Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Karya Sang Fakir kepada Allah Ta'ala "Dan Allah mempunyai nama-nama yang paling indah (Asmaul Husna), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebutnya; Abaikanlah orang-orang yang menyimpang berkenaan nama-nama-Nya, kerana mereka akan diberi balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Aʿrāf: 180) Allāh (Sembahan Hakiki) Al-Awwal (Yang Tiada Permulaan) Al-Akhīr (Yang Tiada Kesudahan) Al-Ẓāhir (Yang Di Atas) Al-Bāṭin (Yang mengetahui perkara tersembunyi) Al-ʿAlī (Yang Maha Tinggi) Al-Aʿlā (Yang Maha Tertinggi) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang
These files are generated automatically from the book's text; their layout may differ from the printed edition.
Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Karya
Sang Fakir kepada Allah Ta'ala
Dr. Saʿīd bin ʿAlī bin Wahf al-Qaḥṭānī "Dan Allah mempunyai nama-nama yang paling indah (Asmaul Husna), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebutnya; Abaikanlah orang-orang yang menyimpang berkenaan nama-nama-Nya, kerana mereka akan diberi balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Aʿrāf: 180)
Allāh (Sembahan Hakiki) Al-Awwal (Yang Tiada Permulaan) Al-Akhīr (Yang Tiada Kesudahan) Al-Ẓāhir (Yang Di Atas) Al-Bāṭin (Yang mengetahui perkara tersembunyi) Al-ʿAlī (Yang Maha Tinggi) Al-Aʿlā (Yang Maha Tertinggi) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang
Pengantar
Al-Mutaʿāl (Yang Maha Meninggi) Al-ʿAẓīm (Yang Maha Agung) Al-Majīd (Yang Maha Bersifat Sempurna) Al-Kabīr (Yang Maha Besar) Al-Samīʿ (Yang Maha Mendengar) Al-Baṣīr (Yang Maha Melihat) Al-ʿAlīm (Yang Maha Mengetahui)
al-Khabīr (Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya) al-Ḥamīd (Yang Maha Terpuji) al-ʿAzīz (Yang Maha Perkasa Mulia) al-Qadīr (Yang Maha Berkuasa) al-Qādir (Yang Maha Menentukan) al-Muqtadir (Yang Maha Berkuasa Menentukan) al-Qawiyy (Yang Maha Kuat) Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya dan memohon keampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami dan daripada keburukan amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan utusan-Nya. Selawat dan salam ke atas baginda, ahli keluarga, para sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan ihsan hingga Hari Kiamat, dan semoga salam yang banyak tercurah ke atas mereka.
al-Matīn (Yang Maha Teguh) al-Ghanī (Yang Tidak Memerlukan Apa-apa) al-Ḥakīm (Yang Maha Bijaksana) al-Ḥalīm (Yang Memberi Peluang Kedua) al-ʿAfuw (Yang Memadamkan Kesilapan) al-Ghafūr (Yang Menutup Kesalahan Hamba) al-Ghaffār (Yang Maha Pengampun) Ini adalah ringkasan daripada karyaku berjudul "Zikir, Doa dan Rawatan Ruqyah daripada al-Quran dan al-Sunnah. Saya meringkaskan bahagian doa, kemudian saya tambah beberapa doa lain, agar ia mudah diambil manfaat. Insya-Allah. Semoga Allah, dengan nama-nama-Nya yang terindah, dan sifat-sifat-Nya yang teragung, menjadikan ringkasan ini ikhlas demi Wajah-Nya yang mulia, Dia mengatur semua itu dan berkuasa melakukannya. [2] Alhamdulillah, buku asal tersebut telah diterbitkan dengan takhrij panjang lebar, dalam 4 jilid, Bahagian Zikir (Hisnul Muslim) dalam Jilid Pertama dan Kedua, Bahagian Doa dalam Jilid Ketiga, dan Bahagian Jampi dalam Jilid Keempat.
al-Tawwāb (Yang Maha Menerima Taubat) al-Raqīb (Yang Sentiasa Memerhatikan) al-Shahīd (Yang Sentiasa Menyaksikan) Al-Ḥafīẓ (Yang Sentiasa Menjaga) Al-Laṭīf (Yang Maha Menyelami Isi Hati) Al-Qarīb (Yang Sentiasa Dekat) Al-Mujīb (Yang Menyahut Seruan Hamba-Nya) Semoga selawat dan salam tercurah kepada hamba Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad, serta kepada keluarga, sahabat, dan pengikutnya sehingga hari kiamat.
al-Wadūd (Yang Maha Mencintai Para Hamba) al-Shākir (Yang Maha Berterima Kasih) al-Shakūr (Yang Sentiasa Berterima Kasih) al-Sayyid (Tuan Empunya Alam) al-Ṣamad (Yang Tiada Kekurangan) al-Qāhir (Yang Maha Mengatasi) al-Qahhār (Yang Maha Dominan) Dikarang oleh: Saʿīd bin ʿAlī bin Wahaf al-Qaḥṭānī
al-Jabbār (Yang Menampal Jiwa Hamba-Nya) al-Ḥasīb (Yang Maha Mencukupkan) al-Hādī (Yang Maha Memberi Petunjuk) al-Ḥakam (Yang Maha Memutuskan Hukum) al-Quddūs (Yang Maha Suci) al-Salām (Yang Menganugerahkan Sejahtera) al-Barr (Yang Maha Baik Kepada Hamba-Nya) Selesai disunting pada bulan Syaaban 1408H.
Kemuliaan Doa
al-Wahhāb (Yang Maha Memberi) al-Raḥmān (Yang Maha Penyayang) al-Raḥīm (Yang Sentiasa Mengasihani) al-Karīm (Yang Memberi Tanpa Berkira) al-Akram (Yang Maha Mulia) al-Raʾūf (Yang Maha Menyantuni Hamba-Nya) al-Fattāḥ (Yang Memberikan Kemenangan)
al-Rāziq (Yang Maha Memberi Rezeki) al-Razzāq (Yang Sentiasa Memberi Rezeki) al-Ḥayy (Yang Sentiasa Hidup) al-Qayyūm (Yang Maha Berdiri Sendiri) al-Rabb (Yang Mentadbir Alam Buana) al-Malik (Yang Maha Merajai) al-Malīk (Yang Maha Memiliki) Allah SWT berfirman: "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Surah Ghāfir: 60) Allah SWT juga berfirman: "Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran." (Surah al-Baqarah: 186). Nabi SAW bersabda: "Doa itulah [hakikat] ibadah, Tuhan kalian berfirman: Kalian berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan untuk kalian." [3] Nabi SAW juga bersabda: "Sungguh, Tuhan kalian pemalu lagi pemurah. Dia malu untuk membiarkan hamba-Nya menadah tangan kepada-Nya, untuk membiarkan tangan itu turun dalam keadaan kosong." [4] Nabi SAW juga bersabda: "Mana-mana Muslim yang berdoa dengan doa yang tidak berunsurkan dosa atau memutuskan silaturahim, Allah akan memberikan doanya itu kepadanya dengan salah satu daripada tiga, sama ada dikabulkan segera di dunia, sama ada disimpan untuknya di akhirat, atau sama ada dipadam keburukan daripadanya yang semisal dengan doanya." Para sahabat berkata: "Jika demikian, kami akan memperbanyakkan doa kami." Baginda menjawab: "Allah lebih banyak menjawab doa kamu." [5] [3] Abu Dawud (no. 1481), al-Tirmidhi (no. 2959) dan Ibn Majah (no. 1258). Lihat: Sahih al-Jami' (3/150) dan Sahih Ibn Majah (2/324). [4] Abu Dawud (no. 1488), al-Tirmidhi (no. 3556) dan Ibn Majah (no. 3865). Ibn Hajar menilai sanadnya baik, al-Albani menilainya sahih dalam Sahih al-Tirmidhi (3/179). [5] al-Tirmidhi (no. 3573) dan Imam Ahmad (no. 11150). Al-Albani menilainya sahih dalam Sahih al-Jami` (5/116) dan Sahih al-Tirmidhi (3/140).
al-Wāḥid (Yang Maha Esa) al-Aḥad (Yang Maha Tunggal) al-Mutakabbir (Yang Maha Egois) al-Khāliq (Yang Maha Mencipta) al-Khallāq (Yang Sentiasa Mencipta) al-Bāriʾ (Yang Memulakan Penciptaan) al-Muṣawwir (Yang Memberikan Rupa Ciptaan) Adab Berdoa Dan Faktor Mustajab Doa [6]: [6] Rujuk bab ini berserta dalilnya dalam buku asal, j. 3, h. 927-975.
al-Muʾmin (Yang Maha Memberi Keamanan) al-Muhaymin (Yang Maha Memelihara) al-Muḥīṭ (Yang Ilmu-Nya Maha Meliputi) al-Muqīt (Yang Maha Memberi Rezeki) al-Wakīl (Yang Maha Mengurus Hamba-Nya) al-Kāfī (Yang Maha Mencukupkan) al-Wāsiʿ (Yang Maha Luas Kuasa-Nya) 1. Ikhlas kerana Allah.
al-Ḥaqq (Yang Maha Hakikat) al-Jamīl (Yang Maha Indah) al-Rafīq (Yang Maha Berlembut) al-Ḥayyī (Yang Maha Pemalu) al-Satīr (Yang Maha Menutupi Aib) al-Ilāh (Yang Maha Disembah) al-Qābiḍ (Yang Maha Menyempitkan Rezeki) 2. Memulakan doa dengan memuji Allah dan menyanjung-Nya, kemudian berselawat ke atas Nabi SAW dan menutup doa dengan selawat juga.
al-Bāsiṭ (Yang Maha Melapangkan Rezeki) al-Muʿṭī (Yang Maha Pemberi) al-Muqaddim (Yang Maha Mendahulukan) al-Muʾakhkhir (Yang Maha Mengakhirkan) al-Mubīn (Yang Maha Menjelaskan) al-Mannān (Yang Maha Pemberi Nikmat) al-Walī (Yang Maha Melindungi) 3. Berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh, serta penuh keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.
al-Mawlā (Yang Maha Pelindung) al-Naṣīr (Yang Maha Penolong) al-Shāfī (Yang Maha Penyembuh) Mālik al-Mulk (Pemilik Kerajaan Mutlak) Jāmiʿ al-Nās (Yang Mengumpulkan Manusia) 4. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan tidak gopoh.
Nūr al-Samāwāt wal-Arḍ (Cahaya Langit dan Bumi) Dhū-l-Jalāl wa-l-Ikrām (Yang Maha Empunya Keagungan dan Kemuliaan) Badīʿ al-Samāwāt wal-Arḍ (Yang Maha Mencipta Langit dan Bumi) [1] 5. Menghadirkan hati ketika berdoa. [1] Rujuk nama-nama ini bersama dalil-dalilnya daripada al-Quran dan al-Sunnah dalam penulisanku, Sharḥ Asmāʾ Allah al-Ḥusnā fī Ḍawʾ al-Kitāb wal-Sunnah.
6. Berdoa dalam keadaan senang mahupun susah.
7. Tidak meminta kecuali hanya kepada Allah sahaja.
8. Tidak berdoa keburukan ke atas ahli keluarga, harta, anak, atau diri sendiri.
9. Merendahkan suara ketika berdoa, antara bisikan dan suara lantang.
10. Mengakui dosa, memohon ampun atasnya, mengakui nikmat dan bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.
11. Tidak memaksa-maksa menggunakan lafaz puitis atau bersajak dalam doa.
12. Berdoa dengan penuh kerendahan, khusyuk, mengharap dan rasa takut.
13. Mengembalikan hak orang lain yang dizalimi, berserta dengan taubat.
14. Mengulang doa sebanyak tiga kali.
15. Menghadap kiblat ketika berdoa.
16. Mengangkat tangan ketika berdoa.
17. Berwuduk sebelum berdoa, jika mampu dilaksanakan.
18. Tidak melampaui batas dalam berdoa.
19. Memulakan doa dengan diri sendiri dahulu sekiranya dia berdoa juga untuk orang lain. [7] [7] Sabit bahawa Nabi SAW ada memulakan doa dengan dirinya sendiri, dan juga sabit bahawa Baginda tidak memulakan dengan dirinya seperti ketika berdoa untuk Anas, Ibn Abbas, Ummu Ismail dan selain mereka. Perincian isu ini boleh dirujuk dalam: Syarah al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 15/144; Tuhfah al-Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi, 9/328; Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, 1/281.
20. Bertawassul kepada Allah dengan nama-nama-Nya yang indah dan sifat-sifat-Nya yang mulia, atau dengan amal soleh yang pernah dilakukan sendiri oleh si pendoa, atau dengan doa orang soleh yang masih hidup dan hadir di sisi.
21. Sumber makanan, minuman dan pakaian hendaklah daripada yang halal.
22. Tidak berdoa dengan perkara dosa atau pemutusan silaturahim.
23. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
24. Menjauhi segala jenis maksiat.
Waktu, Keadaan dan Tempat Mustajab Doa [8]: [8] Lihat perincian waktu, keadaan dan tempat ini beserta dalilnya dalam buku asal, jilid 3, hlm. 975–1117.
1. Malam al-Qadr.
2. Sepertiga malam terakhir.
3. Selepas solat fardu.
4. Antara azan dan iqamah.
5. Satu tempoh waktu setiap malam.
6. Ketika azan dikumandangkan untuk solat fardu.
7. Ketika hujan turun.
8. Ketika barisan tentera bergerak berperang di jalan Allah.
9. Satu waktu pada hari Jumaat.
Pendapat paling kuat menyatakan waktunya ialah waktu akhir Asar pada hari Jumaat, dan ada juga kemungkinan ia waktu khutbah dan solat.
10. Ketika minum air Zamzam dengan niat yang benar.
11. Dalam sujud.
12. Ketika bangun daripada tidur malam dan berdoa dengan doa yang diajarkan.
13. Jika seseorang tidur dalam keadaan berwuduk, kemudian bangun malam dan berdoa.
14. Ketika membaca doa: “Lā ilāha illā anta subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn, Tiada yang berhak disembah selain-Mu, maha suci-Mu, sungguh aku orang yang zalim."
15. Doa orang ramai selepas kematian seseorang.
16. Doa selepas memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyyat akhir.
17. Doa dengan menyebut Nama Allah yang Agung (al-Ism al-A‘ẓam) – yang apabila seseorang berdoa dengannya, Allah memperkenankan. [9] [9] Lihat perbincangan Nama Allah Yang Agung pada hadis no. 203, 104 dan 105 dalam kitab ini.
18. Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.
19. Doa pada hari Arafah di padang Arafah.
20. Doa dalam bulan Ramadan.
21. Ketika orang-orang Islam berkumpul dalam majlis zikir.
22. Ketika melafazkan doa musibah: "Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji‘ūn. Allāhumma ajurnī fī muṣībatī, wakhluf lī khayran minhā." "Sungguh, kita milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali. Wahai Allah, ganjarkan daku pada musibahku, gantikan daku yang lebih baik dari itu."
23. Doa dalam keadaan hati sangat dekat dengan Allah dan keikhlasan yang tinggi.
24. Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya.
25. Doa ibu bapa untuk anak, sama ada doa baik mahupun buruk.
26. Doa musafir.
27. Doa orang yang berpuasa hingga waktu berbuka.
28. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka.
