Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Zikir-zikir waktu pagi dan petang: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya; Yang tidak mengantuk apatah lagi tidur; Yang memiliki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi; Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya; Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa…
Bismillāhi alladhī lā yaḍurru ma'a ismihi shay'un fī al-arḍi wa lā fī as-samā'i wa huwa as-samī'u al-‘alīm.
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama nama-Nya sesuatu pun di bumi dan juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Dibaca sebanyak 3 kali.
Raḍītu billāhi rabba wa bil-islāmi dīnā wa bi-Muḥammadin ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam nabiyya
Saya reda dengan Allah sebagai Tuhan, dengan Islam sebagai agama, dan dengan Muhammad ﷺ sebagai Nabi.Dibaca sebanyak 3 kali.
Aṣbaḥnā wa aṣbaḥal-mulku lillāh wal-ḥamdu lillāh, lā ilāha illā Allāh waḥdahu lā sharīka lahu, lahu al-mulku walahu al-ḥamdu wa huwa ‘alā kulli shay'in qadīr, rabbi as’alu-ka khayra mā fī hādhā al-yawm wa khayra mā ba‘dah, wa a‘ūdhu bika min sharri mā fī hādhā al-yawm wa min sharri mā ba‘dah, rabbi a‘ūdhu bika min al-kasal wal-haram wa suwī al-kibar, wa a‘ūdhu bika min ‘adhāb al-nār wa ‘adhāb al-qabr.
Kami telah memasuki pagidalam keadaan kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan apa yang ada pada hari ini dan kebaikan yang akan datang, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang ada pada hari ini dan keburukan yang akan datang. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada kemalasan, kelemahan, keburukan masa tua dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab api neraka dan azab kubur.Pada waktu petang pula, dia mengucapkan:Amsainā wa amsā al-mulku lillāh,
Kami memasuki petang dalam keadaan kerajaan milik Allah.Dan dia mengucapkan,Rabbi as'alu-ka khayra mā fī hādhihi al-laylah...
Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang ada pada malam ini...Sehingga akhir dengan menggantikan perkataan (Aṣbaḥnā wa aṣbaḥa) dan (hādhā al-yawm)
Allāhumma bika aṣbaḥnā wa bika amsaynā wa bika naḥyā wa bika namūt wa ilayka an-nushūr.
Ya Allah, dengan-Mu kami memasuki pagi, dengan-Mu kami memasuki petang, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati, dan kepada-Mu kami akan kembali.Pada waktu petang, dia mengucapkan,Allāhumma bika amsaynā wa bika aṣbaḥnā wa bika namūt wa bika naḥyā wa ilayka al-maṣīr.
Terjemahan: Ya Allah, dengan-Mu kami memasuki petang, dengan-Mu kami memasuki pagi, dengan-Mu kami mati, dengan-Mu kami hidup, dan kepada-Mu jualah kami kembali.
Allāhumma mā aṣbaḥa bī min ni‘mah aw bi ahadin min khalqik faminka waḥdaka lā sharīka laka falaka al-ḥamdu walaka ash-shukr.
Ya Allah, segala nikmat yang ada padaku di pagi ini, atau pada salah seorang daripada makhluk-Mu, maka semuanya adalah dari-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala syukur.Pada waktu petang pula, dia mengucapkan:Menggantikan perkataan mā aṣbaḥa bī kepada mā amsā bī.
Dibaca sebanyak 3 kali.
Allāhumma innī as'alu-ka al-‘āfiyah fī ad-dunyā wal-ākhirah, allāhumma innī as'alu-ka al-‘afwa wal-‘āfiyah fī dīnī wa dunyāy wa ahlī wa mālī, allāhumma isṭur ‘awratī wa āmin raw‘atī, allāhumma iḥfaẓnī min bayni yadayya wa min khalfī wa ‘an yamīnī wa ‘an shimālī wa min fawqī, wa a‘ūdhu bi-‘aẓamatika an ughtāl min taḥtī.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kesihatan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aibku dan berikanlah rasa aman pada ketakutanku. Ya Allah, lindungilah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku berlindung dengan keagungan-Mu agar tidak diserang dari bawah.
Allāhumma anta rabbī lā ilāha illā anta, khalaqtanī wa anā ‘abduk wa anā ‘alā ‘ahdika wa wa‘dika mā isṭa‘tu‘, a‘ūdhu bika min sharri mā sana‘tu, abū’u laka bini‘matika ‘alayya, wa abū’u bidhanbī, faghfir lī fa innahu lā yaghfiru adhdhunūba illā anta.
