Skip to content
Amalan-Amalan Haji

Amalan-Amalan Haji

Risalah ini memberikan penjelasan ringkas mengenai manasik haji, bermula daripada ihram pada hari kelapan, diikuti dengan amalan-amalan pada hari Arafah, pelaksanaan manasik hari raya, dan melontar Jamrah, sehinggalah kepada tawaf ifadah dan tawaf wada'.

Language: lang_ms
Prepared by: Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn
Version: 1.0

Kerajaan Arab Saudi

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan

Amalan-amalan Haji

Karya Ma'ali al-Shaykh:

Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn

Semoga Allah merahmatinya

Amalan Hari Pertama iaitu Hari Kelapan

1- Dia berihram untuk haji (bagi sesiapa yang berada di Mekah dan sekitarnya) dari tempatnya, dengan mandi, memakai wangi-wangian, dan mengenakan pakaian ihram, lalu mengucapkan:

"Labbaika Hajjan, labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal-hamda wan-ni‘mata laka wal-mulk, laa syariika lak."  (Aku penuhi panggilan-Mu untuk menunaikan haji, aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, kenikmatan, dan kerajaan milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu). Adapun sesiapa yang datang ke Mekah pada hari ini dari luar tempat miqat, maka dia tidak boleh melangkaui mi melainkan dengan berihram. 2- Dia menuju ke Mina, lalu tinggal di sana sehingga matahari terbit pada hari kesembilan. Dia menunaikan solat di sana: Zohor pada hari kelapan, serta Asar, Maghrib, Isyak, dan Subuh pada hari kesembilan. Setiap solat ditunaikan pada waktunya, dan solat yang empat rakaat dipendekkan.

Amalan Hari Kedua Iaitu Hari Kesembilan

1- Dia menuju ke Arafah selepas matahari terbit, dan menunaikan solat Zohor dan Asar secara qasar dan jamak taqdim, dan singgah – apabila tiba – di Namirah sebelum masuk waktu Zohor jika berpeluang.

2- Selepas solat, dia menumpukan diri untuk berzikir dan berdoa sambil menghadap ke arah kiblat dan menadah tangan sehingga terbenam matahari.

3- Selepas matahari terbenam, dia bergerak menuju ke Muzdalifah, lalu solat Maghrib tiga rakaat dan Isyak dua rakaat. Dia bermalam di sana sehingga terbit fajar.

4- Dia menunaikan solat Subuh selepas terbit fajar, kemudian dia menumpukan diri untuk berzikir, berdoa sehingga cahaya fajar sangat terang.

5- Dia bergerak ke Mina sebelum matahari terbit.

Amalan Hari Ketiga Iaitu Hari Raya

1- Apabila sampai di Mina, dia pergi ke Jamrah al-‘Aqabah, lalu melontarnya dengan tujuh biji batu kerikil secara berturut-turut, dan bertakbir pada setiap lontaran.

2- Menyembelih haiwan korbannya (hady), jika dia mempunyai hadyu.

3- Dia mencukur atau memendekkan rambutnya, dan dengan itu melakukan tahallul awal. Dia boleh memakai pakaian biasa, memakai wangi-wangian, dan semua larangan ihram menjadi halal baginya kecuali wanita.

4- Dia turun ke Mekah lalu melakukan Tawaf Ifadah, iaitu tawaf haji, dan melakukan sa'i haji di antara Safa dan Marwah, jika dia melaksanakan haji Tamattu', atau jika dia tidak melaksanakan haji Tamattu' dan belum melakukan sa'i selepas Tawaf Qudum.

Dengan ini, sempurnalah tahallul kedua, dan dihalalkan baginya semua perkara yang dilarang semasa ihram, termasuk hubungan suami isteri.

5- Dia kembali ke Mina, lalu bermalam di sana pada malam hari ke-11.

Amalan Hari Keempat: Iaitu Hari Kesebelas

1- Melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Pertama, kemudian al-Wusta, kemudian Jamrah Aqabah. Setiap satunya dilontar dengan tujuh batu kerikil secara berturut-turut, sambil bertakbir pada setiap lontaran. Lontaran dilakukan selepas zohor, dan tidak sah sebelumnya. Hendaklah berhenti untuk berdoa selepas Jamrah Pertama dan al-Wusta.

2- Dia bermalam di Mina pada malam hari ke-12 Zulhijjah.

Amalan Hari Kelima iaitu hari kedua belas

1- Melontar ketiga-tiga jamrah seperti pada hari keempat.

2- Bergerak keluar dari Mina sebelum matahari terbenam jika dia ingin bersegera, atau bermalam di sana jika dia ingin melambatkan.

Amalan Hari Keenam iaitu hari ketiga belas

Hari ini khusus bagi mereka yang terlewat dan beramal padanya:

1- Melontar ketiga-tiga jamrah sama seperti dua hari sebelumnya.

2- Dia bertolak dari Mina selepas itu.

Dan amalan terakhir ialah Tawaf Wada‘ ketika berangkat musafir, Wallahua‘lam.