29. Doa orang yang berada dalam kesusahan atau keperluan mendesak.
30. Doa pemerintah yang adil.
31. Doa anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
32. Doa selepas berwuduk jika dibacakan doa yang diajarkan.
33. Doa selepas melontar Jamrah Sughra.
34. Doa selepas melontar Jamrah Wusta.
35. Doa di dalam Kaabah, atau sesiapa yang solat di dalam Hijr (Hijir Ismail), kerana ia termasuk dalam Kaabah.
36. Doa di atas bukit Safa.
37. Doa di atas bukit Marwah.
38. Doa di al-Mash‘ar al-Haram (di Muzdalifah).
Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa berdoa kepada Tuhannya di mana sahaja dia berada, sebagaimana firman Allah SWT: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran." (Surah al-Baqarah: 186). Namun begitu, waktu, keadaan dan tempat yang disebutkan ini perlu diberi perhatian khusus kerana ia memiliki keutamaan yang lebih tinggi.
Doa-Doa Pilihan daripada al-Quran dan al-Sunnah
Alhamdulillah, selawat dan salam buat Penutup Para Nabi.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang maha pengasih, lagi maha menyayangi. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan. Bimbinglah kami di atas jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat, bukan jalan orang-orang dimurkai, atau orang-orang sesat. (Surah al-Fatihah: 1-7)
2. "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah: 127).
3. "Dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah: 128).
4. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api neraka." (Surah al-Baqarah: 201).
5. "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, wahai Tuhan kami. Dan kepada-Mu tempat kembali." (Surah al-Baqarah: 285).
6. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak mampu menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah: 286).
7. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Surah Ali 'Imran: 8).
8. "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami daripada azab neraka." (Surah Ali `Imran: 16).
9. "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisi-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa." (Surah Ali `Imran: 38).
10. "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikuti Rasul, maka catatlah kami bersama orang-orang yang memberi kesaksian." (Surah Ali `Imran: 53).
11. "Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan keterlaluan kami dalam urusan kami, kukuhkanlah langkah kami, serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Ali `Imran: 147).
12. "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami daripada azab neraka." Wahai Tuhan kami, sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya Engkau telah menghinanya, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar penyeru yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu" lalu kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, hapuskan kesalahan kami, dan wafatkan kami bersama orang-orang yang berbakti. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan melalui para rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." (Surah Ali Imran: 191-194).
13. "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang bersaksi." (Surah al-Ma’idah: 83)
14. "Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, pastilah kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi." (Surah al-A'raf: 23)
15. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim." (Surah al-A'raf: 47)
16. Wahai Allah, "Engkaulah Pelindung kami, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat." (Surah al-A'raf: 155–156)
17. "Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Kepada-Nyalah aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan Arasy yang agung." (Surah al-Tawbah: 129).
18. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai ujian bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu daripada kaum yang kafir." (Surah Yunus: 85–86)
19. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon kepada-Mu apa yang aku tiada ilmu mengenainya. Dan jika Engkau tidak mengampuni aku dan tidak merahmati aku, nescaya aku akan termasuk dalam kalangan orang yang rugi." (Surah Hud: 47)
20. Wahai Allah, "Wahai Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat. Wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan himpunkanlah aku dengan orang-orang yang soleh." (Surah Yusuf: 101) [10] [10] Rujuk Kitab al-Fawa'id, h. 436-437, oleh Ibn al-Qayyim, berkaitan ayat ini.
21. "Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah berhala." (Surah Ibrahim: 35)
22. "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, begitu juga daripada keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim: 40)
23. "Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku, dan orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab." (Surah Ibrahim: 41)
24. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu dan sediakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami." (Surah al-Kahf: 10)
25. "Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan longgarkanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku." (Surah Taha: 25–28)
26. "Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu pengetahuan." (Surah Taha: 114)
27. "Tiada yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim." (Surah al-Anbiya': 87)
28. "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri, dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris." (Surah al-Anbiya': 89)
29. "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, agar mereka tidak hadir mendekatiku." (Surah al-Mu’minun: 97–98)
30. "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat." (Surah al-Mu’minun: 109)
31. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, dan rahmatilah aku. Dan Engkaulah sebaik-baik Pemberi rahmat." (Surah al-Mu’minun: 118)
32. "Wahai Tuhan kami, palingkanlah azab Jahanam daripada kami. Sesungguhnya azabnya itu kekal. Sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk tempat menetap dan tempat tinggal." (Surah al-Furqan: 65–66)
33. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan: 74)
34. "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku hikmah, dan himpunkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah untukku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku antara pewaris syurga yang penuh kenikmatan." (Surah al-Shu‘ara’: 83–85)
35. "Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. Hari yang mana harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (Surah al-Shu‘ara’: 87–89)
36. "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku agar aku bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan agar aku melakukan amal soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh." (Surah al-Naml: 19)
37. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku." (Surah al-Qasas: 16)
38. "Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim." (Surah al-Qasas: 21)
39. "Mudah-mudahan Tuhanku memberi petunjuk kepadaku ke jalan yang lurus." (Surah al-Qasas: 22)
40. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku amat berhajat kepada kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (Surah al-Qasas: 24)
41. "Wahai Tuhanku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan." (Surah al-‘Ankabut: 30)
42. "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku (anak) daripada kalangan orang yang soleh." (Surah al-Saffat: 100)
43. "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku agar aku bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan agar aku melakukan amal yang soleh yang Engkau redai. Perbaikilah urusan zuriatku untukku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam." (Surah al-Ahqaf: 15)
44. "Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hasyr: 10)
45. "Wahai Tuhan kami, kepada-Mu jualah kami bertawakal, kepada-Mulah kami kembali, dan kepada-Mulah tempat kembali." (Surah al-Mumtahanah: 4)
46. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami ujian bagi orang-orang yang kafir, dan ampunilah kami. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Surah al-Mumtahanah: 5)
47. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman, serta orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan." (Surah Nuh: 28)
48. "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami untuk kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Tahrim: 8)
49. "Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku terhadap kebenaran yang diperselisihkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." [11] [11] Doa inspirasi daripada Surah al-Baqarah: 213.
50. "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku hikmah. Sesiapa yang dikurniakan hikmah, maka sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak." [12] [12] Doa inspirasi daripada Surah al-Baqarah: 269.
51. "Ya Allah, teguhkanlah aku dengan perkataan yang teguh di dunia dan di akhirat." [13] [13] Doa inspirasi daripada Surah Ibrahim: 27.
52. "Ya Allah, jadikanlah kami mencintai keimanan dan hiasilah ia dalam hati kami, serta jadikanlah kami membenci kekufuran, kefasiqan dan maksiat. Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk." [14] [14] Doa inspirasi daripada Surah al-Hujurat: 7.
53. "Ya Allah, lindungilah aku daripada sifat kedekut jiwaku, dan jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang berjaya." [15] [15] Doa inspirasi daripada Surah al-Taghabun: 16.
54. "Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka." [16] [16] Riwayat al-Bukhari, no. 4522, 6389, dan Muslim, no. 2690.
55. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah neraka dan azab neraka, serta daripada fitnah kubur dan azab kubur, dan daripada fitnah kekayaan dan fitnah kefakiran. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Dajjal. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji dan air sejuk, sucikanlah hatiku daripada dosa sebagaimana Engkau membersihkan kain putih daripada kotoran. Jarakkanlah antara aku dan dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada malas, dosa dan hutang." [17] [17] Riwayat al-Bukhari, no. 832, dan Muslim, no. 589.
56. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, pengecut, tua dan kedekut. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, fitnah hidup dan mati." [18] [18] Riwayat al-Bukhari, no. 2823, dan Muslim, no. 2703.
57. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian yang berat, ditimpa kesengsaraan, buruknya ketentuan dan kegembiraan musuh terhadapku." [19] [19] Riwayat al-Bukhari, no. 6347, dan Muslim, no. 2707.
59. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian diri dan kecukupan.” [21] [21] Riwayat Muslim, no. 2721.
61. “Ya Allah, tunjukilah aku dan luruskanlah aku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk dan kelurusan.” [23] [23] Riwayat Muslim, no. 2725.
62. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesihatan daripada-Mu, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba dan semua kemurkaan-Mu.” [24] [24] Riwayat Muslim, no. 2739.
63. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang aku telah lakukan dan keburukan apa yang belum aku lakukan.” [25] [25] Riwayat Muslim, no. 2716.
64. “Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berkatilah aku dalam apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku,” [26] “[panjangkanlah usiaku dalam ketaatan kepada-Mu, perelokkanlah amalanku, dan ampunkanlah aku].” [27] [26] Berdasarkan doa Nabi SAW kepada Anas: “Ya Allah, perbanyakkan hartanya, anak-anaknya dan berkatilah dia dalam apa yang Engkau berikan kepadanya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1982; Muslim, no. 660). [27] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 653. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 2241 dan Sahih al-Adab al-Mufrad, hlm. 244. Lafaz dalam kurungan disokong oleh sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya.” (Riwayat al-Tirmidhi, no. 2329; Ahmad, no. 17716. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 2/271). Saya bertanya kepada Ibn Baz RH hukum berdoa dengan doa ini, beliau menjawab, "Ia sunnah."
65. “Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan bagi ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia.” [28] [28] Riwayat al-Bukhari, no. 6345; Muslim, no. 2730.
66. “Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan. Maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Perbaikilah semua urusanku. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.” [29] [29] Riwayat Abu Dawud, no. 5090; Ahmad, 5/42. Dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud, 3/250 dan Sahih al-Adab al-Mufrad, hlm. 260. Dinilai hasan juga oleh Ibn Baz dalam Tuhfah al-Akhyar, hlm. 24.
67. “Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.” [30] [30] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3505; al-Hakim (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi), 1/505; disahihkan juga oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/168. Hadis lengkap: “Doa Dzun Nun (Nabi Yunus AS) ketika dia berdoa dalam perut ikan: ‘Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim’ [al-Anbiya: 87]. Tiada seorang lelaki Muslim pun berdoa dengan doa ini dalam apa jua perkara melainkan Allah akan memperkenankannya.”
68. “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba lelaki-Mu dan anak kepada amah-Mu. Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku ke atasku, ketentuan-Mu adil ke atasku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dalam kalangan makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga hatiku, cahaya dadaku, penghapus dukaku, dan penghilang kesedihanku.” [31] Riwayat Ahmad, 1/391, 452; al-Hakim, 1/509. Dihasankan oleh al-Hafiz dalam Takhrij al-Adzkar, dan disahihkan oleh al-Albani dalam Takhrij al-Kalim al-Tayyib, hlm. 73.
69. “Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu.” [32] [32] Riwayat Muslim, no. 2654.
70. “Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” [33] [33] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3522; Ahmad, 4/182; al-Hakim, 1/525, 528 (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi). Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jamiʿ, 6/309 dan Sahih al-Tirmidhi, 3/171. Ummu Salamah RA berkata: “Itulah doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW.”
71. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan di akhirat." [34] [34] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3514; al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 726. Dalam lafaz al-Tirmidhi: “Mohonlah kepada Allah keampunan dan keselamatan; tiada seorang pun yang diberikan setelah keyakinan sesuatu yang lebih baik daripada keselamatan.” Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 3/180, 3/185, 3/170. Juga terdapat riwayat sokongan lain dalam Musnad Imam Ahmad (ed. Ahmad Syakir), jld. 1, hlm. 156–157.
72. "Wahai Allah, perbaikilah pengakhiran kami dalam semua urusan, dan selamatkanlah kami daripada kehinaan dunia serta azab akhirat." [35] [35] Riwayat Ahmad, 4/181; al-Tabarani dalam al-Kabir, 2/33/1169, dan dalam al-Du‘a’, no. 1436; Ibn Hibban, no. 2424–2425 (Mawarid). Al-Hafiz al-Haythami berkata dalam Majma‘ al-Zawa’id, 10/178: “Perawi Ahmad dan salah satu sanad al-Tabarani adalah perawi yang thiqah.”
73. "Wahai Tuhanku, bantulah aku dan jangan Kau tolong pihak yang melawan aku. Berilah kemenangan kepadaku dan jangan Kau menangkan mereka ke atasku. Rencanakanlah kebaikan untukku dan jangan Kau rencanakan keburukan terhadapku. Berilah petunjuk kepadaku dan permudahkanlah petunjuk untukku, serta berilah aku kemenangan terhadap mereka yang menzalimi aku. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang banyak bersyukur, banyak berzikir, penuh rasa takut kepada-Mu, taat kepada-Mu, rendah hati, banyak menangis, dan sentiasa kembali kepada-Mu. Wahai Tuhanku, terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, perkenankanlah doaku, teguhkanlah hujahku, luruskanlah hatiku, betulkanlah lisanku, dan keluarkanlah segala perasaan hasad dari hatiku." [36] [36] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 664, 665; Abu Dawud, no. 1510, 1511; al-Tirmidhi, no. 3551; Ibn Majah, no. 3830; Ahmad, 1/127; al-Hakim (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi), 1/519; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud, 1/414 dan Sahih al-Tirmidhi, 3/178.
74. "Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu segala kebaikan yang pernah dimohon oleh Nabi-Mu Muhammad SAW, dan kami berlindung kepada-Mu daripada segala keburukan yang pernah diminta perlindungan oleh Nabi-Mu Muhammad SAW. Engkaulah tempat memohon pertolongan, hanya kepada-Mu penyampaian (segala usaha), tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah." [37] [37] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3521; Ibn Majah, no. 3846. Al-Tirmidhi berkata: “Ini adalah hadis hasan gharib.” Namun dinilai dhaif oleh al-Albani dalam Da‘if al-Tirmidhi, hlm. 387.
75. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pendengaranku, penglihatanku, lidahku, hatiku dan maniku." [38] [38] Riwayat Abu Dawud, no. 1551; al-Tirmidhi, no. 3492; al-Nasa’i, no. 5470. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/166 dan Sahih al-Nasa’i, 3/1108.
76. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta, dan daripada semua penyakit yang buruk." [39] [39] Riwayat Abu Dawud, no. 1554; al-Nasa’i, no. 5493; Ahmad, 3/192. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasa’i, 3/1116 dan Sahih al-Tirmidhi, 3/184.
77. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada akhlak yang buruk, perbuatan yang buruk, dan hawa nafsu yang buruk." [40] [40] Riwayat al-Tirmizi, no. 3591; Ibn Hibban, no. 2422 (Mawarid); al-Hakim, 1/532; al-Tabarani dalam al-Kabir, 19/36. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/184.
78. "Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau suka memberi keampunan, maka ampunilah aku." [41] [41] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3513; al-Nasa’i dalam al-Kubra, no. 7712. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/170.
79. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu untuk melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, mencintai orang miskin, dan agar Engkau mengampuni serta merahmati aku. Apabila Engkau menghendaki fitnah terhadap sesuatu kaum, wafatkanlah aku sebelum terkena fitnah itu. Aku juga memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan kepada amalan yang mendekatkan aku kepada cinta-Mu." [42] [42] Riwayat Ahmad, 5/243; al-Tirmidhi, no. 3235 (dinilai hasan). Al-Tirmidhi berkata: “Aku bertanya kepada Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) tentang hadis ini, beliau berkata: ‘Ini adalah hadis hasan sahih.’” Dalam penghujung hadis, Nabi SAW bersabda: “Ia benar, pelajarilah ia dan amalkannya.” Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/318.
80. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, yang segera mahupun yang tertunda, yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui. Aku berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, yang segera mahupun yang tertunda, yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan segala amal serta perkataan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepada-Mu daripada neraka dan segala amal serta perkataan yang mendekatkan kepadanya. Dan aku memohon agar Engkau jadikan semua takdir yang Engkau tetapkan untukku sebagai kebaikan." [43] [43] Riwayat Ibn Majah, no. 3846; Ahmad, 6/134. Disahihkan oleh al-Hakim (disepakati oleh al-Zahabi) dan al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 2/327.
