Muqaddimah Faḏīlat al-Shaykh Dr Ṣāliḥ bin Fawzān al-Fawzān Mufti Am Kerajaan Arab Saudi Segala puji bagi Allah. Saya telah menelaah kitab (Perkara yang Mesti Diketahui Setiap Muslim), karya Faḏilat al-Shaykh Khalid bin Hamad al-Kharif. Saya mendapati ia sebuah kitab yang bermanfaat, merangkumi segala yang wajib diketahui daripada agama Islam, serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Gaya bahasanya juga jelas, menjadikannya sebuah kitab yang amat berguna dalam bidang ini. Semoga Allah membalas penulisnya, Sh. Khalid, dengan sebaik-baik ganjaran, dan menjadikan…
Segala puji bagi Allah. Saya telah menelaah kitab (Perkara yang Mesti Diketahui Setiap Muslim), karya Faḏilat al-Shaykh Khalid bin Hamad al-Kharif. Saya mendapati ia sebuah kitab yang bermanfaat, merangkumi segala yang wajib diketahui daripada agama Islam, serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Gaya bahasanya juga jelas, menjadikannya sebuah kitab yang amat berguna dalam bidang ini. Semoga Allah membalas penulisnya, Sh. Khalid, dengan sebaik-baik ganjaran, dan menjadikan ilmunya bermanfaat.
Ditulis oleh:
Ṣāliḥ bin Fawzān al-Fawzān
Mufti Am Kerajaan Arab Saudi
Pada 20 Ramadan 1438H
Pendahuluan:
Sesungguhnya segala puji-pujian hanya bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya, dan memohon keampunan-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri-diri kami dan daripada keburukan amalan-amalan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh-Nya, maka tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan utusan-Nya.
Sesungguhnya menjadi kewajipan atas setiap Muslim untuk mempelajari perkara asas dalam agamanya dan dia tidak boleh jahil tentangnya, sama ada berkaitan akidah, ibadah, atau urusan muamalat. Tidak dibenarkan baginya berpaling daripada agama Allah SWT, dengan tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya.
Maka, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim untuk mempelajari asas-asas yang dapat meluruskan agamanya, agar dia dapat menyembah Allah berlandaskan ilmu. Dengan itu, dia tidak menyerupai golongan Nasrani yang hanya beramal tanpa ilmu, mahupun golongan Yahudi yang berilmu tetapi tidak beramal. Kita memohon kepada Allah agar menjauhkan kita daripada jalan mereka.
Memandangkan saya saksikan masih banyak berlaku kejahilan dalam kalangan ramai orang tentang perkara asas dalam agama, dan betapa berleluasanya kejahilan ini—melainkan mereka yang dirahmati Allah—maka saya berpendapat untuk menulis, dengan izin Allah SWT, perkara-perkara yang diperlukan oleh setiap Muslim dan Muslimah, khususnya berkaitan akidah dan ibadah yang tidak boleh diabaikan.
Saya telah membahagikan kitab ini kepada tiga bab:
Bab Pertama: Hal berkaitan Akidah. Bab Kedua: Hal berkaitan Ibadat dan Bab Ketiga: Hal berkaitan Muamalat.
Saya memohon kepada Allah SWT agar Dia memberi manfaat dengan karya ini kepada setiap pencari kebenaran, serta menjadikannya sebagai amalan yang ikhlas kerana-Nya semata-mata. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas Nabi kita Muhammad ﷺ, juga ke atas keluarga baginda dan para sahabat baginda seluruhnya.
Buku ini menyentuh bab-bab Usuluddin dengan susunan yang ringkas, tetapi lengkap. Dalam buku ini, pembaca akan mempelajari asas-asas ibadah yang sahih, makna-makna keimanan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhirat dan takdir. Buku ini dimulakan dengan penjelasan berkenaan nikmat Islam, kepentingan mempelajari berkenaan Allah, sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang terindah. Kemudian diikuti dengan perbahasan berkenaan Lima Rukun Islam dan Rukun-Rukun Iman. Buku ini juga menerangkan tentang konsep Ihsan dan kesannya kepada individu beriman. Buku ini dilengkapi…
Makalah ini menjelaskan konsep Islam, siapakah yang digelar Muslim, serta bagaimana menjadi seorang Muslim yang sebenar. Ia juga mengandungi penjelasan tentang keindahan Islam, beberapa adab dan akhlak mulia, kedudukan wanita, serta hak-hak terhadap kaum kerabat, jiran dan masyarakat. Makalah ini turut menjelaskan bahawa Islam menyeru dan mengajak kepada segala bentuk kebaikan, serta melarang daripada segala bentuk kejahatan.
Karangan Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Pengantar Segala puji hanya bagi Allah semata; selawat dan salam ke atas Rasul yang tiada nabi selepasnya, juga ke atas kerabat dan para sahabat baginda.
Buku ini membahaskan prinsip-prinsip asas yang wajib dipelajari oleh seorang Muslim: Ilmu berkaitan Allah, agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ, serta menekankan kepentingan prinsip-prinsip ini dalam membina iman dan amal soleh berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan alSunnah.