Sekapur Sireh Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas Rasul yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam, serta ke atas keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti sunnahnya serta berpegang kepada petunjuknya hingga hari kiamat. Amma ba’du: Ini merupakan sebuah risalah ringkas yang memuatkan perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim mengenai keutamaan sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah. Kami kumpulkan ia untuk para pengunjung, Muslimin dan Muslimat, yang berziarah ke dua tanah suci, agar mereka memiliki ilmu dan kefahaman…
Language: lang_ms
Prepared by: Jawatankuasa Ilmiah Persatuan Khidmat Kandungan Islam dalam Pelbagai Bahasa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas Rasul yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam, serta ke atas keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti sunnahnya serta berpegang kepada petunjuknya hingga hari kiamat. Amma ba’du:
Ini merupakan sebuah risalah ringkas yang memuatkan perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim mengenai keutamaan sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah.
Kami kumpulkan ia untuk para pengunjung, Muslimin dan Muslimat, yang berziarah ke dua tanah suci, agar mereka memiliki ilmu dan kefahaman tentang urusan agama mereka.
Kami berharap kepada Allah agar menjadikan risalah ini bermanfaat dan ikhlas kerana-Nya sahaja, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon dan sebaik-baik tempat berharap.
Jawatankuasa Ilmiah Persatuan Khidmat Kandungan Islam dalam Pelbagai Bahasa
Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah
10 hari pertama Zulhijjah mempunyai kelebihan yang besar, yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya, dan juga telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sunnah baginda. Hari-hari ini adalah hari-hari yang Allah SWT telah bersumpah dengannya dalam kitab-Nya:"Demi waktu fajar,Demi malam nan sepuluh."[Surah al-Fajr: 1-2]Ayat ini merujuk kepada 10 hari pertama bulan Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Abbas, Ibn al-Zubayr, Mujahid, Ibn Kathir, Ibn al-Qayyim, dan ramai lagi dalam kalangan para salaf dan khalaf [1].[1] Tafsir Ibn Kathir (j. 4, hlm. 106), dan Zad al-Ma‘ad (j. 1, hlm. 56).
Inilah hari-hari di mana amalan di dalamnya lebih utama daripada jihad di jalan Allah SWT; menurut hadith Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (10 awal Zulhijjah)." Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Bahkan bukan jihad di jalan Allah juga tidak menyamai amalan di bulan ini?” Rasulullah SAW menjawab: “Benar, bahkan jihad di jalan Allah juga tidak menyamainya, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan nyawa dan harta, lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.” [2][2] Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidhi, dan lafaznya daripada al-Tirmidhi.
Amalan-amalan Mulia pada 10 Hari Pertama Zulhijjah:
1. Menunaikan haji dan umrah. Dua amalan ini adalah yang terbaik pada sepuluh hari ini; berdasarkan sabda Nabi SAW:“Sesiapa menunaikan haji ke Baitullah ini, kemudian dia tidak melakukan perkara keji dan tidak berbuat dosa, maka dia akan kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”Dalam riwayat Muslim:“Sesiapa datang ke Baitullah ini, kemudian dia tidak melakukan perkara keji dan tidak berbuat lucah, maka dia akan kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya." [3]Firman Allah Ta'ala: “Sesiapa yang datang ke Rumah ini,” merangkumi makna Haji dan Umrah, segala puji bagi Allah.
Nabi SAW juga bersabda:“Umrah kepada umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya, dan haji yang diterima tidak ada balasan baginya kecuali syurga.” [4].[3] Riwayat al-Bukhari dan Muslim.[4] Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
2. Puasa pada 9 hari pertama, atau sebanyak mana yang mampu, berdasarkan sabda Nabi SAW:"Tiada hari-hari di mana amalan soleh itu lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh (hari) ini."Puasa adalah salah satu amalan soleh yang paling agung, dan Nabi SAW telah menganjurkannya serta mendorong umat untuk melakukannya. Antara sabda baginda SAW yang menunjukkan keutamaan puasa ialah:“Mana-mana hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan memalingkan wajahnya dari api neraka dengan jarak perjalanan 70 musim luruh.” [5][5] Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
3. Disyariatkan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha (Hari Nahr) dan hari-hari Tasyriq. Pada hari tersebut, Nabi SAW:“menyembelih dua ekor kibasy yang putih berkaki hitam, bertanduk. Baginda menyembelihnya dengan tangan baginda sendiri, menyebut nama Allah dan bertakbir, sambil mengandalkan kakinya pada tengkuk haiwan korban.” [6][6] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:“Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari raya korban (Hari Nahr) yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darahnya itu sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka relakanlah (korban) itu dengan jiwa yang tenang dan reda.” [7][7] Riwayat al-Tirmidhi.
Apabila masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, maka sesiapa yang ingin berkorban, hendaklah dia menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya berdasarkan hadis Ummu Salamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin berkorban, maka hendaklah dia menahan diri daripada (memotong) rambut dan kukunya.”Dalam lafaz lain:"… maka janganlah dia memotong sedikit pun dari rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban.” [8][8] Riwayat Muslim
4. Takbir, tahlil dan zikir pada sepuluh hari ini dan hari-hari tasyriq, berdasarkan hadis Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan yang lebih dicintai-Nya daripada amalan pada sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah), maka perbanyakkanlah pada hari-hari itu tasbih, takbir dan tahmid.” [9][9] Riwayat Ahmad.