81. "Wahai Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika berdiri, peliharalah aku dengan Islam ketika duduk, dan peliharalah aku dengan Islam ketika berbaring. Janganlah Engkau biarkan musuh atau orang yang dengki bersukacita atas kejatuhanku. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu." [44] [44] Riwayat al-Hakim, 1/525 (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi); dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, 2/398 dan Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 4/54, no. 1540.
82. "Wahai Allah, berikanlah kami rasa takut kepada-Mu yang dapat menjadi penghalang daripada maksiat kepada-Mu, ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia bagi kami. Wahai Allah, kurniakanlah kenikmatan kepada pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama kami hidup. Jadikanlah ia kekal pada kami hingga akhir hayat, dan jadikanlah ia sebagai warisan bagi kami. Timpakanlah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami, tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami pada agama kami. Jangan jadikan dunia sebagai cita-cita terbesar kami atau puncak ilmu kami, dan jangan jadikan orang yang tidak memiliki belas kasihan terhadap kami sebagai penguasa kami." [45] [45] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3502; al-Hakim, 1/528 (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi); Ibn al-Sunni, no. 446. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/168 dan Sahih al-Jami‘, 1/400.
83. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, sifat bakhil, usia lanjut yang hina, fitnah dunia, dan azab kubur." [46] [46] Riwayat al-Bukhari, no. 2822.
84. "Wahai Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, keterlaluan dalam urusanku, dan segala sesuatu yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku sendiri. Wahai Allah, ampunilah gurauanku, kesungguhanku, kesalahan, dan dosaku yang disengaja. Semua itu ada pada diriku." [47] [47] Muttafaq ‘alayh: al-Bukhari, no. 6398; Muslim, no. 2719.
85. "Wahai Allah, aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan pengampunan daripada-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [48] [48] Muttafaq ‘alayh: al-Bukhari, no. 834; Muslim, no. 2705.
86. "Wahai Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dan dengan-Mu aku berhujah. Wahai Allah, aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, tiada Tuhan melainkan Engkau, agar Engkau tidak menyesatkan aku. Engkau Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan jin dan manusia akan mati." [49] [49] Muttafaq ‘alayh: al-Bukhari, no. 6398; Muslim, no. 2719.
87. "Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu perkara-perkara yang menyebabkan rahmat-Mu, sebab-sebab untuk memperoleh keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan mendapatkan syurga, dan keselamatan daripada api neraka." [50] [50] Riwayat al-Hakim, 1/525 (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi); al-Bayhaqi dalam al-Da‘awat, no. 206. Al-Nawawi dalam al-Azkar, hlm. 340, dinilai hasan oleh Abdul Qadir al-Arna’ut.
88. "Wahai Allah, ampunilah semua dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan." [51] [51] Ini berdasarkan hadis 'Ubadah RA, katanya: Saya mendengar Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang memohon keampunan buat orang beriman lelaki dan perempuan, akan dicatat baginya satu kebaikan bagi setiap mukmin dan mukminah." Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, 5/202, no. 5092; dinilai sanadnya jayyid oleh al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id, 10/210; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, no. 5902.
89. "Wahai Allah, ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepadaku." [52] [52] Riwayat Ahmad, no. 16599, 23114, 23188; al-Tirmizi, no. 3500. Dinilai hasan lighayrih oleh para pentahqiq Musnad Ahmad, jld. 27, hlm. 144; jld. 38, hlm. 197 & 145.
90. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana tiada yang dapat memilikinya selain Engkau." [53] [53] Riwayat al-Tabarani; al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id, 10/159 berkata: “Para perawinya adalah perawi sahih kecuali Muhammad bin Ziyad, dia thiqah.” Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, 1/404, no. 1278.
91. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada usia lanjut yang lemah, jatuh dari tempat tinggi, tertimpa runtuhan, ditimpa kegelisahan, mati lemas, terbakar, dan aku juga berlindung kepada-Mu daripada diganggu syaitan ketika sakaratul maut. Aku berlindung kepada-Mu daripada mati dalam keadaan lari dari medan perang dan daripada mati kerana gigitan binatang berbisa." [54] [54] Riwayat Abu Dawud, no. 1552; al-Nasa’i, no. 5531 & 5532; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasa’i, 3/1123, dan Sahih Sunan Abi Dawud, 1/425.
92. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelaparan kerana ia adalah teman tidur yang buruk, dan aku berlindung kepada-Mu daripada pengkhianatan kerana ia adalah sahabat yang buruk." [55] [55] Riwayat Abu Dawud, no. 1547; al-Nasa’i, no. 5483; dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasa’i, 3/1112.
93. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, sifat bakhil, usia lanjut yang hina, hati yang keras, kelalaian, kemiskinan, kehinaan, kefakiran, kekufuran, kefasikan, perpecahan, sifat riak, sifat menunjuk-nunjuk, pekak, bisu, gila, kusta, sopak, dan segala penyakit yang buruk." [56] [56] Riwayat al-Nasa’i, no. 5493; al-Hakim, 1/530; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, 1/406, dan Irwa’ al-Ghalil, no. 852.
94. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kefakiran, kekurangan, dan kehinaan, serta aku berlindung kepada-Mu daripada menzalimi atau dizalimi." [57] [57] Riwayat Abu Dawud, no. 1544; al-Nasa’i, no. 5475; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasa’i, 3/1111, Sahih al-Jami‘, 1/407.
95. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat di tempat tinggal tetapku, kerana jiran di kawasan pedalaman boleh berpindah." [58] [58] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 117; al-Hakim, 1/532 (disahihkan dan disepakati oleh al-Zahabi); al-Nasa’i, no. 5517; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, 1/408.
96. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung kepada-Mu daripada empat perkara ini." [59] [59] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3482; Abu Dawud, no. 1549; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, no. 1295.
97. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, saat yang buruk, teman yang buruk, dan jiran yang buruk di tempat tinggal tetapku." [60] [60] Riwayat al-Tabarani; al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id, 10/144: “Perawinya sahih kecuali seorang thiqah.” Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, no. 1290.
98. "Wahai Allah, aku memohon syurga kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada neraka." (dibaca tiga kali) [61] [61] Riwayat al-Tirmidhi, no. 2572; Ibn Majah, no. 3340; al-Nasa’i, no. 5536; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi, 2/319, dengan sedikit perbezaan lafaz.
99. "Wahai Allah, berilah aku kefahaman dalam agama." [62] [62] Berdasarkan riwayat al-Bukhari, no. 143; Muslim, no. 2477 – dalam doa Nabi SAW untuk Ibn Abbas RA.
100. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang aku ketahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas apa yang aku tidak ketahui." [63] [63] Riwayat Ahmad, 4/403; Ibn Abi Shaybah, 10/337; al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, 4/284; dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/19.
101. "Wahai Allah, berilah manfaat kepadaku dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat untukku, dan tambahkanlah kepadaku ilmu." [64] [64] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3599; Ibn Majah, no. 259; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 1/47.
102. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima." [65] [65] Riwayat Ibn Majah, no. 925; al-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, no. 102; Ahmad, 6/294 & 305; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 1/152.
103. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang." [66] [66] Riwayat al-Nasa’i, no. 1300; Abu Dawud, no. 985; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i, 1/147.
104. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kerana Engkau yang berhak segala pujian, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Pemurah, Pencipta langit dan bumi, Pemilik keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus. Aku memohon syurga kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu daripada api neraka." [67] [67] Riwayat Abu Dawud, no. 1495; Ibn Majah, no. 3858; al-Nasa’i, no. 1299; al-Tirmizi, no. 3544; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i, 1/279.
105. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kesaksian bahawa Engkau adalah Allah, tiada yang berhak disembah selain Engkau, Yang Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya." [68] [68] Riwayat Abu Dawud, no. 985; al-Tirmidhi, no. 3475; Ibn Majah, no. 3857; Ahmad, 5/360; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmidhi, 3/163.
106. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun." [69] [69] Riwayat Abu Dawud, no. 1518; al-Tirmizi, no. 3434; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 2/321.
107. "Wahai Allah, dengan ilmu-Mu tentang perkara ghaib dan kekuasaan-Mu terhadap makhluk, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik untukku. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu rasa takut kepada-Mu dalam keadaan tersembunyi dan nyata, aku memohon kepada-Mu ucapan yang benar dalam keadaan reda dan marah, aku memohon kepada-Mu sikap sederhana dalam kaya dan miskin, aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak akan hilang, aku memohon kepada-Mu kebahagiaan yang abadi, aku memohon kepada-Mu keredaan setelah ketentuan-Mu, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang selepas kematian, aku memohon kepada-Mu kenikmatan melihat wajah-Mu dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa kesulitan yang membinasakan dan fitnah yang menyesatkan. Wahai Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami orang-orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk." [70] [70] Riwayat al-Nasa’i, no. 1305; Ahmad, 4/264; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i, 1/280.
108. "Wahai Allah, kurniakanlah aku kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang kecintaannya memberi manfaat kepadaku di sisi-Mu. Wahai Allah, apa sahaja yang Engkau rezekikan kepadaku daripada apa yang aku cintai, jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau palingkan daripadaku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia ruang untukku dalam apa yang Engkau cintai." [71] [71] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3491; dinilai hasan oleh al-Albani, dipersetujui Shaykh Abdul Qadir al-Arna'ut.
109. "Wahai Allah, sucikanlah aku dari dosa dan kesalahan, bersihkanlah aku daripadanya sebagaimana Engkau membersihkan kain putih dari kotoran. Wahai Allah, bersihkanlah aku dengan air, salji, dan hujan batu." [72] [72] Riwayat Muslim, no. 476; al-Nasa’i, no. 400.
110. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat bakhil, sifat pengecut, usia tua yang buruk, fitnah hati, dan azab kubur." [73] [73] Riwayat al-Nasa’i, no. 5469; Abu Dawud, no. 1539; dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i, 3/1118.
111. "Wahai Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil, aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada panas api neraka dan daripada azab kubur." [74] [74] Riwayat al-Nasai, no. 1344; Ahmad, 6/61; al-Baihaqi dalam al-Da‘awat, no. 109. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasai, 3/1121, dan dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 1544.
112. "Wahai Allah, ilhamkanlah aku dengan kebenaran petunjuk dan lindungilah aku daripada kejahatan diriku sendiri." [75] [75] Riwayat al-Tirmidhi, 5/519, no. 3483; Ahmad, 33/197, no. 19992; al-Hakim, 1/510. Al-Hakim menyatakan sahih dan disepakati oleh al-Zahabi. Menurut pengkaji Musnad Ahmad (33/197), isnadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Namun, lafaz al-Tirmidhi dinilai dhaif oleh al-Albani dalam Da‘if al-Tirmidhi, hlm. 397.
113. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat dan aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat." [76] [76] Riwayat al-Nasai dalam al-Kubra, no. 7867; Ibn Majah, no. 3843. Dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Ibn Majah, 2/327.
114. "Wahai Allah, Tuhan langit yang tujuh, Tuhan bumi dan Tuhan Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang Memecahkan biji dan bijian, Yang Menurunkan Taurat, Injil dan al-Furqan. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya. Wahai Allah, Engkaulah Yang Awal, tiada sesuatu pun sebelum-Mu. Engkaulah Yang Akhir, tiada sesuatu pun selepas-Mu. Engkaulah Yang Zahir, tiada sesuatu pun di atas-Mu. Engkaulah Yang Batin, tiada sesuatu pun di bawah-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan kayakanlah kami supaya tidak miskin." [77] [77] Riwayat Muslim, no. 2713, daripada Abu Hurayrah RA.
115. "Wahai Allah, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukilah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji zahir dan batin. Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, pasangan kami, dan anak-anak kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu, sentiasa memuji-Mu, menerima nikmat itu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu ke atas kami." [78] [78] Riwayat Abu Dawud, no. 969; al-Hakim, 1/265 yang berkata: “Sahih mengikut syarat Muslim” dan disepakati oleh al-Zahabi. Disahihkan juga oleh al-Albani dalam Sahih al-Adab al-Mufrad, no. 630.
116. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan amalanku, kukuhkanlah imanku, angkatlah darjatku, terimalah solatku, ampunilah kesalahanku, dan kurniakanlah kepadaku darjat tertinggi di syurga. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu pembuka segala kebaikan, penutupnya, keseluruhannya, zahir dan batinnya, permulaan dan akhirnya, dan darjat tertinggi di syurga. Wahai Allah, aku memohon agar Engkau memperbaiki urusanku, menyucikan hatiku, melindungi auratku, menyinari hatiku, mengampuni dosa-dosaku, dan menjadikan aku orang yang istiqamah kepada-Mu. Wahai Allah, kurniakanlah berkat kepada diriku, pendengaranku, penglihatanku, rohku, tubuhku, akhlakku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, amalan-amalanku, dan terimalah segala kebaikanku. Kurniakanlah aku darjat tertinggi di syurga." [79] [79] Riwayat al-Hakim daripada Ummu Salamah RA, 1/520. Al-Hakim menyatakan sahih dan disepakati oleh al-Zahabi. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dalam al-Da‘awat, no. 225, dan al-Tabarani dalam al-Kabir, 23/326, no. 717.
117. "Wahai Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang buruk, hawa nafsu yang sesat, perbuatan yang tercela, dan penyakit yang berbahaya." [80] [80] Riwayat al-Hakim, 1/523. Al-Hakim berkata: “Sahih mengikut syarat Muslim” dan disepakati oleh al-Zahabi. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, 19/19, no. 36, dan disahihkan oleh al-Albani dalam Zhilal al-Jannah, no. 13.
118. "Wahai Allah, jadikanlah aku reda dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatilah ia bagiku, dan gantikanlah segala yang hilang daripadaku dengan yang lebih baik." [81] [81] Riwayat al-Hakim, 1/532; disepakati oleh al-Zahabi. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dalam al-Adab, no. 1084, dan dalam al-Da‘awat al-Kabir, no. 211. Dihasankan oleh Ibn Hajar dalam al-Futuhat al-Rabbaniyyah, 4/383.
119. "Wahai Allah, perhitungkanlah aku dengan hisab yang mudah." [82] [82] Riwayat Ahmad, 6/48; al-Hakim, 1/255, yang berkata: “Sahih mengikut syarat Muslim” dan disepakati oleh al-Zahabi. Aisyah RA bertanya kepada Nabi SAW tentang hisab yang mudah, lalu Baginda bersabda: "Itulah ketika seseorang dilihat amalannya lalu dimaafkan, sesungguhnya sesiapa yang diperiksa secara mendalam pada hari itu akan binasa." Al-Albani menyatakan dalam Mishkat al-Masabih: isnadnya baik.
120. "Wahai Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baiknya." [83] [83] Riwayat Ahmad, 2/299; al-Hakim, 1/499, yang menyatakan sahih dan disepakati oleh al-Zahabi. Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud, no. 1524; al-Nasai dalam al-Kubra, no. 9973. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Adab al-Mufrad, no. 534.
121. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan kembali (hilang), nikmat yang tidak akan binasa, dan kurniakanlah kepadaku untuk menemani Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi dan kekal." [84] [84] Riwayat Ibn Hibban (al-Mawarid), hlm. 604, no. 2436, daripada Ibn Mas‘ud RA secara mauquf. Diriwayatkan juga oleh Ahmad, 1/386, 400; al-Nasai dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, no. 869. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 2301.
122. "Wahai Allah, lindungilah aku daripada keburukan diriku sendiri, tetapkanlah aku untuk perkara yang terbaik dalam urusanku, ampunkanlah segala dosa yang aku sembunyikan, yang aku zahirkan, yang aku lakukan secara tidak sengaja dan sengaja, yang aku tahu dan yang aku tidak tahu." [85] [85] Riwayat al-Nasai dalam al-Kubra, 6/246, no. 10830; al-Hakim, 1/510 yang menyatakan sahih dan disepakati oleh al-Zahabi; Ahmad, 4/444. Dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dan oleh al-Albani dalam Takhrij Riyadh al-Salihin, no. 1495.
123. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang, daripada dikuasai musuh, dan daripada diejek oleh orang-orang yang memusuhi." [86] [86] Riwayat al-Nasai, no. 5475; Ahmad, 2/173. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Nasai, 3/1113.
124. "Wahai Allah, ampunilah aku, tunjukilah aku, kurniakanlah rezeki kepadaku, dan selamatkanlah aku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kesempitan tempat pada hari kiamat." [87] [87] Riwayat al-Nasai, no. 1617; Ibn Majah, no. 1356. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasai, 1/356, dan dalam Sahih Ibn Majah, 1/226.
125. "Wahai Allah, kurniakanlah aku kenikmatan pada pendengaran dan penglihatanku, jadikanlah ia sebagai warisan (kekal) untukku, berilah aku kemenangan terhadap orang yang menzalimi aku, dan balaslah dia untukku." [88] [88] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3681; al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 650; al-Hakim, 1/523 yang menyatakan sahih dan disepakati oleh al-Zahabi. Dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/188.
126. "Wahai Allah, kurniakanlah kepadaku kehidupan yang bersih, kematian yang sejahtera, dan kepulangan yang tidak memalukan serta tidak menjelekkan." [89] [89] Riwayat al-Hakim, 1/541; tambahan dalam Musnad al-Bazzar, 2/442, no. 2177; al-Tabarani dalam al-Du‘a’, no. 1435. Al-Haythami berkata dalam Majma‘ al-Zawaid, 10/179: “Isnad al-Tabarani adalah baik.”
127. "Wahai Allah, segala puji hanya untuk-Mu. Wahai Allah, tiada yang dapat menahan apa yang Engkau kurniakan, tiada yang dapat memberi apa yang Engkau tahan, tiada petunjuk bagi sesiapa yang Engkau sesatkan, tiada penyesatan bagi siapa yang Engkau beri petunjuk, tiada yang memuliakan siapa yang Engkau hinakan, tiada yang menghina siapa yang Engkau muliakan. Wahai Allah, limpahkanlah kepada kami keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu, dan rezeki-Mu. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang kekal yang tidak pernah lenyap, keamanan pada hari ketakutan, dan perlindungan daripada kejahatan apa yang Engkau kurniakan kepada kami atau Engkau tahan daripada kami." [90] [90] Riwayat Ahmad, 3/424, 24/246, no. 15492; al-Hakim, 1/507; al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 699. Disahihkan oleh al-Albani dalam Takhrij Fiqh al-Sirah, hlm. 284 dan Sahih al-Adab al-Mufrad, no. 538.
128. "Wahai Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukilah aku, sihatkanlah aku, dan kurniakanlah rezeki kepadaku." [91] [91] Riwayat Muslim, no. 2696, 2697. Dalam satu riwayat Muslim: "Sesungguhnya doa ini merangkumi dunia dan akhirat." Abu Dawud, no. 850 menyebut bahawa setelah seorang Badwi berdoa demikian, Nabi SAW berkata: “Dia telah memenuhi tangannya dengan segala kebaikan.”
".. tampunglah kekuranganku, naikkan darjatku." [92] [92] Rujuk: Sunan Ibn Majah, no. 898; Sunan al-Tirmidhi, no. 284; Sahih Ibn Majah, 1/148; Sahih al-Tirmidhi, 1/90.
129. "Wahai Allah, tambahkanlah untuk kami dan jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan, berilah kami dan jangan Engkau halangi, utamakanlah kami dan jangan Engkau utamakan orang lain ke atas kami, redhailah kami dan jadikanlah kami termasuk orang yang Engkau redai." [93] [93] Riwayat al-Tirmidhi, 5/326, no. 3173; al-Hakim, 2/98 yang menyatakan sahih; dinilai hasan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Arna’ut dalam Tahqiq Jami‘ al-Usul, 11/282, no. 8847.
130. "Wahai Allah, Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah juga akhlakku." [94] [94] Riwayat Ahmad, 6/68, 6/155, 1/403; Ibn Hibban (Mawarid), no. 2423; al-Tayalisi, no. 374; Musnad Abi Ya‘la, no. 5075. Disahihkan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, 1/115, no. 74.
131. "Wahai Allah, teguhkanlah aku dan jadikanlah aku seorang yang memberi petunjuk serta mendapat petunjuk." [95] [95] Berdasarkan doa Nabi SAW untuk Jarir RA. Lihat: al-Bukhari, no. 6333, juga no. 3020, 3036.
132. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu keteguhan dalam perkara agama, ketegasan menuju petunjuk, sebab-sebab rahmat-Mu, tekad untuk memperoleh keampunan-Mu, syukur atas nikmat-Mu, ibadah yang baik, hati yang selamat, lidah yang jujur, kebaikan yang Engkau ketahui, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang Engkau ketahui. Aku memohon ampun kepada-Mu atas segala yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib." [96] [96] Riwayat Ahmad, 28/338, no. 17114; 28/356, no. 17133; al-Tirmizi, no. 3407; al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, no. 7135, 7157, 7175–7180; Ibn Hibban, 3/215, no. 935; 5/310, no. 1974. Dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’ut dalam Sahih Ibn Hibban, 5/312, dan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 3228.
133. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu syurga Firdaus yang tertinggi." [97] [97] Berdasarkan sabda Nabi SAW: "Jika kamu memohon kepada Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana ia adalah syurga paling tengah dan paling tinggi, di atasnya Arasy al-Rahman, dan daripadanya terpancar sungai-sungai syurga." Riwayat al-Bukhari, no. 2790, 7423.
134. "Wahai Allah, perbaharuilah iman dalam hatiku." [98] [98] Berdasarkan hadis Abdullah bin Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya iman juga melapuk dalam dada seseorang, seperti lapuknya bajunya. Maka pintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian." Riwayat al-Hakim, 1/4 (beliau menilai sahih, disepakati al-Zahabi). Komentar al-Haythami dalam Majma al-Zawa'id, 1/52: "Riwayat al-Tabarani dalam al-Mujam al-Kabir, sanadnya hasan." Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 4/113, no. 1585.
135. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada solat yang tidak memberi manfaat." [99] [99] Riwayat Abu Dawud, no. 1549. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud, 1/424.
136. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menuakanku sebelum waktunya, anak yang menjadi tuanku, harta yang menjadi azab, dan sahabat pengkhianat yang pura-pura baik. Jika dia melihat kebaikan daripadaku, dia menyembunyikannya, dan jika dia melihat keburukan, dia menyebarkannya.." [100] [100] Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a’, no. 1339. Dinilai sanadnya hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 7/377, no. 3137.
137. "Wahai Allah, janganlah Engkau hinakan aku pada hari kiamat." [101] [101] Riwayat Ahmad, no. 18056. Disahihkan oleh al-Hakim, 1/255 dan disepakati oleh al-Zahabi.
138. "Wahai Allah, aku memohon keselamatan di dunia dan di akhirat." [102] [102] Riwayat Ibn Majah, no. 3851. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 3/259 dan Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 1138.
139. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, amal yang tidak diangkat, hati yang tidak khusyuk, dan ucapan yang tidak didengar." [103] [103] Riwayat Ibn Hibban, no. 2440 (Mawarid). Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Mawarid al-Zam'an, 2/454, no. 2066.
140. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan, kelemahan, kemalasan, bakhil, pengecut, lilitan hutang, dan penguasaan orang." [104] [104] Riwayat al-Bukhari, no. 6363. Hadis Anas RA: Nabi SAW sering membaca doa ini.
141. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka, azab kubur, fitnah yang nyata dan tersembunyi, serta fitnah Dajjal." [105] [105] Riwayat Muslim, no. 2867.
142. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu mati syahid di jalan-Mu." [106] [106] Riwayat Muslim, no. 1909. Hadis: “Sesiapa yang memohon mati syahid dengan ikhlas, Allah akan sampaikan dia ke kedudukan para syuhada walaupun dia meninggal di atas tempat tidurnya.”
143. "Wahai Allah, ampunilah dosaku, muliakanlah masukku pada hari kiamat, dan tempatkanlah aku lebih tinggi daripada banyak makhluk-Mu. Wahai Allah, ampunilah dosaku, masukkan aku ke tempat yang mulia pada hari kiamat." [107] [107] Riwayat al-Bukhari, no. 4323; Muslim, no. 2498. Berdasarkan doa Nabi SAW untuk dua sahabatnya, `Ubayd Abu Amir dan Abu Burdah RA.
144. "Wahai Allah, berilah aku petunjuk bersama orang yang Engkau beri petunjuk, keselamatan bersama orang yang Engkau beri keselamatan, peliharalah aku, berkatilah aku, dan jauhkanlah aku daripada keburukan. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau pelihara (dan jadikan wali-Mu). Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau." [108] [108] Riwayat Ahmad, no. 1723. Disahihkan oleh penyemak Musnad Ahmad.
145. "Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan." [109] [109] Riwayat Muslim, no. 214. Diceritakan bahawa Nabi SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
146. "Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya." [110] [110] Riwayat al-Tirmidhi, no. 3577; dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmidhi, 3/469. Baginda SAW bersabda: “Sesiapa mengucapkannya, Allah akan mengampuninya walaupun dia lari dari medan perang.”
147. "Wahai Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan dalam hatiku, dan lindungilah aku daripada fitnah yang menyesatkan." [111] [111] Ibn ‘Asakir dalam al-Arba‘in fi Manaqib Ummahat al-Mu’minin, hlm. 85, dengan sanad sahih; Ibn al-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, no. 457. Dinilai hasan oleh al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id, 10/27. Disokong oleh riwayat Ahmad, no. 26576 (44/2). Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 4207.
148. "Wahai Allah, hidupkanlah aku di atas sunnah Nabi-Mu SAW dan matikanlah aku di atas agamanya, serta lindungilah aku daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan." [112] [112] Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, 5/95, daripada doa Ibn ‘Umar RA secara mauquf; disebut oleh Ibn al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir, 6/309, dengan komentar al-Diya’: “Sanadnya baik (jayyid).” Ibn Mas‘ud RA berkata: “Janganlah salah seorang kamu berdoa, ‘Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah’, kerana setiap orang pasti menghadapi fitnah; sebaliknya mintalah perlindungan daripada fitnah-fitnah yang menyesatkan.” Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsir, 13/475, no. 15912, dan disebut oleh Ibn Battal dalam Syarh Sahih al-Bukhari, 4/13.
149. "Ya Allah! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim [dalam seluruh alam]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia." [113] [113] Riwayat al-Bukhari, no. 3370; tambahan lafaz dalam kurungan daripada riwayat Muslim, no. 405 melalui Abu Hurairah RA.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, sebagaimana layak bagi keagungan-Nya dan kebesaran kerajaan-Nya. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi kami Muhammad, ke atas keluarganya, para sahabatnya, dan para pengikutnya dengan penuh kebaikan hingga hari pembalasan.
Merawat Dengan Ruqyah
Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah
Sang Fakir kepada Allah Ta'ala:
Dr. Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani
Pendahuluan: Kepentingan Rawatan dengan al-Quran dan Sunnah
Segala puji hanya bagi Allah. Kita memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya, memohon keampunan-Nya, dan memohon perlindungan kepada-Nya daripada kejahatan diri kita serta keburukan amal perbuatan kita. Sesiapa yang Allah beri petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang Allah sesatkan, tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Selawat dan salam ke atas Baginda, keluarga Baginda, para sahabatnya, serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik hingga hari kiamat.
Tiada syak lagi bahawa rawatan dengan al-Quran yang mulia serta ruqyah yang sahih daripada Nabi SAW adalah rawatan yang bermanfaat dan penyembuh yang sempurna. Allah SWT berfirman: “Katakanlah: Ia (al-Quran) adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Fussilat: 44) Dan Allah SWT berfirman: “Kami turunkan al-Quran sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim, ia hanya menambah kerugian.” (Surah al-Isra’: 82) Partikel (مِنْ) dalam ayat ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran adalah penyembuh [1], sebagaimana firman-Nya lagi: “Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57)
Al-Quran adalah penyembuh yang komprehensif bagi segala penyakit, sama ada penyakit jiwa, penyakit fizikal, penyakit duniawi mahupun ukhrawi. Namun tidak semua orang layak dan diberikan taufik untuk mendapatkan penyembuhan melalui al-Quran. Jika seorang yang sakit benar-benar mengubati dirinya dengan al-Quran, dengan kejujuran, iman yang kuat, penerimaan penuh, keyakinan teguh, dan memenuhi segala syaratnya, maka penyakit itu tidak akan mampu menewaskannya. Bagaimana mungkin penyakit mampu menentang kalam Empunya langit dan bumi yang jika ia diturunkan ke atas gunung, pasti gunung itu hancur berkecai; jika diturunkan ke bumi, pasti bumi terbelah? Tidak ada satu pun penyakit pada hati dan tubuh melainkan al-Quran menunjukkan jalan untuk merawatnya, sebab-sebabnya dan cara untuk mencegahnya, bagi sesiapa yang Allah kurniakan kefahaman dalam Kitab-Nya. Allah SWT telah menyebut dalam al-Quran tentang penyakit jiwa dan fizikal, serta rawatan bagi kedua-duanya: [1] Lihat: al-Jawab al-Kafi, oleh Ibn al-Qayyim, h. 20.
Penyakit jiwa terbahagi kepada dua jenis: 1. Penyakit syubhat dan keraguan 2. Penyakit syahwat dan kesesatan Allah SWT menjelaskan secara terperinci tentang penyakit-penyakit ini, sebab-sebabnya, dan rawatannya. [2] Allah SWT berfirman: “Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) yang dibacakan kepada mereka? Sungguh pada yang demikian itu ada rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-‘Ankabut: 51) Imam Ibn al-Qayyim RH berkata: "Jika al-Quran tidak cukup untuk menyembuhkan seseorang, maka tiada lagi cara yang boleh menyembuhkannya kerana sesiapa yang tidak cukup dengan al-Quran, Allah tidak akan mencukupkannya dengan yang lain." [3] [2] Zad al-Ma’ad, j. 4, h. 6, dan j. 4, h. 352. [3] Zad al-Ma’ad, j. 4, h. 352.
Al-Quran juga membimbing kepada asas-asas rawatan fizikal, prinsip-prinsipnya, dan kaedah-kaedahnya. Prinsip rawatan tubuh yang disebut dalam al-Quran ada tiga: 1. Menjaga daya tahan tubuh (Homeostasis) 2. Pencegahan penyakit (Prophylaxis) 3. Penyingkiran toksin (Detoxification) [4] [4] Zad al-Ma’ad, 4/6, 4/352.
Jika seorang hamba tahu mengubati dirinya dengan al-Quran, dia pasti akan melihat kesan yang luar biasa dalam penyembuhan segera.
Imam Ibn al-Qayyim RH menceritakan pengalamannya: “Pernah satu tempoh di Mekah saya jatuh sakit, tidak ada doktor dan tiada ubat. Lalu saya mengubati diri dengan membaca al-Fatihah. Saya bacakan ia berkali-kali ke dalam air zamzam, kemudian saya minum. Saya dapati kesannya sangat ajaib: saya sembuh sepenuhnya. Selepas itu, saya sering mengamalkannya untuk banyak penyakit, dan saya mendapat manfaat yang sangat besar daripadanya. Saya juga mempreskripsi rawatan ini kepada orang lain yang mengadu sakit, dan ramai antara mereka sembuh dengan cepat.” [5] [5] Lihat: Zad al-Ma’ad, 4/178; al-Jawab al-Kafi, hlm. 21.