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berpegang pada janji dan perjanjian-Mu sejauh yang aku mampu. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.
Allāhumma fāṭir as-samāwāti wal-arḍ, ‘ālim al-ghaybi wa ash-shahādah, rabbakull shay'in wa malīkah, ash-hadu allā ilāha illā anta, a‘ūdhu bika min sharri nafsī wa min sharri ash-shayṭān wa shirkihi, wa an aqtarifa ‘alā nafsī su'an aw ajurruhu ilā muslim.
Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang kelihatan, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan diriku, daripada keburukan syaitan dan tipu dayanya, dan daripada melakukan keburukan terhadap diriku atau menjerumuskan keburukan tersebut kepada seorang Muslim.
Allāhumma innī aṣbaḥtu ush-hiduka wa ush-hidu ḥamalata ‘arshika wa malā'ikataka wa anbiyā'aka wa jamī‘a khalqika bi'annaka anta Allāh lā ilāha illā anta wa anna Muḥammadan ‘abduka wa rasūluk.
Ya Allah, sesungguhnya aku di pagi hari ini bersaksi kepada-Mu dan aku bersaksi kepada para pembawa arasy-Mu, malaikat-Mu, nabi-nabi-Mu, dan seluruh makhluk-Mu bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau, dan bahawa Muhammad ﷺ adalah hamba dan utusan-Mu.Pada waktu petang pula dia mengucapkan,Allāhumma innī amsaytu...
Ya Allah, sesungguhnya aku memasuki waktu petang...dibaca ebanyak 4 kali.
Lā ilāha illā Allāh waḥdahu lā sharīka lahu, lahu al-mulku walahu al-ḥamdu wa huwa ‘alā kulli shay'in qadīr.
Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Dibaca sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang.
ḥasbiyallāh lā ilāha illā huwa ‘alayhi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arshi al-‘aẓīm.
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan Arasy yang Maha Agung.Dibaca sebanyak 7 kali.
Subḥān Allāh wa bi-ḥamdih.
Maha Suci Allah dan segala pujian buat-Nya.Dibaca sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan pada waktu petang atau kedua-duanya sekali.
Astaghfirullāh wa atūbu ilayh.
Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.Dibaca sebanyak 100 kali.
Ini yang dapat saya catatkan, saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi agar menjadikannya bermanfaat.
Dicatatkan oleh Muhammad Soleh al-'Uthaimin pada 20-1-1418 H.
Melalui Buku Tatacara Solat Nabi SAW ini, ShaykhʿAbd al-ʿAzīz bin Bāz RH menjelaskan serba ringkas bagaimana tatacara solat Nabi SAW, dengan gaya bahasa yang mudah tetapi teliti, bersandarkan kepada nas-nas yang sahih. Mudah-mudahan buku menjadi panduan bagi setiap Muslim dalam menyempurnakan solatnya. Penulis juga menjelaskan rukun-rukun solat, sunat-sunatnya dan sifat-sifatnya, bermula daripada wuduk hingga salam, lengkap dengan dalil dan penjelasan. Penulis mengajak agar kita mencontohi Nabi SAW langkah demi langkah, dalam melaksanakan ibadah teragung ini.
Buku kecil "Rasul agama Islam: Nabi Muhammad SAW" mengisahkan secara ringkas perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW; bermula dari susur galur keturunannya dan zaman kecilnya, sehinggalah ke perkahwinan baginda, turunnya wahyu pertama, dan permulaan risalah terakhir yang dibawanya kepada umat manusia. Buku ini turut menjelaskan tanda-tanda kenabian dan bukti-bukti kebenaran baginda, serta memperincikan syariat yang dibawa olehnya dan bagaimana ia berperanan dalam menjaga hak dan maruah manusia. Ia juga menyoroti reaksi para penentang baginda serta pengakuan mereka terhadap kejujuran dan…
Karangan Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Pengantar Segala puji hanya bagi Allah semata; selawat dan salam ke atas Rasul yang tiada nabi selepasnya, juga ke atas kerabat dan para sahabat baginda.
Buku ini membahaskan prinsip-prinsip asas yang wajib dipelajari oleh seorang Muslim: Ilmu berkaitan Allah, agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ, serta menekankan kepentingan prinsip-prinsip ini dalam membina iman dan amal soleh berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan alSunnah.