Takbir ada dua jenis seperti yang berikut:
Jenis pertama: Takbir mutlak, iaitu takbir yang tidak terikat pada waktu selepas solat sahaja, bahkan disyariatkan pada setiap masa.
Takbir mutlak bermula pada Hari Raya Aidiladha dari awal Zulhijjah hingga hari terakhir daripada hari-hari Tasyriq, pada setiap masa, sama ada malam atau siang, di jalan raya, pasar-pasar, masjid-masjid, rumah-rumah, dan di mana-mana tempat yang dibolehkan menyebut nama Allah SWT.
Jenis kedua: Takbir muqayyad, iaitu takbir yang dilakukan selepas solat, khususnya pada hari raya Aidiladha, dengan waktu dan cara pelaksanaannya seperti berikut:
Pertama: Takbir khusus dimulakan selepas solat Subuh pada hari Arafah, dan berakhir selepas solat Asar pada hari ketiga daripada hari-hari Tasyriq. Ini bagi mereka yang bukan jemaah haji. Manakala bagi jemaah haji, takbir khusus bermula bagi mereka pada waktu Zohor hari Nahr (hari penyembelihan).
Kedua: Lafaz takbirnya adalah seperti berikut:
(Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illallah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahil-hamd). [10][10] Rujukan: Al-Mughni oleh Ibn Qudamah (j. 3, hlm. 290), dan Al-Sharh Al-Kabir bersama Al-Muqni’ dan Al-Insaf (j. 5, hlm. 380).
5. Berusaha untuk menunaikan solat Aidiladha bagi yang bukan menunaikan haji, dan bersegera ke masjid serta mendengar khutbah kerana ia termasuk antara amalan besar dalam Islam. Oleh sebab besarnya kedudukan solat raya ini, wanita juga diperintahkan keluar menunaikannya termasuk wanita dara dan yang sedang haid. Umm ‘Atiyyah RA meriwayatkan:"Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya, hatta anak dara juga keluar dari tempat persembunyiannya, bahkan wanita yang sedang haid juga keluar menyertai. Mereka berada di belakang orang ramai, bertakbir bersama takbir mereka, dan berdoa dengan doa mereka, serta mengharapkan keberkatan dan kesucian hari itu."Dalam riwayat lain:"Baginda memerintahkan wanita yang sedang haid supaya berpisah atau menjauh dari tempat solat kaum Muslimin."[11] Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
6. Memperbanyakkan Amalan soleh, termasuklah ibadah sunat seperti solat sunat, sedekah, membaca al-Quran, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berbuat baik kepada jiran, menyambung silaturahim dan lain-lain amalan soleh, berdasarkan kepada umum sabda Nabi SAW:"Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (10 awal Zulhijjah)." Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Bahkan bukan jihad di jalan Allah juga tidak menyamai amalan di bulan ini?” Rasulullah SAW menjawab: “Benar, bahkan jihad di jalan Allah juga tidak menyamainya, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan nyawa dan harta, lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.” [12][12] Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidhi.
Sesungguhnya Allah jua tempat kupinta agar memberi manfaat kepada kita dengan ilmu yang dipelajari, dan mengajar kita ilmu yang memberi manfaat kepada kita; sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Selawat dan salam tercurah ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya dengan selawat yang banyak.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani Adakah kamu pernah bertanya kepada diri sendiri Siapakah yang menciptakan langit, bumi dan makhluk-makhluk besar yang berada di antara keduanya? Siapakah yang menciptakan sistem yang sangat teratur dan teliti ini?
كتاب "الوسائل المفيدة للحياة السعيدة" للشيخ عبد الرحمن بن ناصر السعدي، يتناول مفهوم السعادة الحقيقية التي يسعى لتحقيقها كل إنسان. الكتاب يوضح أن السعادة تتحقق بطاعة الله ورسوله، والعمل الصالح، والإيمان. ويُقسم السعادة إلى دنيوية مؤقتة وأخروية دائمة، ويربط بينهما بالرضا الإلهي للمؤمنين.
يعتمد الكتاب على الأدلة الشرعية من القرآن والسنة لتقديم الأسباب المؤدية للسعادة وكيفية تحقيقها، مما يجعله دليلاً للمسلمين لتنظيم حياتهم على بصيرة وإيمان.
Islam bermaksud penyerahan diri dan patuh kepada kepada pencipta dan pentadbir alam ini, iaitu Allah; yang didasari kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya. Asas bagi agama Islam adalah beriman kepada Allah. Kita beriman bahawa Allah-lah pencipta, dan semua yang selain-Nya adalah makhluk yang diciptakan. Allah sahajalah yang berhak disembah secara tunggal tanpa sekutu. Allah mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang agung. Milik Allah sahajalah kesempurnaan mutlak tanpa sebarang kekurangan. Allah tidak melahirkan, tidak dilahirkan. Tiada apa yang setara dan sebanding dengan-Nya. Allah…