Begitu juga, ruqyah berdasarkan sunnah yang sahih termasuk antara rawatan yang paling bermanfaat. Kerana doa, jika bebas daripada penghalang, adalah salah satu sebab paling berkesan untuk menolak perkara yang tidak diingini dan mencapai apa yang diinginkan. Ia adalah salah satu ubat yang paling mujarab, lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Doa adalah “musuh” bala bencana; ia menolaknya, merawatnya, menghalang ia daripada menimpa, atau setidaknya meringankannya jika ia sudah menimpa. [6] Nabi SAW bersabda: “Doa bermanfaat terhadap apa yang telah turun dan apa yang belum turun. Maka, wahai hamba-hamba Allah, berdoalah!” [7] Baginda juga bersabda: “Tiada yang dapat menolak takdir melainkan doa, dan tiada yang dapat memanjangkan umur melainkan kebaikan.” [8] Namun ada satu perkara penting yang perlu kita ambil perhatia: bahwa ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir, doa-doa, bacaan penangkal yang digunakan untuk berubat dan ruqyah itu pada asalnya memang berkesan dan menyembuhkan. Tetapi keberkesanannya bergantung kepada penerimaan hati dan kekuatan orang yang melakukannya. Apabila kesembuhan tidak berlaku, ia mungkin kerana kelemahan orang yang meruqyah, atau kurangnya penerimaan pada diri orang yang diruqyah, atau adanya penghalang yang kuat dalam dirinya yang menghalang ubat itu memberi kesan. Rawatan dengan ruqyah memerlukan dua perkara: [6] al-Jawab al-Kafi, hlm. 22–25. [7] Riwayat al-Tirmizi (3548), al-Hakim (1/670), Ahmad (22044); disahihkan oleh al-Albani (Sahih al-Jami’, 3/151, no. 3403) [8] Riwayat al-Hakim (1/670), al-Tirmizi (2139); disahihkan oleh al-Albani (Silsilah al-Ahadith as-Sahihah, 1/76, no. 154)
Pertama: Daripada Pihak Pesakit Pesakit perlu memiliki beberapa perkara penting: - Kekuatan jiwa, - Keikhlasan dalam berdoa dan memohon kepada Allah SWT, - Keyakinan penuh bahawa al-Quran adalah penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, - Doa dan bacaan perlindungan (ta’awwudz) yang dilafazkan dengan kesatuan hati dan lisan, bukan sekadar di mulut sahaja. Rawatan ruqyah ini ibarat satu pertempuran perang. Dalam peperangan, seseorang tidak akan menang melainkan dengan dua perkara:
1. Memiliki senjata yang baik, 2. Memiliki tangan yang kuat untuk menghayunnya. Kalau salah satu tiada, senjata itu tidak akan memberi kesan. Apatah lagi jika kedua-duanya tiada. Bayangkan hati seseorang kosong daripada tauhid, tawakal, taqwa, dan tumpuan kepada Allah, dan dia pula tidak memiliki “senjata” langsung. Dalam keadaan ini, tiada apa-apa kesan pun boleh diharapkan daripada ruqyah.
Perkara kedua: Daripada pihak perawat dengan al-Quran dan al-Sunnah, bahawa hendaklah ada pada dirinya dua perkara ini juga [9]; dan kerana itu Ibn al-Tin RH berkata: “Ruqyah dengan al-Mu‘awwidzat dan selainnya daripada nama-nama Allah merupakan rawatan rohani; apabila ia dilafazkan oleh lisan orang-orang yang soleh daripada kalangan makhluk, maka akan berlaku kesembuhan dengan izin Allah SWT.” [10] [9] Lihat: Zad al-Ma‘ad, 4/68; al-Jawab al-Kafi, hlm. 21. [10] Fath al-Bari oleh Ibn Hajar, 10/196.
Para ulama sepakat sebulat suara, bahawa hukum ruqyah adalah dibenarkan dengan tiga syarat, iaitu:
Syarat pertama: Hendaklah ia dengan kalam Allah Ta‘ala, atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya, atau dengan kalam Rasul-Nya SAW.
Syarat kedua: Hendaklah dengan bahasa Arab, atau dengan selain bahasa Arab yang difahami maknanya.
Syarat ketiga: Hendaklah diyakini bahawa ruqyah tidak memberi kesan dengan sendirinya; bahkan dengan kekuasaan Allah Ta‘ala [11]. Ruqyah hanyalah merupakan salah satu sebab daripada pelbagai sebab. [11] Lihat: Fath al-Bari, 10/195, dan Fatawa al-‘Allamah Ibn Baz, 2/384.
Disebabkan kepentingan yang besar ini, saya telah meringkaskan bahagian ruqyah daripada kitab asal saya: al-Dzikr wa al-Du‘a’ wa al-‘Ilaj bi al-Ruqyah min al-Kitab wa al-Sunnah, dan saya menambahkan padanya beberapa faedah yang bermanfaat, insya-Allah Ta‘ala. Saya memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan nama-nama-Nya yang indah dan sifat-sifat-Nya yang tinggi agar menjadikannya ikhlas kerana wajah-Nya yang mulia, agar Dia memberi manfaat kepadaku dengannya, dan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya, atau mencetaknya, atau menjadi sebab tersebarnya, serta kepada seluruh kaum Muslimin. Sesungguhnya Dia, Maha Suci-Nya, adalah Pemilik urusan itu dan Maha Kuasa ke atasnya. Selawat dan salam serta keberkatan ke atas Nabi kami Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabatnya, dan sesiapa yang mengikut mereka dengan kebaikan hingga hari pembalasan.
Sang Fakir kepada Allah Ta'ala
Dr. Saʿīd bin ʿAlī bin Wahf al-Qaḥṭānī
Ditulis pada 18/6/1414H
1 – Rawatan Sihir
Rawatan Ilahi terhadap sihir terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian Pertama: Perkara-perkara yang mencegah sihir sebelum berlaku:
1. Menunaikan semua kewajipan, meninggalkan semua yang diharamkan, serta bertaubat daripada semua dosa.
2. Memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim, dengan menjadikan padanya bacaan harian (wirid) setiap hari.
3. Memelihara diri dengan doa-doa, permohonan perlindungan dan zikir-zikir yang disyariatkan, seperti: - Membaca: “Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya, tiada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” — sebanyak tiga kali setiap pagi dan petang [12]. - Membaca Ayat Kursi selepas setiap solat, sebelum tidur, serta pada waktu pagi dan petang [13]. - Membaca: Surah al-Ikhlas bersama surah al-Falaq dan al-Nas — tiga kali pagi dan petang, serta sebelum tidur. - Mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” — sebanyak 100 kali setiap hari [14]. - Menjaga zikir harian seperti zikir pagi dan petang, selepas solat, ketika tidur dan bangun, doa masuk dan keluar rumah, menaiki kenderaan, masuk dan keluar masjid, masuk dan keluar tandas, doa melihat orang yang ditimpa musibah, dan sebagainya. Semua ini telah disebutkan dalam kitab Hisn al-Muslim mengikut keadaan, tempat dan waktu. Tiada keraguan bahawa menjaga amalan-amalan ini merupakan sebab utama untuk terhindar daripada sihir, penyakit ‘ain, dan gangguan jin dengan izin Allah SWT. Ia juga merupakan antara rawatan terbaik selepas terkena gangguan tersebut atau selainnya [15]. [12] Riwayat al-Tirmidhi (no. 3388), Abu Dawud (no. 5088), Ibn Majah (no. 3869); disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 2/332. [13] Riwayat al-Hakim; disahihkan serta disepakati oleh al-Dhahabi, 1/562; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/273, no. 658. [14] Riwayat al-Bukhari, 4/95, no. 3293; Muslim, 4/2071, no. 2691. [15] Lihat Zad al-Ma‘ad, 4/126; Majmu‘ Fatawa Ibn Baz, 3/277; serta bahagian ketiga dari rawatan penyakit ‘ain dalam kitab ini.
4. Makan tujuh biji kurma ‘Ajwah setiap pagi ketika perut kosong (jika mampu), berdasarkan sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang makan tujuh biji kurma ‘Ajwah pada waktu pagi, maka pada hari itu tidak akan memudaratkannya sebarang racun dan sihir.” [16] Yang lebih sempurna ialah kurma tersebut daripada kurma Madinah yang tumbuh di antara dua kawasan batu hitam (al-Harrah), sebagaimana disebut dalam riwayat Muslim. Syeikh kami al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Ibn Baz rahimahullah berpendapat bahawa kesemua kurma Madinah mempunyai kelebihan ini, berdasarkan sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang makan tujuh biji kurma daripada kawasan antara dua batu hitamnya [17] ketika pagi...” – hingga akhir hadis [18]. [16] Riwayat al-Bukhari (Fath al-Bari, 10/247), no. 5445; Muslim, 3/1618, no. 2047. [17] Dua batu hitam merujuk kepada tanah berlahar. Ia merujuk kepada dua kawasan yang mengelilingi Madinah, terdiri daripada tanah berbatu hitam seperti terbakar api. Lihat Fayd al-Qadir oleh al-Munawi, 2/514. [18] Riwayat Muslim, 3/1618, no. 2047.
Beliau rahimahullah juga berpendapat bahawa kelebihan ini diharapkan turut diperoleh oleh sesiapa yang makan tujuh biji kurma secara umum, walaupun bukan daripada kurma Madinah.
Bahagian Kedua: Rawatan sihir selepas terkena. Rawatan ini terdiri daripada beberapa jenis:
Jenis Pertama: Mengeluarkan dan memusnahkan sihir jika diketahui tempatnya, dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ini adalah antara rawatan paling berkesan bagi orang yang terkena sihir. [19] [19] Lihat Zad al-Ma‘ad, 4/124; al-Bukhari (Fath al-Bari, 10/132), no. 5765; Muslim, 4/1917, no. 2189; Majmu‘ Fatawa Ibn Baz, 3/228.
Jenis Kedua: Ruqyah Syar'iyyah. Antara bentuknya adalah seperti berikut [20]: [20] Lihat Fath al-Haqq al-Mubin fi ‘Ilaj al-Ṣar‘ wa al-Siḥr wa al-‘Ayn, hlm. 138.
Cara Pertama: Menumbuk tujuh helai daun bidara hijau dengan lesung atau seumpamanya, kemudian dituangkan air yang mencukupi untuk mandi. Kemudian bacakan ke dalam air tersebut ayat-ayat berikut:
Saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terlaknat. "Allah, tiada yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus. Tidak mengantuk dan tidak tidur bagi-Nya. Milik-Nya segala yang di langit dan di bumi. Siapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya? Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu-Nya kecuali apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung." Ayat Kursi (al-Baqarah: 255):
"Dan Kami mewahyukan kepada Musa: "Lemparlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba ia menelan apa yang mereka reka-reka. Kebenaran pun terbukti, dan batallah apa yang mereka kerjakan. Lalu mereka dikalahkan di situ dan menjadi hina. Ahli-ahli sihir itu pun segera bersujud. Mereka berkata, “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam —Tuhan Musa dan Harun.” Surah al-A‘raf: 117–122.
"Firaun berkata, “Datangkanlah kepadaku semua ahli sihir yang pandai.” Lalu apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, “Lemparkanlah apa yang kamu hendak lemparkan.” Apabila mereka melempar, Musa berkata, “Apa yang kamu bawa itu adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membetulkan amalan orang-orang yang merosakkan.” Dan Allah akan menegakkan kebenaran dengan kalimah-Nya, walaupun para penjenayah tidak menyukainya." Surah Yunus: 79–82.
"Mereka berkata, “Wahai Musa, adakah engkau yang hendak melempar dahulu, atau kami yang akan melempar terlebih dahulu?” Musa berkata, “Tidak, bahkan kamu dahulu.” Lalu tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka kelihatan kepada Musa seakan-akan bergerak pantas disebabkan sihir mereka. Maka Musa merasa takut dalam hatinya. Kami berfirman, “Jangan takut! Sesungguhnya engkaulah yang lebih unggul.” “Lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu — ia akan menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya ahli sihir, dan ahli sihir tidak akan berjaya di mana sahaja dia berada.” Maka ahli-ahli sihir pun bersujud dan berkata, “Kami beriman kepada Tuhan Harun dan Musa.” Surah Taha: 65–70.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. "Katakanlah: Wahai orang-orang kafir, Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga tidak akan pernah menyembah apa yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku."
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. "Katakanlah (wahai Nabi): Dia Allah yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Dan tiada sesuatu yang setara dengan-Nya."
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. Katakanlah, wahai Nabi: Aku berlindung kepada Empunya Fajar. Daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Dan daripada kejahatan malam apabila ia menjadi gelap-gelita. Dan daripada kejahatan peniup buhul. Dan daripada kejahatan orang yang berhasad apabila dia hasad.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, Daripada kejahatan syaitan yang suka memberikan waswas tetapi kerap mundur, Yang membisik waswas pada dada-dada manusia, Daripada jin dan manusia.
Setelah membaca ayat-ayat tersebut ke dalam air, minumlah air tersebut dengan tiga kali tegukan, dan mandilah dengan baki air tersebut. Dengan izin Allah SWT, penyakit akan sembuh. Jika perlu diulangi dua kali atau lebih, tidak mengapa sehingga sembuh sepenuhnya. Kaedah ini telah banyak kali dicuba dan memberi manfaat dengan izin Allah. Ia juga sangat berguna bagi mereka yang terhalang daripada mendekati pasangan mereka. [21] [21] Fatawa Ibn Baz, 3/279; Fath al-Majid, hlm. 346; al-Sarim al-Battar oleh Wahid ‘Abd al-Salam, hlm. 109–117; Musannaf ‘Abd al-Razzaq, 11/13; Fath al-Bari, 10/233.
Cara Kedua: Membaca bacaan-bacaan tertentu, kemudian menghembus halus dan mengusap pada tempat yang sakit dengan tangan kanan. Bacaan-bacaan tersebut adalah: - Surah al-Fatihah, - Ayat Kursi, - Dua ayat terakhir daripada Surah al-Baqarah, -Surah al-Ikhlas, -Surah al-Falaq, -Surah al-Nas Bacaan ini dibaca tiga kali atau lebih. [22] [24] Muslim, 4/1728, no. 2202.
Cara Ketiga: Doa-doa syifa’ dan bacaan perlindungan umum (ta‘awwudz & ruqyah): [22] al-Bukhari (Fath al-Bari, 9/62), no. 5016; Muslim, 4/1723, no. 2192; al-Bukhari (Fath al-Bari, 10/208).
1. “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan ‘Arasy yang agung, agar menyembuhkanmu.” (Dibaca tujuh kali). [23] [23] Abu Dawud, 3/187, no. 3106; al-Tirmizi, 2/410, no. 2083; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, 5/180 & 322; Sahih Sunan Abi Dawud, 2/276.
2. Pesakit meletakkan tangannya pada bahagian tubuh yang sakit lalu berkata: “Dengan nama Allah” – (tiga kali), kemudian membaca: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan apa yang aku rasai dan aku takuti.” (Dibaca tujuh kali). [24] [27] Muslim, 4/1728, no. 2709.
3. “Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, kerana Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan dari-Mu. Sembuhkanlah dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit.” [25] [68] Riwayat al-Bukhari dengan al-Fath 10/206, no. 5745; Muslim 4/1724, no. 2194.
4. “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa, dan daripada setiap mata yang dengki.” [26] [26] al-Bukhari (Fath al-Bari, 6/408), no. 3371.
6. “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna: daripada kemurkaan-Nya, hukuman-Nya, kejahatan hamba-hamba-Nya, bisikan syaitan, dan daripada kehadiran mereka.” [28] [28] Abu Dawud, no. 3893; al-Tirmizi, no. 3528; dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi, 3/171.
