia rasai, tetapi darahnya belum kelihatan sebelum Maghrib, adakah puasanya pada hari itu sah atau perlu diqada?
Sekiranya seorang wanita yang sedang berpuasa merasakan pergerakan darah haid, atau merasakan sakit haid, tetapi darahnya hanya keluar selepas Maghrib, puasanya pada hari itu adalah sah. Dia tidak perlu menggantikan puasa sekiranya itu puasa wajib, dan pahalanya tidak terbatal sekiranya ia puasa sunat.
Sekiranya seorang wanita melihat darah, tetapi dia tidak dapat memastikan ia darah haid atau bukan, apakah status puasanya?
Puasanya pada hari itu sah, kerana hukum asal adalah tiada haid, sehingga terbukti jelas itu adalah haid.
Kadangkala, wanita dapat melihat kesan darah yang sangat sedikit, atau titisan darah minima, terpisah-pisah dalam jam-jam tertentu dalam satu hari. Kadangkala dia melihat pada waktu kebiasaannya darah tidak turun. Kadang-kadang dia melihat darah turun pada selain waktu kebiasaan. Apakah hukum puasanya dalam dua hal ini?
Soalan seumpama ini telah selesai dijawab sebelum ini. Cuma kita sebutkan, sekiranya titisan darah tersebut turun pada waktu kebiasaan, dan dia menganggapnya darah haid yang dia kenali, ia adalah darah haid.
Bolehkah wanita yang datang bulan dan turun nifas makan dan minum pada pagi Ramadan?
Ya, dibenarkan mereka makan pada waktu siang Ramadan. Namun lebih baik mereka melakukannya secara tersembunyi sekiranya ada kanak-kanak di rumah, kerana ia akan menimbulkan kemusykilan pada mereka.
Sekiranya wanita yang datang bulan atau nifas suci pada waktu asar, adakah dia perlu solat zohor dan asar sekali? Atau hanya asar?
Pendapat yang paling tepat dalam isu ini adalah, wanita tersebut hanya wajib melaksanakan solat asar sahaja; kerana tiada dalil yang menunjukkan kewajipan solat zohor. Kaedah asalnya, "Sesiapa yang sempat melakukan satu rakaat solat asar sebelum matahari terbenam, dia dikira melakukan semua solat asar pada waktunya." Baginda tidak menyebut dia turut sempat melakukan solat zuhur. Sekiranya solat zuhur juga wajib, pasti Nabi SAW akan menjelaskannya. Begitu juga, kita bersepakat bahawa wanita yang datang bulan selepas masuk zuhur hanya perlu mengqada solat zuhur sahaja, tanpa solat asar, meskipun zuhur dijamakkan dengan asar. Tiada beza antara situasi ini dengan situasi yang ditanya.
Berdasarkan sisi pandang ini, pendapat yang rajih adalah wanita tersebut hanya wajib menggantikan solat asar sahaja, berdasarkan petunjuk dalil dan qiyas. Hal yang sama juga sekiranya wanita tersebut suci sebelum tamat waktu isyak, dia hanya perlu menggantikan solat isyak sahaja tanpa maghrib.
Ada wanita yang keguguran kandungan sebelum janin tercipta, ada yang gugur selepas janin sempurna dan sudah tampak bentuk manusianya. Apakah hukum wanita tersebut berpuasa pada hari kegugurannya? Dan apakah hukumnya berpuasa pada hari yang darah kegugurannya masih turun?
Sekiranya wanita tersebut keguguran sebelum janinnya terbentuk sempurna, maka darah yang keluar itu bukanlah darah nifas. Maka dia masih diwajibkan berpuasa dan solat semampunya, dan puasanya sah.
Sebaliknya sekiranya janin sudah tampak bentuknya, maka darah tersebut adalah darah nifas. Dia tidak dibenarkan untuk solat dan berpuasa selagi mana darah tersebut turun.
Kaedah atau piawaian dalam perkara ini: Sekiranya janin sudah terbentuk sempurna, maka darah yang keluar adalah darah nifas. Sekiranya belum terbentuk sempurna, maka bukan darah nifas. Seterusnya, sekiranya darah tersebut darah nifas, maka haram dia melakukan perkara yang diharamkan ke atas wanita yang turun nifas. Jika bukan darah nifas, maka tidaklah diharamkan ke atasnya.
Wanita yang sedang hamil turun darahnya pada siang Ramadan, adakah memberi kesan kepada puasanya?
Sekiranya seorang wanita datang bulan ketika berpuasa, maka puasa menjadi batal. Dalilnya, sabda Nabi SAW: "Bukankah apabila wanita datang bulan, dia tidak solat dan tidak berpuasa?" Berdasarkan hadis ini, kita menanggapi haid sebagai pembatal puasa, begitu juga darah nifas. Kedua-duanya membatalkan puasa.
Apabila seorang wanita hamil keluar darah yang merupakan darah haid pada pada siang Ramadan, maka haidnya sama seperti haid wanita lain yang tidak hamil juga; iaitu haidnya memberi kesan kepada puasanya. Tetapi jika darah yang keluar itu bukan darah haid, maka keluarnya darah itu tidak memberi kesan kepada puasanya.
Haid yang mungkin berlaku kepada wanita hamil adalah darah yang bersambung sejak awal kehamilan, dan yang keluar pada waktu-waktu biasa. Kedua-dua darah ini dikira sebagai darah haid menurut pendapat yang rajih.
Sekiranya wanita hamil tersebut terputus darah dari awal kehamilan, kemudian selepas itu dia melihat darahnya tidak seperti darah haid yang biasa, maka darah itu tidak menjejaskan puasanya kerana ia tidak dianggap haid.
Sekiranya seorang wanita melihat darah dalam tempoh kitaran normalnya selama sehari, kemudian sehari lagi tidak melihatnya, apakah yang dia perlu lakukan?
Pendapat yang zahir, situasi suci atau kering yang berlaku dalam tempoh kitaran normalnya adalah dianggap haid juga, tidak dianggap waktu suci. Maka wanita tersebut kekal keadaannya dalam keadaan terhalang daripada apa yang terhalang bagi seorang wanita yang sedang haid.
Sebahagian ulama berpendapat, sekiranya sehari dia melihat darah, esoknya tidak melihatnya; maka hari darah dikira haid, hari suci dikira suci, sehingga cukup 15 hari. Selepas 15 hari, darah tersebut dianggap sebagai darah sakit (istihadah). Ini merupakan pendapat yang popular dalam mazhab Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Pada hari-hari terakhir haid sebelum suci, seorang wanita tidak lagi melihat kesan darah. Adakah dia dibenarkan berpuasa pada hari itu, padahal dia belum melihat cecair putih? Atau apakah yang perlu dilakukannya?