7. “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak mampu dilepasi oleh orang soleh mahupun pendosa, daripada kejahatan segala yang diciptakan, dibentuk dan dibiakkan, daripada kejahatan yang turun dari langit, dan yang naik ke atasnya, daripada kejahatan apa yang Dia ciptakan di bumi, dan yang keluar daripadanya, daripada kejahatan fitnah malam dan siang, dan daripada setiap yang datang tanpa diketahui, melainkan yang datang membawa kebaikan – wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.” [29] [29] Musnad Ahmad, 3/119, no. 15461; Ibn al-Sunni, no. 637; Majma‘ al-Zawa’id, 10/127; disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 7/196.
8. “Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan bumi, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan setiap sesuatu. Pencipta biji dan benih. Penurun Taurat, Injil dan al-Quran. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan segala sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Engkau adalah Yang Awal, tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkau adalah Yang Akhir, tiada sesuatu selepas-Mu. Engkau adalah Yang Zahir, tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau adalah Yang Batin, tiada sesuatu di bawah-Mu.” [30] [30] Muslim, 4/2084, no. 2713.
9. “Dengan nama Allah, aku meruqyahmu – daripada segala sesuatu yang menyakitimu, dan daripada kejahatan setiap jiwa dan mata pendengki. Allah menyembuhkanmu. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.” [31] [31] Muslim, daripada Abu Sa‘id RA, 4/1718, no. 2186.
10. “Dengan nama Allah, Dia menyembuhkanmu, daripada setiap penyakit yang menimpamu, daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki, dan daripada kejahatan setiap mata.” [32] [32] Muslim, daripada ‘Aisyah RA, 4/1718, no. 2185.
11. “Dengan nama Allah, aku meruqyahmu daripada segala sesuatu yang menyakitimu, daripada hasad orang yang dengki, dan daripada setiap 'ayn. Allah menyembuhkanmu.” [33] [33] Ibn Majah, no. 3527, daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 2/268.
Doa-doa dan bacaan ini boleh digunakan untuk merawat sihir, penyakit ‘ain, gangguan jin, dan segala jenis penyakit secara umum. Ia adalah ruqyah yang menyeluruh dan bermanfaat, dengan izin Allah SWT.
Jenis Ketiga: Berbekam. Iaitu dengan memfokuskan bahagian tubuh yang terkesan dek sihir sekiranya kawasan tersebut sesuai untuk dibekam. Jika tidak boleh, rawatan-rawatan sebelum ini sudah memadai. [34] [34] Zad al-Ma‘ad, 4/125; lihat juga: Musannaf Ibn Abi Shaybah, 7/386–387; Fath al-Bari, 10/233–234; Musannaf ‘Abd al-Razzaq, 11/13; al-Sarim al-Battar, hlm. 194–200; al-Sihr: Haqiqatuhu wa Hukmuhu oleh Dr. Musfir al-Dhamini, hlm. 64–66.
Jenis Keempat: Ubat-ubatan Semula Jadi Terdapat ubat-ubatan semula jadi yang bermanfaat dengan izin Allah SWT, yang telah disebutkan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah yang suci. Jika seseorang menggunakannya dengan penuh yakin, jujur, tumpuan hati, serta beriktikad bahawa manfaat itu datang daripada Allah SWT, maka Allah akan memberikan manfaat melalui rawatan tersebut, insya-Allah. Begitu juga dengan ubat-ubatan formulasi daripada pelbagai herba dan seumpamanya yang telah terbukti secara eksperimen, maka tiada halangan dari sudut syarak untuk menggunakannya selagi mana tidak mengandungi unsur haram. [35] [35] Fath al-Haqq al-Mubin fi ‘Ilaj al-Ṣar‘ wa al-Siḥr wa al-‘Ayn, hlm. 139. [46] Rujuk penjelasan terdahulu dalam Jenis Kedua Rawatan Sihir dalam kitab ini.
Contoh ubat semula jadi yang berguna dengan izin Allah, - Madu [36] - Habbatus Sauda' [37] - Air zamzam [38] - Air hujan, berdasarkan firman Allah, "Kami turunkan dari langit, air yang diberkati." (Surah Qaf: 9). [36] Fath al-Haqq al-Mubin, hlm. 140. [37] Fath al-Haqq al-Mubin, hlm. 141. [38] Fath al-Haqq al-Mubin, hlm. 144.
- Minyak zaitun, berdasarkan hadis: "Makanlah minyak zaitun, minyakkan tubuhmu dengannya; kerana ia dari pokok yang diberkati." [39] Penggunaan minyak zaitun juga terbukti secara saintifik dan testimoni bahawa ia minyak terbaik. [40] - Mandi, - Menjaga kebersihan, - Mengenakan minyak wangi. [39] Musnad Ahmad, 3/497, no. 16055; al-Tirmizi, no. 1851; Ibn Majah, no. 3319; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi, 2/166. [40] Fath al-Haqq al-Mubin, hlm. 142. [41] Fath al-Haqq al-Mubin, hlm. 145.
2. Rawatan Penyakin 'Ayn (Mata Hasad)
Rawatan penyakit ‘ayn boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
Jenis pertama: Pencegahan sebelum terkena.
1. Berlindung dan melindungi orang yang dibimbangi terkena dengan zikir, doa, dan perlindungan yang diajar oleh syarak, seperti yang disebutkan dalam rawatan sihir bahagian pertama. [42] [42] Rujuk: Bahagian rawatan sihir sebelum ini.
2. Orang yang dikhuatiri terkena – apabila melihat sesuatu yang mengagumkan pada diri sendiri, harta, anak, saudara atau yang lain – hendaklah segera mendoakan keberkatan, dengan berkata: “Masya-Allah, la quwwata illa billah. Allahumma barik ‘alayh.” Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu yang mengagumkannya pada saudaranya, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.” [43] [43] Riwayat Malik dalam al-Muwatta’, 2/938; Ibn Majah, no. 3509; Ahmad, 4/447, no. 15700; disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah, 2/265. Lihat juga: Zad al-Ma‘ad, 4/170; al-Sarim al-Battar, hlm. 229–252.
3. Menutup keindahan (aurat atau bahagian menarik) orang yang dikhuatiri terkena penyakit ‘ayn. [44] [44] Lihat: Sharh al-Sunnah oleh al-Baghawi, 13/116; Zad al-Ma‘ad, 4/173.
Jenis kedua: Rawatan selepas terkena
1. Jika diketahui individu yang menyebabkan ‘ayn, maka hendaklah orang itu berwuduk, kemudian air wuduknya digunakan untuk mandikan orang yang terkena. [45] [45] Riwayat Abu Dawud, no. 5056; disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 6/61; Zad al-Ma‘ad, 4/163; al-Wiqayah wal-'Ilaj minal-Kitab wa al-Sunnah, Ibn Shayi‘, hlm. 144-147.
2. Memperbanyakkan bacaan: - Surah al-Ikhlas, - Surah al-Falaq, - Surah al-Nas, - Surah al-Fatihah, - Ayat Kursi, - Dua ayat terakhir Surah al-Baqarah, - doa-doa ruqyah yang sahih, kemudian. Selepas dibaca, ditiup lembut pada tangan kanan, dan disapu pada tempat yang sakit; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini dalam Rawatan Sihir. [57] Rujuk Jenis Kedua Rawatan Sihir dalam kitab ini.
3. Membaca ayat-ayat al-Quran pada air disertai hembusan ringan, kemudian pesakit meminumnya dan baki air itu disiramkan ke tubuhnya.[47] Atau dibacakan pada minyak, lalu digunakan untuk menyapu badan.[48] Jika bacaan dilakukan pada air Zamzam, ia lebih sempurna jika mudah didapati,[49] atau pada air hujan.[50] [47] Sunan Abi Dawud 4/10, no. 3885 – Nabi SAW pernah melakukannya untuk Thabit bin Qays. Namun dinilai daif oleh al-Albani dalam Da‘if Abi Dawud, no. 836. [48] Musnad Ahmad 3/497, no. 16055. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 1/108, no. 379. [49] Rujuk penjelasan terdahulu dalam Jenis Keempat Rawatan Sihir dalam kitab ini. [52] Rujuk penjelasan terdahulu dalam Jenis Kedua Rawatan Sihir dalam kitab ini.
4. Boleh juga menulis ayat-ayat al-Quran di pinggan untuk pesakit, kemudian pinggan dibasuh dengan air dan diminumkan.[51] Antara ayat-ayat itu ialah al-Fatihah, Ayat al-Kursi, dua ayat terakhir Surah al-Baqarah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas, dan doa-doa ruqyah yang disebutkan dalam Jenis Kedua Rawatan Sihir, nombor 1–11.[52] [51] Rujuk: Zad al-Ma‘ad karya Ibn al-Qayyim, jilid 4, hlm. 170; dan Fatawa Ibn Taimiyah, jilid 19, hlm. 64. [50] Rujuk penjelasan terdahulu dalam Jenis Keempat Rawatan Sihir dalam kitab ini.
Bahagian Ketiga: Mengamalkan sebab-sebab yang dapat menolak kejahatan hasad (‘ain hasad), iaitu seperti berikut:
1- Memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan orang yang hasad.
Bertakwa kepada Allah serta menjaga suruhan dan larangan-Nya SWT, berdasarkan sabda Nabi SAW: “Peliharalah Allah, nescaya Allah memeliharamu.”[53] [53] Riwayat al-Tirmizi (no. 2516), disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 2/309.
3- Bersabar menghadapi orang yang hasad, memaafkannya, tidak menyerangnya, tidak mengadu tentangnya, dan tidak berniat, untuk membalas kejahatannya.
4- Bertawakal kepada Allah. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya.
5- Tidak merasa takut kepada orang hasad, serta tidak memeningkan kepala dengan banyak memikirkan tentangnya. Ini termasuk antara ubat yang paling berkesan.
6- Bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah dengan keikhlasan, serta mencari keredaan-Nya.
7- Bertaubat daripada dosa, kerana dosa-dosa itulah yang memberi peluang kepada musuh untuk menguasai seseorang. Allah berfirman: “Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (kesalahan).” (Surah al-Syura, ayat 30).
8- Bersedekah dan berbuat ihsan sedaya mampu, kerana hal ini mempunyai kesan yang menakjubkan dalam menolak bala, ‘ain, dan kejahatan orang yang hasad.
9- Memadamkan api hasad, kebencian dan gangguan dengan berbuat baik kepada orang yang hasad. Semakin dia menambah kejahatan, keburukan, hasad dan permusuhan, semakin kita menambah kebaikan kepadanya, memberi nasihat dan belas kasihan kepadanya. Tidak ada yang mampu berbuat demikian melainkan orang yang dikurniakan bahagian yang besar daripada Allah.
10- Menyempurnakan tauhid dan memurnikannya hanya untuk Allah SWT, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, yang tiada sesuatu pun dapat memberi mudarat atau manfaat kecuali dengan izin-Nya. Dialah tempat bergantung segala sesuatu, dan kepada-Nya kembali semua sebab. Tauhid adalah benteng Allah yang terbesar; sesiapa yang memasukinya akan berada dalam kalangan orang yang dilindungi.
Inilah sepuluh sebab yang dapat menolak kejahatan orang yang hasad, ‘ain dan tukang sihir.[54] [54] Rujuk: Bada’i‘ al-Fawa’id oleh Ibn al-Qayyim, 2/238–245.
3- Rawatan Gangguan Jin terhadap Manusia
Rawatan bagi orang yang dirasuk jin, terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian Pertama: Sebelum terkena gangguan
Pencegahan dilakukan dengan cara menjaga semua kefarduan dan kewajipan agama, menjauhi segala yang haram, bertaubat daripada semua dosa, serta membentengi diri dengan zikir-zikir, doa-doa dan bacaan perlindungan (ta‘awwuz) seperti yang disyariatkan.
Bahagian Kedua: Rawatan apabila jin merasuk
Rawatan dilakukan dengan bacaan seorang Muslim yang hatinya selaras dengan lisannya, iaitu dengan membacakan ruqyah kepada orang yang dirasuk. Rawatan yang paling agung ialah dengan membaca: - Surah al-Fatihah[55], - Ayat al-Kursi, - Dua ayat terakhir Surah al-Baqarah, Surah al-Ikhlas , - Surah al-Falaq - Surah al-Nas. Disertai dengan hembusan ringan (nafth) kepada orang yang dirasuk, dan diulang sebanyak tiga kali atau lebih. Begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran yang lain, kerana seluruh al-Quran mengandungi penawar bagi penyakit hati, penawar, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman[56]. Selain itu dibacakan juga doa-doa ruqyah, sebagaimana disebut dalam Jenis Kedua Rawatan Sihir. Dalam rawatan ini, terdapat dua perkara yang mesti diperhatikan: [55] Riwayat Abu Dawud 4/13–14, no. 3896; Ahmad 5/210, no. 21835. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 2028. [56] Rujuk: al-Fath al-Rabbani Tartib Musnad al-Imam Ahmad, 17/183.
Perkara pertama ialah berkaitan dengan orang yang dirasuk itu sendiri, dia hendaklah memiliki jiwa yang kuat, tumpuan yang tulus kepada Allah, dan bacaan doa perlindungan (ta‘awwuz) yang benar dengan penuh penghayatan.
Perkara kedua berkaitan dengan perawat itu sendiri, iaitu dia juga mesti dalam keadaan yang benar (ikhlas, beriman, bertakwa, dan mengikuti syariat), kerana sebuah senjata hanya berkesan bergantung kepada siapa yang menggunakannya.[58] [58] Lihat: Wahid ‘Abd al-Salam, al-Sarim al-Battar, hlm. 109–117; Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/66–69; Ibn Baz, Idhah al-Haqq fi Dukhul al-Jinni bil-Insiy wa al-Radd ‘ala Man Ankara Dhalik, hlm. 14; Ibn Taymiyyah, Majmu‘ al-Fatawa 19/9–65, 24/276; Muhammad bin Shayyi‘, al-Wiqayah wal-‘Ilaj min al-Kitab was-Sunnah, hlm. 66–69, 59; al-Ashqar, ‘Alam al-Jinn wa al-Shayatin, hlm. 130.
Elok juga jika azan dikumandangkan ke telinga orang yang dirasuk kerana syaitan akan lari daripadanya.[59] [59] Lihat: Fath al-Haqq al-Mubin fi ‘Ilaj al-Sar‘ wa al-Sihr wa al-‘Ain, hlm. 112; al-Bukhari, no. 574.
Rawatan Penyakit Mental
[60] Lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 2/23–28; ‘Abdul Rahman bin Nasir al-Si‘di, al-Wasa’il al-Mufidah lil-Hayah al-Sa‘idah.
Rawatan yang paling berkesan bagi penyakit mental[60] dan kesempitan jiwa secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1- Tauhid kerana kesesatan dan syirik merupakan punca terbesar jiwa menjadi sempit.
2- Keimanan yang tulus yang dicampakkan ke dalam hati seorang hamba disertai dengan amalan soleh.
3- Ilmu yang bermanfaat. Semakin luas ilmu seseorang hamba, semakin lapang dan tenang jiwanya.
4- Kembali dan berserah kepada Allah SWT, mencintai-Nya dengan sepenuh hati, dan merasa nikmat dengan beribadah kepada-Nya.
5- Sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan dan di setiap tempat. Zikir mempunyai pengaruh yang menakjubkan dalam melapangkan jiwa, menenangkan hati, serta menghilangkan rasa gelisah dan dukacita.
6- Berbuat ihsan kepada makhluk dalam pelbagai bentuk kebaikan, memberi manfaat kepada mereka semampu mungkin. Sesungguhnya orang yang mulia dan suka berbuat ihsan adalah orang yang paling lapang dadanya, paling baik jiwanya, dan paling bahagia hatinya.
7- Keberanian, kerana orang yang berani itu dadanya lapang dan hatinya tenang.