Sekiranya kebiasaannya suci tanpa melihat cecair putih tersebut, sebagaimana yang berlaku kepada sebahagian wanita, maka dia dibenarkan berpuasa. Sekiranya kebiasaannya hanya suci selepas melihat cecair putih, maka dia tidak boleh berpuasa sehingga dia melihatnya.
Apakah hukum wanita haid dan nifas membaca al-Quran, dengan melihat mashaf atau menghafal, sekiranya dalam keadaan mendesak, seperti jika dia pelajar atau guru Quran?
Tiada halangan bagi wanita haid dan nifas untuk membaca al-Quran sekiranya terdapat keperluan, seperti jika dia seorang guru atau pelajar yang perlu mengulang al-Quran siang atau malam.
Tetapi jika membaca dengan tujuan mendapatkan pahala sahaja, maka lebih baik jika untuk wanita tersebut meninggalkannya kerana majoriti ulama berpendapat wanita haid tidak halal buatnya membaca al-Quran.
Adakah wajib bagi wanita yang datang bulan untuk menukarkan pakaiannya selepas suci? Walaupun pakaiannya tidak terkena darah atau najis lain?
Dia tidak wajib melakukan sedemikian, kerana haid tidak menjadikan badan bernajis. Hanya darah haid sahaja yang menajiskan apa-apa objek yang menyentuhnya. Kerana itulah Nabi SAW menyuruh para wanita, apabila pakaian mereka terkena darah haid, untuk mereka membasuhnya dan solat dengan mengenakan pakaian tersebut.
Seorang wanita nifas yang tidak berpuasa selama 7 hari pada bulan Ramadan, dia tidak menggantikannya sehingga tiba Ramadan seterusnya. Ramadan itu pun dia tidak berpuasa selama 7 hari kerana dia menyusukan anaknya. Dia tidak menggantikannya kerana sakit yang menimpanya. Apakah yang perlu dia lakukan sekarang, apabila Ramadan ketiga semakin hampir? Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan Shaykh.
Sekiranya wanita ini, seperti yang dia katakan, sedang sakit dan tidak mampu menggantikan puasanya, maka dia hanya perlu menggantikan puasa bila-bila yang dia mampu. Kerana dia memiliki keuzuran, meskipun sehingga apabila tiba Ramadan kedua.
Sekiranya dia tidak memiliki sebarang uzur hakiki, dan hanya beralasan dan bermalas-malasan, maka dia tidak boleh melewatkan qada' puasa sehingga Ramadan seterusnya. `A'isyah berkata, "Saya pernah ada hutang puasa. Saya tidak mampu mengqadanya sehingga tiba bulan Syaaban."
Berdasarkan penghujahan ini, wanita ini perlu melihat kepada keadaan dirinya. Sekiranya dia tidak memiliki sebarang uzur, maka dia berdosa dan perlu bertaubat kepada Allah, serta bersegera menggantikan hutang puasanya. Sekiranya dia memiliki uzur yang hakiki, maka tiada masalah untuknya, meskipun telat qada' selama setahun dua.
Sebahagian wanita masuk bulan Ramadan kedua dalam keadaan masih belum menggantikan puasa pada Ramadan lepas. Apakah yang mereka perlu lakukan?
Mereka wajib bertaubat kepada Allah atas perbuatan mereka ini. Kerana tidak harus bagi sesiapa yang perlu mengqada puasa Ramadan untuk melewatkannya sehingga tiba Ramadan seterusnya tanpa sebarang keuzuran. Ini berdasarkan ucapan `A'isyah: "Saya pernah ada hutang puasa. Saya tidak mampu mengqadanya sehingga tiba bulan Syaaban."
Ini menunjukkan bahawa tidak boleh melewatkan ganti puasa sehingga selepas Ramadan seterusnya. Maka yang wajib ke atasnya adalah bertaubat kepada Allah daripada perbuatannya, dan dia perlu mengqadakan hari-hari puasa yang ditinggalkannya.
Sekiranya seorang wanita datang bulan pada pukul 1 selepas masuk waktu zohor, misalnya, dia belum solat zohor lagi. Adakah dia wajib menggantikan solat zohornya selepas bersuci?
Terdapat beberapa pendapat ulama dalam perkara ini. Sebahagian mereka berpendapat bahawa dia tidak wajib menggantikannya, kerana bukan dia yang bermudah-mudahan meninggalkannya, dan dia tidak berdosa kerana solat boleh ditangguhkan selagi masih ada waktu.
Ada juga yang berpendapat wajib menggantikan solat tersebut, berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW: "Sesiapa yang sempat satu rakaat solat dalam waktunya, dia telah sempat seluruh solatnya."
Justeru dalam rangka berhati-hati, wanita tersebut diharuskan mengqada solat tersebut. Ia hanya satu solat, tidak akan memberatkannya.
Sekiranya wanita hamil melihat darah sehari dua sebelum melahirkan anak, adakah dia perlu meninggalkan solat dan puasa kerananya? Atau bagaimana?
Sekiranya wanita tersebut melihat darah sehari dua sebelum melahirkan, dan dia mula merasakan sakit-sakit beranak, maka itu adalah darah nifas. Dia dibenarkan meninggalkan solat dan puasa. Sekiranya dia tidak merasakan sakit-sakit beranak, maka darah tersebut adalah darah fasad, ia tidak memberi sebarang kesan dan tidak menghalang puasa dan solat.
Apakah pendapat Tuan Shaykh berkenaan pengambilan pil pencegah haid pada bulan puasa kerana mahu berpuasa penuh dengan orang ramai?
Saya melarang perbuatan ini kerana pil-pil ini mengandungi bahaya yang besar, sebagaimana yang para doktor beritahu kepada saya. Kita nasihatkan kepada kaum wanita, kitaran darah ini adalah ketentuan Allah kepada puteri-puteri Adam, maka bercukupanlah dengan ketentuan tersebut. Berpuasalah jika tiada halangan. Jika ada, berbukalah dengan penuh keredaan terhadap takdir.
Seorang wanita selepas dua bulan dari nifas dan selepas suci mula mendapati beberapa titik kecil darah. Adakah dia harus berbuka puasa dan tidak solat? Apa yang harus dia lakukan?
Masalah wanita berkaitan haid dan nifas adalah seperti laut yang tiada penghujungnya dan salah satu penyebabnya ialah penggunaan pil pencegah kehamilan dan haid. Dahulu orang tidak menghadapi banyak masalah seperti ini. Memang benar masalah ini telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad ﷺ, malah sejak wujudnya wanita, tetapi peningkatannya secara mendadak yang membuatkan seseorang bingung dalam menyelesaikan masalah ini adalah sesuatu yang amat dikesali.
Namun, kaedah umum ialah jika seorang wanita telah suci dan melihat tanda suci yang pasti dalam haid dan nifas, dan yang dimaksudkan dengan tanda suci dalam haid ialah keluarnya cecair putih, yang dikenali oleh wanita. Maka, selepas suci, apa jua kotoan, kekuningan, titik atau kelembapan bukanlah haid. Ia tidak menghalang daripada solat, puasa dan suami bersama isteri, kerana ia bukan haid. Ummu 'Atiyyah berkata: Kami tidak menganggap kekuningan dan kekotoran itu apa-apa. [Riwayat al-Bukhari] Dalam riwayat Abu Dawud dengan sanad yang sahih: Kekuningan dan kekeruhan selepas suci.
Oleh itu, kami katakan: Semua yang berlaku selepas suci yang pasti daripada perkara ini tidak memudaratkan wanita dan tidak menghalangnya daripada solat, puasa, dan suami menyetubuhi isteri. Tetapi wanita tidak boleh terburu-buru sehingga melihat tanda suci, Kerana ada sesetengah wanita apabila darah kering daripadanya segera mandi sebelum melihat tanda suci. Oleh itu, wanita-wanita sahabat menunjukkan kapas berlumuran darah kepada Ummul Mukminin Aisyah RA, dan beliau berkata kepada mereka: "Jangan tergesa-gesa sehingga melihat cecair putih."
Sesetengah wanita darahnya berterusan dan kadang-kadang berhenti sehari atau dua hari kemudian kembali ... Apakah hukumnya dalam keadaan ini berkaitan puasa, solat dan ibadat yang lain?
Diketahui bahawa ramai ulama berpendapat bahawa wanita yang mempunyai kebiasaan haid dan apabila kebiasaan itu berakhir, dia perlu mandi, solat dan puasa. Apa yang dilihatnya selepas dua atau tiga hari bukanlah haid kerana tempoh suci yang paling singkat menurut mereka ialah tiga belas hari.
Sesetengah ulama berkata: Apabila wanita melihat darah maka ia adalah haid dan apabila dia suci daripadanya maka dia adalah suci, walaupun tidak ada tempoh tiga belas hari antara dua haid.
Yang manakah lebih baik bagi wanita, solat terawih di rumahnya atau di masjid? Apatah lagi jika di masjid terdapat ceramah dan tazkirah? Apakah nasihat tuan Shaykh bagi kaum wanita yang solat di masjid?
Yang paling baik bagi wanita adalah solat di rumahnya, berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW, "Dan rumah-rumah wanita lebih baik untuk mereka [solat di sana]." Sebab lain, keluarnya wanita ke kawasan umum selalunya tidak selamat daripada fitnah (ujian). Justeru keberadaan mereka di rumah mereka lebih baik buatnya berbanding keluar ke masjid untuk solat. Sementara ceramah dan tazkirah agama boleh didengari melalui kaset-kaset rakaman.
Pesan saya kepada kaum Hawa yang pergi solat di masjid, untuk keluar dari rumah mereka tanpa bertabaruj dengan berhias serta berharuman.
Apakah hukum wanita merasa masakannya pada siang Ramadan, dalam keadaan dia berpuasa?
Hukumnya, tidak mengapa, kerana ada keperluan. Tetapi dia perlu meluahkannya semula setelah merasanya dengan lidahnya.
Seorang wanita hamil diuji dengan kemalangan, lalu keguguran janin selepas pendarahan yang teruk. Bolehkah dia berbuka puasa, atau dia perlu meneruskan puasa juga? Sekiranya dia berbuka, adakah berdosa?
Wanita hamil tidak datang bulan, sebagaimana yang Imam Ahmad sebutkan: Wanita mengetahui kehamilan apabila haid sudah terputus. Darah haid pula, menurut ahli ilmu, Allah ciptakan sebagai gizi buat janin di dalam perut ibunya. Apabila berlaku kehamilan, maka haid akan terputus.
Tetapi sebahagian wanita, kadangkala haidnya berterusan selepas hamil dengan kitaran biasa sebelum hamil. Kes seperti ini dihukumkan sebagai haid biasa juga, kerana haid berterusan baginya dan tidak terkesan dengan kehamilan. Haid ketika hamil ini menghalang segala yang dihalang haid ketika tidak hamil, dan mewajibkan perkara yang sama, menggugurkan hukum yang sama.
Kesimpulannya: Darah yang keluar ketika kehamilan ada dua jenis:
1. Darah yang dikelaskan sebagai haid, iaitu darah yang berterusan dengan kitaran yang sama seperti sebelum kehamilan. Hukumnya sama seperti haid biasa.
2. Darah sakit yang disebabkan faktor luaran, seperti kemalangan, mengangkat beban, terjatuh atau seumpamanya. Darah seperti ini tidak dihukumkan sebagai darah haid, ia darah biasa yang keluar dari pembuluh darah biasa. Hukumnya, darah jenis ini tidak menghalang wanita untuk solat atau puasa, sebaliknya dia dianggap suci.
Tetapi sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan keguguran, atau kelahiran pramatang, sekiranya janin atau anak yang keluar sudah nyata bentuk manusiawinya, maka darah yang keluar dianggap sebagai nifas. Dia perlu meninggalkan solat dan puasa, dan suaminya tidak boleh menggaulinyanya sehingga dia suci.
Sekiranya janin yang keluar masih belum tampak bentuk manusiawinya, maka darah yang keluar tidak dianggap darah nifas. Sebaliknya darah fasad yang tidak menghalangnya solat dan puasa.
Para ulama menyebut, tempoh minima untuk terbentuknya rupa manusia pada janin adalah 81 hari, kerana penciptaan janin dalam perut ibunya. Ia sebagaimana yang Abdullah bin Mas`ud RA sebutkan: Rasulullah sallallah `alayh wasallam menyampaikan kepada kami, baginda adalah seorang yang jujur dan dipercayai: Sungguh, setiap orang daripada kalian dihimpunkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi gumpalan darah seperti itu juga, kemudian dia menjadi ketulan daging seperti itu juga. Kemudian diutuskan malaikat kepadanya, diperintahkan untuk mencatatkan 4 perkara, tentang rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia dia." Tidak mungkin janin terbentuk paras manusianya sebelum tempoh ini. Kebiasaannya, ia hanya berlaku selepas 90 hari kehamilan, sebagaimana yang dinyatakan sebahagian ulama.