8- Membersihkan kekotoran [61] hati daripada sifat-sifat tercela yang menyebabkan ia sempit, seperti hasad, kebencian, dendam dan permusuhan. Nabi SAW pernah ditanya: “Siapakah manusia yang paling mulia?” Baginda menjawab: “Setiap orang yang hatinya bersih dan lisannya jujur.” Mereka bertanya: “Kami mengetahui maksud lisan yang jujur, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan hati yang bersih?” Baginda bersabda: “Iaitu orang yang bertakwa, bersih (dari dosa), tiada padanya maksiat, kezaliman, dendam dan hasad.”[62] [61] Bermaksud keaiban yang merosakkan. [62] Riwayat Ibn Majah (no. 4216), dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah 2/411.
9- Meninggalkan perkara sia-sia dalam memandang, berbicara, mendengar, bergaul, makan, dan tidur. Meninggalkan hal-hal yang berlebihan itu termasuk sebab melapangkan dada, menenangkan hati, serta menghilangkan keresahan dan dukacita.
10- Menyibukkan diri dengan suatu amalan atau ilmu yang bermanfaat, kerana ia akan melalaikan hati daripada perkara yang merisaukannya.
11- Fokus pada apa yang boleh dilakukan hari ini, tanpa perlu bimbang tentang masa depan atau bersedih atas masa lalu. Jika seseorang berusaha melakukan perkara yang bermanfaat dia mampu mengatasi kesedihan dan dukacita.
12- Jangan membandingkan diri dengan orang kelihatan lebih beruntung daripadamu. Bandingkanlah diri dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kamu.
13- Melupakan masa lalu yang mengecewakan kerana tidak mungkin dapat diubah.
14- Apabila seseorang hamba ditimpa musibah, dia boleh menenangkan dirinya dengan membayangkan kemungkinan terburuk, kemudian menanganinya sekadar kemampuannya.
15- Kekuatan hati, iaitu tidak mudah terganggu dan terpengaruh dengan khayalan atau sangkaan buruk yang dibawa oleh fikiran negatif. Tidak marah, tidak terlalu risau kehilangan nikmat atau menghadapi perkara yang dibenci, sebaliknya menyerahkan urusan kepada Allah SWT, sambil berusaha dengan sebab-sebab yang bermanfaat, serta memohon kesejahteraan daripada-Nya.
16- Bergantung hati kepada Allah, bertawakal kepada-Nya, serta berbaik sangka kepada-Nya SWT. Orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan terkesan oleh sangkaan buruk atau bayangan menakutkan. [65] Riwayat Abu Dawud 4/324, no. 5090; Ahmad 5/42, no. 430. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, no. 3388; dinilai hasan dalam Sahih Sunan Abi Dawud 3/251.
17- Orang yang berakal menyedari bahawa kehidupan sebenar ialah kehidupan yang bahagia dan tenang, dan ia sangat singkat. Maka jangan disia-siakan dengan kesedihan dan menyerahkan diri kepada kesusahan hidup, kerana itu bertentangan dengan kehidupan sihat yang sebenar.
18- Apabila ditimpa sesuatu yang dibenci, hendaklah dia membandingkan dengan nikmat lain yang masih ada padanya — sama ada nikmat agama atau dunia. Dengan perbandingan itu akan jelas bahawa nikmat yang dimilikinya jauh lebih banyak. Begitu juga apabila dia takut ditimpa sesuatu mudarat, hendaklah dibandingkan dengan banyaknya kemungkinan yang selamat. Maka jangan biarkan kemungkinan lemah mengalahkan banyak kemungkinan kuat, dengan itu akan hilang rasa takut dan dukacitanya.
19- Menyedari bahawa gangguan manusia tidak memudaratkannya, khususnya ucapan-ucapan buruk. Bahkan, ucapan itu sebenarnya hanya merugikan mereka sendiri. Maka jangan diberikan perhatian atau difikirkan, supaya tidak memberi kesan kepada dirinya.
20- Mengisi fikiran dengan perkara yang membawa manfaat dalam urusan agama dan dunia.
21- Tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang dilakukan. Dia hanya mengharapkan balasan daripada Allah. Dia tidak kisah jika orang yang diberi kebaikan tidak berterima kasih kepadanya. Firman Allah: “Sesungguhnya kami memberi makanan kepada kamu hanya kerana mengharapkan keredaan Allah; kami tidak menghendaki balasan atau ucapan terima kasih daripada kamu.” (Surah al-Insan, ayat 9).
22- Menjadikan perkara yang bermanfaat sebagai fokus utama, berusaha untuk mencapainya, serta tidak menoleh kepada perkara yang memudaratkan. Jangan biarkan fikiran dan minda disibukkan dengan perkara yang merugikan.
23- Menyelesaikan pekerjaan pada waktunya, agar dapat memberi ruang untuk menyambut tugasan yang akan datang dengan kekuatan fikiran dan tenaga baru.
24- Memilih amalan dan ilmu yang lebih penting, kemudian mendahulukannya mengikut keutamaan, khususnya perkara yang sangat diminati. Dia hendaklah memohon pertolongan kepada Allah, kemudian bermusyawarah. Apabila telah nyata maslahatnya dan dia bertekad, maka bertawakal kepada Allah SWT.
25- Mengingati nikmat-nikmat Allah, yang zahir atau batin. Mengenali nikmat Allah akan menghilangkan keresahan dan dukacita, serta mendorong hamba untuk bersyukur.
26- Apabila engkau mendapati ada kekurangan pada pasangan, kerabat, rakan muamalah, atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan denganmu, maka hendaklah engkau melihat kepada kebaikan-kebaikan yang ada padanya, kemudian membandingkannya. Dengan memerhatikan hal ini, persahabatan akan berkekalan dan dada akan terasa lapang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: "Seorang lelaki yang beriman tidak sepatutnya membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu sikapnya, dia masih menyukai banyak sikapnya yang lain."[63] [63] Riwayat Muslim 2/1091, no. 1469.
27- Berdoa agar Allah memperbaiki setiap urusan. Antara doa yang paling agung ialah: "Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pelindung urusanku, perbaikilah duniaku yang di dalamnya kehidupanku, perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian itu sebagai kerehatan bagiku daripada segala keburukan."[64] Begitu juga doa berikut: "Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekejap mata. Perbaikilah segala urusanku. Tiada yang berhak disembah selain Engkau."[65] [64] Riwayat Muslim 4/2087, no. 2720. [89] Riwayat Abu Dawud 4/324, no. 5092; Ahmad 5/42, no. 20430. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil 3/357, dan oleh al-Arna’ut dalam Tahqiq al-Musnad 34/75.
28- Berjihad di jalan Allah, berdasarkan sabda Nabi SAW: "Berjihadlah di jalan Allah, kerana jihad di jalan Allah adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Dengannya Allah menyelamatkan seseorang daripada keresahan dan dukacita."[66] [66] Riwayat Ahmad 5/314, 316, 319, 326, 330 (no. 21624, 22680, 22732); al-Hakim mensahihkannya dan al-Dhahabi menyetujuinya, 2/75. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/274.
Kesimpulannya, semua sebab dan cara ini adalah rawatan yang bermanfaat untuk penyakit jiwa, dan merupakan antara rawatan terbaik bagi keresahan jiwa bagi sesiapa yang merenungi dan mengamalkannya dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Para ulama juga telah merawat banyak kes dan penyakit jiwa dengan cara ini, lalu Allah menjadikannya dengan manfaat yang sangat besar.[67] [67] Lihat: Muqaddimah al-Wasa’il al-Mufidah, cetakan kelima, hlm. 6.
5- Rawatan Luka dan Cedera Fizikal
Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit, atau terdapat padanya luka atau kudis, baginda berbuat demikian dengan jarinya. Sufyan (perawi) meletakkan jarinya yang telunjuk ke tanah, kemudian mengangkatnya, lalu baginda bersabda: "Dengan nama Allah, ini tanah bumi kami, bercampur air liur sebahagian kami, dengannya sembuhlah orang sakit kami, dengan izin Tuhan kami."[68] [25] al-Bukhari (Fath al-Bari, 10/206), no. 5750; Muslim, 4/1721, no. 2191.
[83] As-sukht / as-sakhat bermaksud lawan kepada reda, iaitu marah atau tidak puas hati.
Maksud hadis ini ialah seseorang mengambil sedikit air liurnya dengan jari telunjuk, kemudian meletakkannya pada tanah sehingga melekat sedikit daripadanya, lalu menyapu pada tempat yang luka atau sakit sambil mengucapkan doa tersebut ketika menyapu.[69] [69] Rujuk: al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 14/184; Ibn Hajar, Fath al-Bari 10/208; penjelasan terperinci dalam Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/186–187. [84] Maksudnya: seorang Muslim.
6- Rawatan Menghadapi Musibah
Firman Allah SWT: "Tiada satu musibah pun yang berlaku di bumi dan berlaku pada diri kamu, melainkan telah tertulis dalam sebuah kitab sebelum Kami (Lauh Mahfuz) menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah (22). Supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak terlalu bergembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah al-Hadid, ayat 22–23)
2- "Tiada suatu musibah pun yang menimpa melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Taghabun, ayat 11)
3- "Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah, lalu dia berkata: ‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan untukku yang lebih baik daripadanya,’ melainkan Allah SWT akan memberinya pahala atas musibah itu, dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya."[70] [70] Riwayat Muslim 2/633, no. 918.
4- "Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah SWT berfirman kepada para malaikat-Nya: ‘Kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Allah berfirman: ‘Kamu telah mengambil buah hatinya?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Allah berfirman: ‘Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku?’ Mereka menjawab: ‘Dia memuji-Mu dan membaca istirja‘[71].’ Maka Allah berfirman: ‘Dirikanlah untuk hamba-Ku sebuah rumah di syurga, dan namakanlah ia Baitul Hamd (Rumah Pujian).’" [72] [71] Maksud istirja‘ ialah ucapan: alhamdulillah, inna lillahi wa inna ilayhi raji‘un. [72] Riwayat al-Tirmizi, no. 1021; dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 1/298.
5- "Allah SWT berfirman: ‘Tiada balasan bagi hamba-Ku yang beriman di sisi-Ku, apabila Aku mengambil orang yang paling dicintainya daripada ahli dunia lalu dia bersabar mengharap pahala, melainkan syurga.’" [73] [73] Riwayat al-Bukhari dengan al-Fath 11/242, no. 6424.
6- Rasulullah berkata pada seorang lelaki yang kematian anaknya: "Sukakah kamu jika setiap pintu syurga yang kamu datangi, kamu dapati anakmu menantimu?" [74] [74] Riwayat Ahmad, no. 15595; al-Nasa’i 4/23, no. 1870. Sanadnya sahih menurut syarat sahih; dinilai sahih oleh Ibn Hibban 8/209 dan al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 2007. Lihat juga: Fath al-Bari 11/243.
7- "Allah SWT berfirman: Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua kesayangannya (yakni matanya), lalu dia bersabar [dan dia mengharapkan pahala], nescaya Aku gantikan baginya dengan syurga."[75] [75] Riwayat al-Bukhari dengan al-Fath 10/116, no. 5653. Tambahan lafaz dalam kurungan daripada Sunan al-Tirmizi, no. 2400. Lihat juga Sahih al-Tirmizi 2/286.
8- "Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan, sama ada berupa sakit atau selainnya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya."[76] [76] Riwayat al-Bukhari dengan al-Fath 10/120, no. 5648; Muslim 4/1991, no. 2571.
9- "Tiada seorang Muslim pun yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, melainkan ditulis untuknya darjat (pahala) dengan sebabnya, dan dihapuskan daripadanya dosa."[77] [77] Riwayat Muslim 4/1991, no. 2572.
10- "Tiada sesuatu yang menimpa seorang mukmin, berupa kesakitan yang berterusan [78], kepayahan [79], penyakit, kesedihan, bahkan keresahan yang mengganggunya [80], melainkan dengannya dihapuskan dosa-dosanya." [81] [78] al-Wasab: sakit yang berpanjangan. Lihat: al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 16/130. [79] al-Nasab: kepenatan. [80] Lihat: al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 16/130. [81] Riwayat Muslim 4/1993, no. 2573.
11- "Sesungguhnya besarnya pahala itu seiring dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia menguji mereka. Maka sesiapa yang reda, baginya keredaan Allah dan sesiapa yang marah (tidak reda), maka baginya kemurkaan Allah." [82][83]. [85] Riwayat al-Tirmizi, no. 2698; Ibn Majah, no. 4023. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 2/286.
12- “...Ujian akan terus menimpa seorang hamba[84], sehingga akhirnya ia ditinggalkan berjalan di muka bumi tanpa ada satu dosa pun padanya.”[85] [82] Riwayat al-Tirmizi, no. 2396; Ibn Majah, no. 4031. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 2/286.
7- Penawar Resah dan Sedih
1. "Tidaklah seorang hamba ditimpa kegelisahan dan kesedihan, lalu dia berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki-Mu, anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu. Berlaku padaku ketetapan-Mu, adil padaku keputusan-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai (penyejuk) hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan pelenyap kegelisahanku, melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya, serta menggantikannya dengan kegembiraan." [86] [86] Riwayat Ahmad 1/391, no. 3712; dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 182.
2- "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat bakhil dan pengecut, serta daripada lilitan hutang dan tekanan manusia."[87] [87] Riwayat al-Bukhari 7/158, no. 2893. Nabi SAW sering mengulang-ulang doa ini. Lihat juga al-Bukhari (al-Fath 11/173).
8. Rawatan Ketika Kesempitan
1- "Tiada yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan Tuhan bumi, serta Tuhan ‘Arasy yang mulia." [88] [88] Riwayat al-Bukhari 7/154, no. 6346; Muslim 4/2092, no. 2730.
2-
"Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan. Janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekejap mata. Perbaikilah seluruh urusanku. Tiada yang berhak disembah selain Engkau." [89]
3- "Tiada yang berhak disembah selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim."[90] [90] Riwayat al-Tirmizi 5/529, no. 3505; al-Hakim mensahihkannya dan al-Dhahabi menyetujuinya, 1/505. Disahihkan juga oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 3/168.
4- "Allah, Allah, Tuhanku, aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun."[91] [91] Riwayat Abu Daud, 2/87, no.1525, dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah, 2/335, Sahih At-Tirmizi, 4/196.
9. Rawatan Pesakit untuk Dirinya Sendiri
"Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang sakit, lalu ucapkan ‘Bismillah’ tiga kali. Kemudian ucapkan tujuh kali: ‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan apa yang aku rasakan dan aku bimbangkan.’" [92] [92] Riwayat Muslim 4/1728, no. 2202.
10- Rawatan Ketika Menziarahi Pesakit
Sabda Nabi SAW: "Tiada seorang hamba Muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, lalu dia mengucapkan sebanyak tujuh kali: ‘Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan ‘Arasy yang agung, agar Dia menyembuhkanmu’, melainkan Allah akan menyembuhkannya." [93] [93] Riwayat al-Tirmizi, no. 2083; Abu Dawud, no. 3893. Dinilai Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 2/210 dan Sahih al-Jami‘ 5/180.
11- Rawatan Apabila Mimpi Buruk
Sabda Nabi "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, daripada kemurkaan-Nya, daripada azab-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada bisikan-bisikan syaitan, dan daripada kehadiran mereka."[94] [94] Riwayat Abu Dawud 4/12, no. 3893. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 3/171.
12- Rawatan Demam
Nabi SAW bersabda: "Demam itu berasal daripada hembusan panas neraka Jahannam, maka sejukkanlah ia dengan air." [95] [95] Riwayat al-Bukhari (al-Fath 10/174), no. 3264; Muslim 4/1733, no. 2210.