Saya keguguran anak pada bulan tiga sejak tahun lepas. Saya tidak melaksanakan solat sehingga saya bersuci. Tetapi ada orang beritahu yang saya masih wajib solat. Apakah yang saya perlu lakukan? Saya tidak tahu berapa hari saya tinggalkan solat secara tepat.
Yang diketahui daripada ulama, wanita yang keguguran selepas bulan ketiga kehamilan tidak perlu solat selagi mana keluar darah kerana janin yang gugur itu, jika sudah tampak bentuk manusia, darah yang keluar selepas itu adalah darah nifas.
Ulama menyebutkan, berkemungkinan juga janin terbentuk selepas 81 hari. Tempoh ini lebih sedikit daripada 3 bulan. Jika seseorang yakin yang janinnya gugur sebelum tempoh ini, maka darah yang keluar adalah darah fasad. Masih wajib melaksanakan solat meskipun darah ini keluar.
Penanya ini perlu ingat semula, sekiranya janin gugur sebelum 80 hari kehamilan, dia perlu qada' solat yang ditinggalkannya. Sekiranya dia tidak tahu berapa banyak yang dia tinggalkan, Dia perlu membuat anggaran dan mencari jumlah yang paling berkemungkinan bagi hari-hari yang dia tidak solat.
Penanya wanita mengajukan tentang dirinya, sejak dia baligh, dia sentiasa berpuasa Ramadan, cuma dia tidak mengqada'kan puasa yang ditinggalkan disebabkan kitaran datang bulan dan kerana dia tidak mengetahui jumlah hari yang ditinggalkan berpuasa. Wanita ini meminta panduan tentang kewajipan yang perlu dilakukannya sekarang.
Kita sedih dengan perkara sebegini yang berlaku dalam kalangan wanita beriman. Tindakan ini, iaitu mengabaikan qada' puasa wajib, sama ada kerana kejahilan atau mengambil enteng, kedua-duanya adalah musibah. Tetapi ubat kejahilan adalah ilmu dan bertanya. Sementara mengambil enteng ubatnya adalah bertakwa kepada Allah, merasakan Dia sedang mengawasi, takut dengan azab-Nya, bersegera mencapai keredaan-Nya.
Wanita ini perlu bertaubat kepada Allah daripada perbuatan ini, beristighfar, dan cuba membuat anggaran jumlah hari yang ditinggalkan semampunya, kemudian dia mengqada'nya. Barulah selepas itu, dia terlepas daripada hutang puasa. Kita berharap semoga Allah menerima taubatnya.
Apakah hukum wanita datang bulan selepas masuk waktu solat? Adakah dia wajib qada' solat tersebut selepas suci? Begitu juga sekiranya dia suci sebelum habis waktu solat?
Pertamanya, wanita yang datang bulan selepas masuk waktu solat, dia wajib menggantikan solat tersebut selepas tamat haid sekiranya dia tidak sempat melaksanakannya sebelum datang bulan. Ini berdasarkan sabdaan Nabi SAW: "Sesiapa yang sempat satu rakaat solat, dia telah sempat melaksanan solat." Sekiranya wanita tersebut sempat melalui tempoh satu rakaat solat sebelum datang bulan, maka dia perlu qada' solat tersebut selepas dia suci.
Keduanya, sekiranya wanita tersebut suci daripada haid sebelum habis waktu solat, maka dia wajib menggantikan solat tersebut selepas mandi wajib. Jika dia suci sebelum terbit matahari dengan tempoh satu rakaat, dia wajib menggantikan solat subuh tersebut. Sekiranya dia suci sebelum terbenam matahari dengan kadar satu rakaat, dia wajib menggantikan solat asar hari tersebut. Sekiranya dia suci sebelum mencecah pertengahan malam dengan kadar satu rakaat, dia wajib menggantikan solat isyak malam tersebut. Sekiranya dia suci selepas pertengahan waktu malam, dia tidak wajib menggantikan solat isyak malam itu. Dia hanya wajib solat subuh seterusnya, apabila tiba waktunya. Allah SWT berfirman, "Setelah kalian berasa tenang, maka laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat diwajibkan kepada orang beriman dengan waktunya." Ertinya: Kami wajibkan solat dalam tempoh waktu tertentu, tidak boleh dia melakukan solat di luar waktunya, tidak boleh juga memulakan solat sebelum masuk waktunya.
Haid saya datang semasa sedang solat. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu mengganti solat sepanjang tempoh haid?
Jika haid berlaku selepas masuk waktu solat, contohnya haid datang setengah jam selepas masuk waktu zuhur, maka selepas suci daripada haid, kamu perlu mengganti solat yang masuk waktunya semasa anda masih suci. Ini berdasarkan firman Allah SWT: "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman" (Surah al-Nisa, 4:103).
Anda tidak perlu mengganti solat yang tertinggal sepanjang tempoh haid kerana Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis panjang: "Bukankah jika wanita haid dia tidak solat dan tidak berpuasa?" Para ulama juga sepakat bahawa wanita haid tidak perlu mengganti solat yang tertinggal semasa tempoh haid.
Namun, jika wanita itu suci dan masih ada waktu untuk melakukan satu rakaat atau lebih, maka dia harus melakukan solat waktu tersebut. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang sempat mendapatkan satu rakaat daripada solat asar sebelum matahari terbenam, maka dia telah mendapat solat asar." Oleh itu, jika wanita itu suci semasa waktu asar atau sebelum terbit matahari dan masih ada waktu untuk satu rakaat, dia perlu melakukan solat asar atau solat subuh dalam situasi tersebut.
Ibu saya berusia 65 tahun dan tidak mempunyai anak selama 19 tahun. Kini, dia mengalami pendarahan selama tiga tahun. Bagaimana cara menguruskan haid dalam keadaan ini?
Bagi wanita yang mengalami pendarahan seperti ini, dia harus meninggalkan solat dan puasa selama tempoh haid yang biasa sebelum pendarahan ini berlaku. Jika haidnya biasanya datang pada awal setiap bulan selama enam hari, maka dia harus meninggalkan solat dan puasa selama enam hari dari awal setiap bulan. Setelah tempoh ini, dia mandi dan melaksanakan solat serta puasa.
Cara untuk wanita ini dan yang seumpamanya untuk melakukan solat adalah dengan membersihkan farajnya dengan sempurna, membalutnya dan berwuduk. Dia perlu melakukan ini selepas masuk waktu solat fardhu. Jika dia ingin melakukan solat sunat di luar waktu fardhu, dia boleh melakukan yang sama.
Dalam kes ini, untuk mengelakkan kesulitan, dia boleh menggabungkan solat zohor dengan asar, dan maghrib dengan isyak, supaya dia hanya perlu bersuci tiga kali sehari, sekali untuk zohor dan asar. Sekali untuk maghrib dan isyak, dan sekali lagi untuk subuh. Berbanding dia perlu melakukan perkara ini 5 kali, dia hanya perlu melakukannya 3 kali sahaja.
Saya ulang sekali lagi, apabila dia ingin bersuci, dia perlu membersihkan farajnya, membalutnya dengan kain atau seumpamanya untuk mengurangkan pendarahan, kemudian berwuduk dan solat. Dia perlu solat zohor empat rakaat, asar empat rakaat, maghrib tiga rakaat, isyak empat rakaat, dan subuh dua rakaat. Dia tidak boleh meringkaskan solatnya seperti yang difahami oleh sesetengah orang awam. Tetapi dia boleh menggabungkan solat zohor dengan asar, dan maghrib dengan isyak, sama ada secara taqdim (lebih awal) atau ta'khir (lebih lewat). Jika dia ingin melakukan solat sunat dengan wuduk yang sama, dia boleh melakukannya.
Apakah hukum wanita haid berada di Masjidil Haram untuk mendengar ceramah dan khutbah?
Tidak dibenarkan bagi wanita haid untuk tinggal di Masjidil Haram atau mana-mana masjid. Namun, dia dibenarkan untuk lalu di masjid dan mengambil barang yang diperlukan, atau untuk keperluan lain. Sebagaimana yang Nabi SAW beritahu kepada Aisyah RA ketika dia diminta untuk mengambil hamparan: "Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu." Jika wanita haid melintasi masjid dan dia yakin darah haid tidak akan menitis di masjid, tidak ada masalah baginya.
Namun, jika dia ingin masuk dan duduk, maka ini tidak dibenarkan.
Nabi SAW pernah memerintahkan wanita yang keluar untuk solat Hari Raya agar tidak berada di tempat solat ketika haid. Ini menunjukkan bahawa wanita haid tidak boleh berada di dalam masjid untuk mendengar khutbah atau ceramah.
*
Hukum-Hakam Bersuci Ketika Solat
Bendalir keputihan dan kekuningan yang keluar daripada wanita itu, adakah ia suci atau najis? Adakah wajib berwuduk apabila ia keluar? Apa hukumnya jika bendalir tersebut keluar berterusan? Apa pula hukumnya jika ia terputus-putus? Kebanyakan wanita, terutamanya yang terpelajar, menganggapnya kelembapan normal yang tidak mewajibkan wuduk.
Yang zahir kepada saya selepas melakukan kajian, bahawa cecair yang keluar itu bukan berasal daripada pundi kencing, sebaliknya keluar daripada rahim. Ia cecair yang suci, tetapi keluarnya membatalkan wuduk. Tidaklah disyaratkan membatalkan wuduk apabila keluar najis sahaja, seperti angin yang keluar dari punggung. Meskipun ia tidak berjirim, ia tetap membatalkan wuduk.
Justeru, sekiranya cecair seperti itu keluar ketika dia dalam keadaan sudah berwuduk, wuduknya terbatal dan perlu diperbaharui.
Tetapi sekiranya cecair tersebut berterusan keluar, ia tidak membatalkan wuduk. Dia hanya perlu berwuduk apabila masuk waktu solat. Dalam tempoh waktu tersebut, dia dibenarkan solat fardu dan sunat, membaca al-Quran, dengan wuduk tersebut. Perincian yang sama juga berkenaan kencing tidak lawas. Inilah hukum cecair tersebut. Dari sudut kesuciannya, ia suci. Dari sudut wuduk, ia membatalkan wuduk, kecuali jika berterusan tidak putus-putus. Jika berterusan tidak putus-putus, ia tidak membatalkan wuduk. Tetapi wanita tersebut perlu berwuduk selepas masuk waktu dan berhati-hati.
Sebaliknya jika cecair tersebut keluar terputus-putus dan kebiasaannya cecair akan terputus dalam waktu solat, maka sebaiknya wanita tersebut melewatkan solatnya sehingga waktu putus cecair, selagi mana dia tidak risau keluar waktu. Jika risau keluar waktu, dia berwuduk, menutup farajnya dengan kapas, dan bersembahyang.
Tiada beza antara banyak dan sedikit, kerana mana-mana pun keluar daripada qubul dan dubur, maka ia membatalkan wuduk tanpa mengambil kira banyaknya. Berbeza dengan cecair yang keluar daripada anggota badan lain, seperti darah dan muntah, ia tidak membatalkan wuduk sama ada sedikit atau banyak.
Sangkaan sebahagian wanita bahawa cecair ini tidak membatalkan wuduk, saya tidak mengetahui sebarang sumber bagi sangkaan ini melainkan pendapat oleh ibn Hazm rahimahullah. Menurutnya, cecair ini tidak membatalkan wuduk. Tetapi beliau tidak mengemukakan sebarang dalil. Sekiranya pendapat ini memiliki sandaran daripada al-Quran, Sunnah atau pendapat para sahabat, pasti kita akan menerimanya.
Kaum wanita wajib bertakwa kepada Allah, berusaha memelihara kesuciannya kerana solat tidak akan diterima tanpa bersuci meskipun seseorang solat seratus kali. Bahkan sebahagian ulama berpendapat sesiapa yang solat tanpa bersuci, dia jatuh kafir kerana dianggap bermain-main dengan ayat Allah.
Wanita yang sentiasa keluar cecair (najis tidak lawas) pada farajnya, sekiranya dia berwuduk untuk melaksanakan solat fardu, adakah dia dibenarkan juga untuk solat sunat atau membaca al-Quran dengan wuduk tersebut sehingga dia mahu melaksanakan solat fardu seterusnya?
Apabila wanita tersebut telah berwuduk untuk solat fardu pada waktunya, dia dibenarkan untuk solat fardu dan sunat yang seterusnya dengan wuduk tersebut, sehingga masuk waktu solat yang seterusnya.
Adakah sah jika wanita tersebut solat duha dengan wuduk yang diambil untuk solat subuh?
Tidak sah solat duhanya kerana solat duha ini ada waktunya, maka perlu berwuduk yang baru selepas masuk waktunya kerana hukum wanita tersebut sama seperti istihadah. Nabi SAW telah menyuruh wanita yang ditimpa istihadah untuk berwuduk setiap kali solat.
Waktu zohor bermula dari tergelincir matahari sehingga masuk waktu asar.
Waktu asar bermula dari waktu zohor sehingga matahari menjadi kekuningan. Selepas itu adalah waktu darurat sehingga terbenam matahari.
Waktu maghrib bermula dari terbenam matahari sehingga hilang mega merah.
Waktu isyak bermula dari hilangnya mega merah sehingga pertengahan malam.
Adakah sah jika wanita tersebut solat sunat malam selepas separuh malam dengan wuduk yang diambil untuk solat isyak?
Tidak sah. Apabila berlalu separuh malam, wanita tersebut perlu memperbaharui wuduknya. Dalam pendapat ulama yang lain, dia tidak memperbaharui wuduknya dan inilah pendapat yang kuat.
Bilakah waktu terakhir untuk solat isyak? Bagaimanakah untuk mengenal pasti waktunya?
Waktu terakhir solat Isyak adalah separuh malam. Waktu akhir ini diketahui dengan dihitungkan jumlah jam daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar, kemudian hasilnya dibahagikan dua. Apabila berlalu tempoh separuh itu, maka habislah waktu Isyak. Separuh yang berbaki tersebut bukanlah waktu Isyak, tetapi tempoh pertengahan antara Isyak dan Subuh.
Sekiranya seorang wanita yang turun cecair tersebut secara terputus-putus, lalu dia mengambil wuduk, kemudian usai berwuduk cecair tersebut turun lagi, apakah yang dia perlu lakukan?
Jika cairan tersebut terputus-putus, maka dia perlu menunggu waktu cairan tersebut terputus tidak turun. Tetapi jika dia tidak mampu mendapatkan tempoh tersebut kerana ia turun secara rawak, maka dia berwuduk seperti biasa selepas masuk waktu dan melaksanakan solat seperti biasa sahaja dan tiada sebarang hukum baginya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya cairan tersebut terkena anggota badan atau pakaian?
Jika cairan tersebut suci, maka tidak perlu melakukan apa-apa. Tetapi jika ia najis, iaitu jika sumber cairan tersebut adalah dari pundi kencing, maka dia wajib mencucinya.
Berkenaan dengan tatacara wuduk apabila keluar cairan tersebut, adakah dia perlu hanya membasuh anggota wuduk yang wajib sahaja?
Benar. Cukup sekadar itu sekiranya cairan itu suci, iaitu jika ia keluar dari rahim, bukan dari pundi kencing.
Mengapakah tiada hadis spesifik yang menjelaskan status cairan tersebut dalam membatalkan wuduk? Seddangkan para sahabat wanita sentiasa berusaha untuk bertanya setiap perincian berkaitan urusan agama mereka?
Kerana bukan semua wanita mengeluarkan cairan tersebut.
Ada wanita yang tidak berwuduk apabila cecair tersebut keluar sebelum ini kerana tidak tahu, apakah yang perlu dilakukannya?
Dia perlu bertaubat kepada Allah dan bertanya kepada para ulama tentang urusan tersebut.
Ada pihak yang menisbahkan kepada Tuan Shaykh pendapat tidak batal wuduk dengan keluarnya cecair tersebut.
Sesiapa yang menisbahkan kepada saya pendapat ini, dia tidak bercakap benar. Mungkin dia menyangka apabila saya menghukumkan cecair tersebut sebagai suci, maka saya juga menghukumnya tidak membatalkan wuduk sedangkan tidak begitu.
Apakah status darah kotor yang keluar lebih kurang sehari sebelum haid? Kadangkala darah yang keluar itu seumpama benang nipis hitam atau coklat pekat. Apakah statusnya juga jika keluar selepas haid?
Darah ini, jika ia permulaan haid, maka ia dikira haid juga. Perkara ini diketahui dengan rasa sakit dan senak yang biasa terkena pada wanita yang datang bulan.
Darah yang keruh selepas haid pula perlu ditunggu sehingga ia hilang kerana darah yang bersambung dengan darah haid, adalah haid juga. Ini berdasarkan ucapan `A'isyah RA, "Jangan tergesa-gesa sehingga kamu melihat cecair putih." Wallah a`lam.
*
Hukum Hakam Haid Berkaitan Haji dan Umrah
Bagaimanakah caranya wanita haid melaksanakan solat sunat ihram? Adakah wanita haid dibenarkan mengulang ayat-ayat suci Al-Quran dalam hatinya?
Pertama sekali, perlu diketahui bahawa ihram itu sendiri tidak mempunyai solat khusus. Ini kerana tidak ada nas daripada Nabi Muhammad SAW yang menyatakan adanya solat khusus untuk ihram, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau pengakuannya.
Kedua, wanita yang haid sebelum berniat ihram boleh berniat ihram dalam keadaan haid;
Mengenai soalan sama ada wanita haid boleh membaca Al-Quran, maka ya, wanita haid dibenarkan membaca Al-Quran jika ada keperluan atau maslahat. Namun, jika tiada keperluan, adalah lebih baik tidak membacanya. Jika sekadar untuk ibadah atau mendekatkan diri kepada Allah, lebih utama dia tidak membacanya.
Seorang wanita pergi menunaikan haji, lalu dia datang bulan lima hari sebelum perjalanan. Setelah sampai di miqat, dia mandi dan berniat ihram walaupun masih haid. Di Mekah, dia menunggu sehingga suci, lalu melaksanakan umrah. Kemudian dia haid lagi semasa Tawaf Ifadah. Tetapi dia malu, maka dia meneruskan sahaja manasik hajinya. Dia tidak memberitahu walinya tentang hal tersebut sehingga tiba ke rumahnya. Apakah hukumnya?
Jika darah yang keluar semasa tawaf ifadah adalah darah haid yang dikenali melalui ciri dan kesakitannya, maka tawaf ifadah tersebut tidak sah. Wanita itu perlu kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf ifadah setelah suci. Dia perlu berihram semula di Miqat, dan melaksanakan umrah lain dengan tawaf dan sa`i, dan memendekkan rambutnya, kemudian melaksanakan tawaf ifadah sekali lagi.
Jika darah itu bukan darah haid yang dikenali, mungkin disebabkan oleh keletihan atau faktor lain, maka tawaf ifadahnya sah menurut pandangan yang tidak mensyaratkan taharah untuk tawaf.
Jika tidak dapat kembali ke Mekah dek kerana terlalu jauh, haji wanita itu sah kerana dia telah melakukan yang terbaik.
Seorang wanita berniat umrah tiba di Mekah dalam keadaan haid dan suaminya perlu segera pulang. Apakah yang perlu dilakukan?
Wanita itu boleh pulang bersama suaminya dan kekal dalam ihramnya. Setelah suci, dia boleh kembali untuk menyelesaikan umrahnya jika berada di dalam negara. Ini jika dia tinggal di Saudi kerana kembali semula tidak sukar dan tak perlu berpenat lelah. Tidak juga perlu kepada passport atau dokumen lain.
Jika dia adalah pelancong asing dan sukar untuk kembali, dia boleh menjaga kebersihan darah, melakukan tawaf, sa’i, bertahallul dan menyelesaikan umrah dalam perjalanan yang sama, kerana keadaan darurat membolehkan yang terlarang.
Apakah hukum wanita yang datang bulan semasa menunaikan haji? Adakah hajinya sah?
Jawapan bergantung pada masa haid berlaku. Sebahagian ibadat haji boleh dilakukan semasa haid, manakala tawaf memerlukan keadaan suci. Selain tawaf, ibadat lain boleh dilakukan semasa haid.
Saya menunaikan haji tahun lalu. Saya menyempurnakan semua manasik haji kecuali tawaf ifadah dan tawaf wada', kerana haid. Selepas itu saya pulang ke rumah saya di Madinah, dengan niat untuk kembali semula untuk melakukan tawaf ifadah dan tawaf wada' kerana kejahilan saya dalam urusan agama, saya telah bertahalul dan melakukan perkara yang diharamkan semasa ihram. Saya bertanya seseorang tentang kembali ke Mekah untuk tawaf, tetapi dia menjawab bahawa haji saya telah terbatal dan tidak boleh hanya bertawaf. Sebaliknya saya perlu mengulang haji semula tahun hadapan. Adakah jawapannya ini benar? Adakah alternatif lain? Adakah saya perlu mengulang haji semula? Mohon berikan saya solusi apa yang patut saya lakukan, semoga Allah memberkati.
Ini juga musibah yang terjadi dek fatwa tanpa ilmu. Dalam keadaan ini, anda hanya wajib kembali ke Mekah bagi melaksanakan tawaf ifadah sahaja.
Tawaf wada' tidak wajib jika anda haid semasa meninggalkan Mekah kerana tidak diwajibkan kepada wanita haid. Ini berdasarkan hadis Ibn `Abbas RA, "Nabi SAW memerintahkan agar orang yang menziarahi Mekah untuk meninggalkan Mekah dengan bertawaf tetapi baginda memberi keringanan kepada wanita haid." Dalam riwayat Abu Dawud: "Hendaklah akhir manasik mereka di Kaabah adalah Tawaf." Ini juga berdasarkan hadis Nabi SAW apabila baginda diberitahu bahawa Safiyyah RA melakukan tawaf ifadah, "Kamu sudah selesai." Ini semua menjadi dalil bahawa tawaf wada' tidak wajib bagi wanita haid.
Tetapi tawaf ifadah tetap wajib. Oleh sebab kamu bertahalul kerana kejahilan, maka ia tidak merosakkan haji kamu kerana orang jahil yang melanggar larangan Ihram tidak dikenakan sebarang denda. Ini berdasarkan firman Allah, "Tuhan kami, jangan Engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersalah." [Surah al-Baqarah, 286] Allah SWT telah menyahut doa ini, Dia berfirman, "Aku telah memperkenankannya." Begitu juga firman Allah, "Dan tidak salah bagi kamu pada perkara yang kamu tersilap, tetapi salah jika hatimu sengaja melakukannya." [Surah al-Ahzab, 5] Justeru setiap larangan Ihram, jika dilakukan kerana jahil atau terlupa atau terpaksa, maka tiada denda yang dikenakan. Tetapi selepas hilang uzur jahilnya, dia wajib meninggalkan larangan yang masih dilakukan.
Seorang wanita nifas pada hari tarwiyah dan telah menyelesaikan semua rukun haji kecuali tawaf dan sa’i. Adakah dia boleh melakukan tawaf jika melihat tanda-tanda suci selepas 10 hari?
Tidak boleh melakukan tawaf sehingga yakin benar-benar suci. Perkataan "melihat tanda-tanda suci" itu menunjukkan bahawa dia belum suci secara sempurna. Jika dia sudah benar-benar suci secara sempurna, barulah dia mandi, bertawaf dan bersa`i.
Jika dia bersa`i sebelum bertawaf sekali pun tidak mengapa kerana Nabi SAW pernah ditanya perihal status haji orang yang melakukan sa`i sebelum tawaf, baginda menjawab, "Tiada halangan."
Seorang wanita ihram di al-Sail dalam keadaan haid. Di Mekah, dia pergi ke Jeddah untuk keperluan. Haidnya berhenti di Jeddah, lalu dia mandi dan menyikat rambutnya. Kemudian menyelesaikan hajinya. Adakah hajinya sah?
Hajinya sah, tiada sebarang denda buatnya.
Saya pergi umrah dan melalui miqat dalam keadaan haid, jadi saya tidak berniat ihram sehingga tiba di Mekah dan suci di sana. Saya pun berihram di Mekah. Adakah ini sah? Apakah yang saya perlu lakukan.
Ini tidak sah. Wanita yang mahu melakukan umrah, tidak dibenarkan untuk melangkaui kawasan Miqat melainkan dengan melakukan ihram, meskipun dalam keadaan haid. Dia tetap perlu berihram dan ihramnya sah. Dalilnya adalah Asma' binti `Umays, isteri Abu Bakr RA melahirkan anak dan bernifas, sementara Nabi SAW sudah tiba di Dzul Hulayfah untuk ihram Haji Wada'. Asma' menghantar utusan bertanya kepada baginda tindakan yang perlu diambil. Baginda menjawab, "Mandilah, sumbat farajmu dengan kain, dan berihramlah." Darah haid seperti darah nifas juga dalam perkara ini.
Maka kita nasihatkan kepada wanita haid yang melintasi Miqat untuk Haji atau Umrah, "Mandilah, sumbatlah dan berihramlah." Sumbat di sini bererti mengikat farajnya dengan kain, kemudian dia berihram seperti biasa. Sama ada untuk Haji atau Umrah. Tetapi di Mekah, dia jangan pergi ke Kaabah, atau bertawaf di sana melainkan setelah suci. Nabi SAW berkata kepada Aisyah RA ketika dia haid semasa umrah, "Lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, tetapi jangan tawaf di Kaabah sehingga kamu suci." Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Dalam Sahih al-Bukhari, Aisyah RA juga menyebut bahawa selepas dia suci, dia melakukan tawaf di Kaabah dan sa'i antara Safa dan Marwah. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berniat ihram untuk haji atau umrah dalam keadaan haid atau jika dia mendapat haid sebelum tawaf, dia tidak boleh melakukan tawaf atau sa'i sehingga suci dan mandi.
Namun, jika dia telah berniat ihram dan selepas tawaf, dia mendapat haid, dia boleh teruskan dengan sa'i dan memotong rambutnya, serta menyelesaikan umrahnya kerana sa'i antara Safa dan Marwah tidak memerlukan keadaan suci.
Saya datang dari Yanbu' untuk umrah bersama keluarga saya. Namun, ketika sampai di Jeddah, isteri saya haid. Saya meneruskan umrah sendiri tanpa isteri saya. Apakah hukumnya bagi isteri saya?
Bagi isteri anda, dia perlu menunggu sehingga suci dan kemudian menyelesaikan umrahnya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang Safiyyah RA yang haid: "Adakah dia akan menyebabkan kita lewat?" Mereka menjawab: "Dia sudah melakukan tawaf." Nabi SAW berkata: "Jika begitu, dia sudah selesai." Ini menunjukkan bahawa jika wanita haid sebelum melakukan tawaf, dia harus menunggu sehingga suci, kemudian melakukan tawaf.
Tawaf umrah adalah sama seperti tawaf ifadah kerana ia merupakan rukun umrah. Oleh itu, jika wanita yang melakukan umrah haid sebelum tawaf, dia harus menunggu sehingga suci kemudian melakukan tawaf.
Adakah kawasan sa’i (laluan antara Safa dan Marwah) adalah sebahagian dari masjid? Adakah wanita haid boleh berada di sana? Adakah perlu solat tahiyatul masjid jika masuk dari kawasan sa’i?
Yang jelas pada saya, kawasan sa’i bukanlah sebahagian daripada masjid, oleh itu mereka membuat dinding pemisah antara keduanya walaupun ia adalah dinding yang rendah. Pendapat ini lebih baik kerana jika kawasan sa`i adalah sebahagian dari masjid, wanita yang haid antara tawaf dan sa’i tidak boleh melakukan sa’i.
Yang saya fatwakan, jika wanita datang bulan selepas tawaf dan sebelum sa’i, dia boleh melakukan sa’i kerana kawasan sa’i tidak dianggap sebagai sebahagian dari masjid.
Mengenai solat tahiyatul masjid, jika seseorang masuk semula ke masjid selepas sa’i, dia boleh melakukannya. Namun, jika dia tidak melakukannya, tidak mengapa. Yang terbaik adalah mengambil peluang untuk solat dua rakaat kerana solat di tempat ini mempunyai keutamaan.
Saya menunaikan haji dan datang bulan tetapi malu untuk memberitahu sesiapa. Maka saya masuk ke masjid, solat, tawaf, dan sa’i. Apakah yang perlu saya lakukan memandangkan haid ini datang selepas nifas?
Tidak dibenarkan bagi wanita haid atau nifas untuk solat di mana sahaja, termasuk di Mekah atau di tempat lain. Nabi SAW bersabda tentang wanita: "Bukankah jika dia haid, dia tidak solat dan tidak berpuasa?" Semua ulama Islam sepakat bahawa tidak sah bagi wanita haid untuk berpuasa atau solat.
Wanita yang melakukan ini harus bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas perbuatannya.
Tawaf yang dilakukan semasa haid adalah tidak sah, tetapi sa’i adalah sah kerana terdapat pendapat yang membenarkan sa’i dilakukan sebelum tawaf dalam haji. Oleh itu, wanita tersebut perlu mengulang tawaf kerana tawaf ifadah adalah rukun haji, dan tahallul kedua tidak sempurna tanpa tawaf ini.
Oleh itu, wanita tersebut tidak boleh bersama suaminya jika sudah berkahwin sehingga dia melakukan tawaf, dan jika belum berkahwin, tidak boleh ada akad nikah sehingga dia melakukan tawaf.
Jika wanita datang bulan pada hari Arafah, apa yang perlu dilakukan?
Jika wanita haid pada hari Arafah, dia tetap meneruskan ibadah haji dan melakukan semua yang dilakukan oleh orang lain, kecuali tawaf di Kaabah sehingga dia suci.
Jika wanita datang selepas melontar jamrah 'aqabah dan sebelum tawaf ifadah, tetapi dia dan suaminya dalam jemaah yang tidak dapat kembali ke Mekah selepas pulang, apa yang perlu dilakukan?
Jika dia tidak dapat kembali, dia boleh menjaga kebersihan (menggunakan kain pembalut) dan melakukan tawaf kerana keadaan darurat. Tidak ada apa-apa kesalahan padanya, dan dia boleh menyelesaikan semua ibadah haji yang lain.
Sekiranya seorang wanita nifas suci sebelum 40 hari, adakah sah hajinya? Jika dia tidak merasa suci, apakah yang harus dia lakukan, dalam keadaan dia berniat untuk menunaikan haji?
Sekiranya wanita nifas itu suci sebelum hari keempat puluh, hendaklah dia mandi, solat dan dibenarkan melakukan segala yang dilakukan oleh wanita suci, termasuk tawaf kerana tiada tempoh minimum untuk nifas selepas bersalin.
Tetapi jika dia tidak merasa suci, maka hajinya juga sah, tetapi dia tidak boleh tawaf di Baitullah melainkan setelah dia suci.
*
Related books
All books
Hukum-hakam Berkaitan Jenazah26 bahasaHukum-hakam Berkaitan Jenazah
Buku "Hukum-Hakam berkaitan Jenazah" menjelaskan tentang adab-adab dan matlamat pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Ia membentangkan kelebihan mengiringi jenazah, cara solat jenazah serta pelbagai keadaan yang berkaitan. Buku ini juga merangkumi panduan penting seperti menyegerakan pengurusan jenazah, menjauhi ratapan serta kepentingan bersabar dan reda terhadap ketetapan Allah. Ia turut menyebutkan bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap manusia, menganjurkan supaya berbaik sangka terhadap Allah dan tetap teguh serta mendoakan keampunan dan rahmat untuk orang yang…
Nota Padat (Hukum-Hakam Muazin, Imam, Khatib dan Masjid)47 bahasaNota Padat (Hukum-Hakam Muazin, Imam, Khatib dan Masjid)
Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang hukum-hakam azan dan iqamah, menjadi imam solat, khutbah Jumaat, serta adab di Masjid. Ia turut membahaskan kewajipan para muazin, imam dan khatib, serta menegaskan kepentingan mempelajari hukum-hakam syarak yang berkaitan dengan tugas-tugas ini bagi menjamin pelaksanaannya yang sempurna. Ia juga memuatkan nas-nas daripada Nabi ﷺ beserta penjelasannya, agar dapat diamalkan dengan tepat.
من أحكام الصيام
Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan.26 bahasaHukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan.
"Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan" merupakan sebuah risalah ringkas yang mengandungi perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim dalam memahami hukum-hakam hadyu, korban dan penyembelihan, agar dia berada di atas pengetahuan dan kefahaman yang jelas dalam urusan agamanya.