13- Rawatan Sengatan dan Gigitan
1- Dibacakan Surah al-Fatihah sambil mengumpulkan sedikit air liur, kemudian diludahkan ringan pada tempat sengatan. [96] [96] Riwayat al-Bukhari (al-Fath 10/208)
2- Disapu dengan air bercampur garam, sambil dibacakan: Surah al-Kafirun al-Mu‘awwizatain (Surah al-Falaq dan Surah an-Nas).[97] [97] Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Saghir 2/830. Dinilai hasan sanadnya oleh al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id 5/111, dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 548.
14. Rawatan Marah
Rawatan bagi sifat marah dilakukan dengan dua cara:
Cara Pertama: Pencegahan
Pencegahan marah dicapai dengan menjauhi sebab-sebab yang menimbulkannya. Antara sebab itu ialah sifat sombong, kagum pada diri sendiri, suka bermegah-megah, tamak yang tercela, bergurau pada waktu yang tidak sesuai, berlebihan dalam senda gurau dan perkara-perkara lain yang seumpamanya.
Cara Kedua: Rawatan ketika marah sudah terjadi
Rawatan ini terhad kepada empat jenis:
Memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Berwuduk
Mengubah keadaan orang yang sedang marah, sama ada dengan duduk, berbaring, keluar dari tempat itu, menahan diri daripada bercakap, atau dengan cara lain yang sesuai.
Menghadirkan dalam hati ganjaran besar yang disebut bagi orang yang menahan marah, serta mengingati akibat buruk yang datang daripada sifat marah, iaitu kehinaan dan kerugian.[98] [98] Lihat perincian dengan dalil-dalil sahih dalam: Āfāt al-Lisān, hlm. 110–112; al-Hikmah fi al-Da‘wah ila Allah, hlm. 64–66, karya penulis.
15. Rawatan dengan Habbatus Sauda’ (Jintan Hitam)
Nabi SAW bersabda: "Pada habbatus sauda’ terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali mati." Ibn Shihab berkata: "As-sām" bermaksud mati, dan habbatus sauda’ ialah jintan hitam (al-shunīz). [99] Habbatus sauda’ mempunyai sangat banyak manfaat. Sabda Baginda: “Penawar bagi segala penyakit” sama seperti firman Allah SWT: “Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya” (Surah al-Ahqaf, ayat 25), yakni menghancurkan apa sahaja yang boleh dihancurkan, dan seumpamanya.[100] [99] Riwayat al-Bukhari dengan al-Fath 10/143, no. 5688; Muslim 1735, no. 2215. [100] Lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/297; Muwaffaq al-Din ‘Abd al-Latif al-Baghdadi, al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 88.
16- Rawatan dengan Madu
1- Firman Allah SWT tentang lebah: "Dari perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Nahl, ayat 69)
2- Sabda Nabi SAW:
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara: dalam berbekam, minuman madu atau rawatan dengan besi panas (kay), tetapi aku melarang umatku daripada kay." [101] [101] Riwayat al-Bukhari (al-Fath 10/137), no. 5681. Lihat juga faedah-faedah madu dalam: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/50–62; Muwaffaq al-Din ‘Abd al-Latif al-Baghdadi, al-Tibb min al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129–136.
17- Rawatan dengan Air Zamzam
1- Nabi SAW bersabda mengenai air Zamzam: "Sesungguhnya ia diberkati. Ia adalah makanan yang mengenyangkan [dan penawar bagi penyakit]." [102] [102] Riwayat Muslim 4/1922, no. 2473. Tambahan lafaz dalam kurungan diriwayatkan oleh al-Bazzar 2/86, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra 5/147, dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat 3/247, dengan sanad sahih. Lihat juga: Majma‘ al-Zawa’id 3/286.
2- Hadis Jabir RA, daripada Nabi SAW: "Air Zamzam itu sesuai dengan tujuan ia diminum." [103] [103] Riwayat Ibn Majah, no. 3062 dan selainnya. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah 2/183 dan Irwa’ al-Ghalil 4/320.
3- Telah sabit daripada Nabi SAW bahawa: "Baginda membawa air Zamzam [dalam bekas-bekas air] [104] dan kantung air, lalu baginda menuangkannya ke atas orang sakit dan memberi mereka minum." [105] Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata: "Aku sendiri dan orang lain telah mencuba berubat dengan air Zamzam, dan aku mendapati perkara-perkara yang menakjubkan. Aku sendiri telah berubat dengan air Zamzam untuk merawat beberapa penyakit, lalu aku sembuh [106] dengan izin Allah." [107] [104] Rujuk: Mukhtar al-Sihah 1/11. [105] Riwayat al-Tirmizi 1/180, no. 963; al-Bayhaqi 5/202. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 1/284, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/572, no. 883; Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/392. [106] Lihat: al-Nihayah fi Gharib al-Hadith 1/111. [107] Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad 4/393, 178.
18. Rawatan Penyakit Hati
Hati memiliki tiga keadaan:
1- Hati yang sejahtera, iaitu hati yang mana pada hari kiamat tiada yang akan selamat melainkan orang yang datang menghadap Allah dengannya. Allah SWT berfirman: "Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak lagi berguna , kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera." (Surah al-Syu‘ara’, ayat 88–89)
Hati yang sejahtera ialah hati yang selamat daripada segala syahwat yang menyalahi perintah dan larangan Allah, serta selamat daripada segala syubhat yang menentang berita (wahyu) daripada-Nya. Ia juga selamat daripada perhambaan kepada selain Allah, dan selamat daripada menjadikan selain Rasul-Nya SAW sebagai hakim (rujukan dan pedoman).
Secara ringkas, hati yang sejahtera dan sihat ialah hati yang selamat daripada sebarang bentuk syirik kepada selain Allah dalam apa jua keadaan. Sebaliknya, ia memurnikan penghambaan hanya kepada Allah: dalam kehendak, cinta, tawakal, taubat, ketundukan, rasa takut, dan harapan. Amalnya juga dimurnikan hanya untuk Allah. Jika ia mencintai, maka cintanya kerana Allah; jika ia membenci, maka bencinya kerana Allah. Jika ia memberi, maka ia memberi kerana Allah; jika ia menahan, maka ia menahan kerana Allah. Segala tujuannya adalah untuk Allah, cintanya seluruhnya kerana Allah, niatnya kerana-Nya, tubuhnya untuk-Nya, amalannya untuk-Nya, tidurnya untuk-Nya, jaga dan sedarnya untuk-Nya. Bualannya dan perbincangan tentang-Nya lebih dia sukai daripada apa jua perbualan lain. Fikirannya sentiasa berlegar pada perkara yang mendatangkan keredhaan dan kecintaan Allah.b[108] Kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan hati seperti ini. [108] Ibn al-Qayyim, Ighathat al-Lahfan min Masayid al-Shaytan 1/7, 73.
2- Hati yang Mati: Hati ini adalah lawan kepada hati yang sejahtera. Ia ialah hati yang tidak mengenal Tuhannya, tidak beribadah kepada-Nya dengan perintah-Nya, apa yang Dia cintai dan redai. Sebaliknya, hati ini hanya berpaut pada syahwat dan kenikmatannya, walaupun di dalamnya ada kemurkaan dan kemarahan Allah. Hati yang mati adalah hamba kepada selain Allah, dalam bentuk cinta, takut, harapan, reda, benci, penghormatan, dan kehinaan. Jika ia membenci, maka ia membenci kerana hawa nafsunya; jika ia mencintai, ia mencintai kerana hawa nafsunya. Jika ia memberi, ia memberi kerana hawa nafsunya; jika ia menahan, ia menahan kerana hawa nafsunya. Hawa nafsu menjadi imamnya, syahwat menjadi pemimpinnya, kejahilan menjadi pemandunya, dan kelalaian menjadi tunggangannya. [109] Kita memohon perlindungan kepada Allah daripada hati yang sebegini. [109] Ibn al-Qayyim, Ighathat al-Lahfan min Masayid al-Shaytan 1/9.
3- Hati yang Sakit: Hati ini memiliki kehidupan, tetapi padanya ada penyakit. Ia memiliki dua sumber yang menguasainya secara bergilir: kadang dikuatkan oleh yang baik, kadang oleh yang buruk. Di dalamnya terdapat rasa cinta kepada Allah SWT, iman kepada-Nya, keikhlasan kepada-Nya, dan tawakal kepada-Nya — inilah sumber kehidupannya. Namun, padanya juga terdapat cinta kepada syahwat, ketamakan untuk meraihnya, hasad, sombong, ujub, cinta kepada kedudukan, kerosakan di bumi kerana ingin berkuasa, sifat nifak, riya’, sifat kikir, dan bakhil — inilah sumber kebinasaannya. [110] Kita memohon perlindungan kepada Allah daripada hati yang sebegini. [110] Ibn al-Qayyim, Ighathat al-Lahfan 1/9.
Rawatan bagi hati daripada semua penyakit telah pun dihimpunkan dalam al-Quran al-Karim.
Allah SWT berfirman: "Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dada, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus: 57) dan Allah SWT berfirman: "Dan Kami turunkan dalam al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Quran itu tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian." (Surah al-Isra’: 82)
Penyakit hati terbahagi kepada dua jenis:
Jenis pertama ialah penyakit yang tidak dirasakan sakitnya oleh pemilik hati pada waktu itu, iaitu penyakit kejahilan, syubhat (keraguan dalam agama), dan keraguan-keraguan lain. Inilah sebenarnya penyakit yang paling berat deritanya, tetapi kerana rosaknya hati, pemiliknya tidak merasakannya.
Jenis kedua ialah penyakit yang dirasakan sakitnya secara langsung, seperti rasa gelisah, dukacita, kesedihan dan marah. Penyakit ini boleh hilang dengan ubat-ubatan semula jadi, iaitu dengan menghilangkan sebab-sebabnya dan selain daripada itu. [111] [111] Ibn al-Qayyim, Ighathat al-Lahfan 1/44.
Rawatan hati dilakukan dengan empat perkara:
Perkara pertama: Dengan al-Quran al-Karim, kerana ia adalah penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada berupa keraguan. Ia menghilangkan syirik, kotoran kekufuran, penyakit syubhat dan syahwat. Ia menjadi petunjuk bagi sesiapa yang mengetahui kebenaran lalu beramal dengannya, serta menjadi rahmat kerana menghasilkan ganjaran bagi orang-orang beriman, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT berfirman: "Dan apakah orang yang telah mati kemudian Kami hidupkan, lalu Kami berikan kepadanya cahaya yang dengannya dia dapat berjalan di tengah manusia, sama seperti orang yang berada dalam kegelapan yang dia tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah dijadikan indah bagi orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-An‘am: 122)
Perkara kedua: Hati memerlukan tiga perkara:
1- Sumber yang menjaga kekuatannya, iaitu dengan iman, amal soleh dan amalan rutin berupa ketaatan.
2- Menjauhi perkara yang merosakkannya, iaitu dengan meninggalkan semua maksiat dan segala bentuk pelanggaran.
3- Membersihkannya daripada segala unsur yang berbahaya, iaitu dengan bertaubat dan beristighfar.
Perkara ketiga: Rawatan penyakit hati akibat dikuasai oleh nafsu:
Rawatannya ada dua 1. Muhasabah (menghisab diri) 2. Melawan nafsu. Muhasabah terbahagi kepada empat jenis:
Jenis pertama: Muhasabah sebelum melakukan sesuatu amalan, iaitu empat persoalan:
1- Adakah perbuatan ini mampu untuk dilakukan?
2- Adakah melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya?
3- Adakah perbuatan ini niatnya kerana Allah semata-mata?
4- Adakah perbuatan ini mendapat bantuan dan sokongan daripada orang lain jika diperlukan? Sekiranya jawapannya "ya" maka teruskan Sekiranya jawapannya "tidak" maka janganlah diteruskan
Jenis kedua: Muhasabah selepas amal terdapat tiga bentuk:
1- Muhasabah diri terhadap ketaatan yang dilakukan tetapi terdapat kekurangan dalam menunaikan hak Allah SWT. Ia tidak dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya. Hak-hak Allah dalam ibadah itu termasuk keikhlasan, nasihat yang benar, mengikuti sunnah, menyedari kedudukan ihsan, menyedari nikmat Allah padanya dan menyedari kekurangan diri setelah semua itu.
2- Muhasabah diri terhadap setiap amal yang sebenarnya meninggalkannya lebih baik daripada melakukannya.
3- Muhasabah diri terhadap perkara yang harus atau kebiasaan, sama ada dia melakukannya kerana Allah dan negeri akhirat, maka itu menjadi keuntungan baginya atau kerana dunia, maka itu menjadi kerugian baginya.
Kesimpulannya, seseorang hendaklah muhasabah dirinya terlebih dahulu pada perkara-perkara fardu. Jika didapati ada kekurangan padanya, maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian, ia perlu muhasabah dirinya terhadap larangan-larangan Allah. Jika dia sedar bahawa dia telah melakukan sesuatu daripadanya, maka hendaklah ia segera memperbaikinya dengan taubat dan istighfar. Setelah itu, dia hendaklah muhasabah dirinya terhadap apa yang dilakukan oleh anggota tubuhnya, dan akhirnya muhasabah terhadap kelalaiannya. [112] [112] Ibn al-Qayyim, Ighathat al-Lahfan 1/136.
Perkara Keempat: Rawatan penyakit hati akibat dikuasai oleh syaitan:
Syaitan adalah musuh manusia. Jalan untuk melepaskan diri daripadanya ialah dengan apa yang telah disyariatkan Allah, iaitu memohon perlindungan kepada-Nya. Nabi SAW telah menggabungkan doa perlindungan daripada kejahatan nafsu dan kejahatan syaitan. Baginda SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: "Ucapkanlah: Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata, Tuhan dan Penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku, kejahatan syaitan dan syiriknya, serta daripada melakukan keburukan terhadap diriku sendiri, atau menyeretnya kepada seorang Muslim. Ucapkanlah doa ini ketika engkau bangun pagi, ketika engkau masuk waktu petang, dan ketika engkau hendak tidur." [113] [113] Riwayat al-Tirmizi, no. 3392; Abu Dawud, no. 5058. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi 3/142.
Perlindungan dengan doa (al-isti‘ādzah), tawakal, dan keikhlasan mampu menghalang pengaruh serta kekuasaan syaitan. [114] [114] Rujuk: Ighathat al-Lahfan Ibn al-Qayyim.
Selawat dan salam ke atas hamba dan Rasul-Nya, Muhammad SAW, serta ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya seluruhnya, dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan kebaikan hingga ke hari kiamat.
Related books
All books
Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah11 bahasaDoa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Risalah ringkas yang menghimpunkan doa-doa pilihan yang lengkap lagi bermanfaat daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Nabawiyyah, yang dipilih oleh penyusunnya untuk memudahkan hafalan dan amalannya; merangkumi doa hidayah, keampunan, rahmat, rezeki, kebaikan urusan agama dan dunia, dan sebagainya.
Risalah Mengenai Hukum Sihir dan Perbomohan28 bahasaRisalah Mengenai Hukum Sihir dan Perbomohan
Imam Abdul ʿAzīz bin Abdullah Ibn Bāz Semoga Allah merahmatinya Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Hukum Sihir dan Perbomohan Serta Perkara yang Berkaitan Dengannya [1] [1] Sebahagian daripada artikel ini telah diterbitkan dalam jilid ketiga buku Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah dengan tajuk: Hukum Sihir dan Perbomohan Serta Perkara yang Berkaitan Dengannya. Artikel penuh juga telah diterbitkan sebagai risalah oleh pihak atasan dengan tajuk: Risalah Mengenai Hukum Sihir dan Kahwin, serta disiarkan dalam majalah al-Yamamah dan Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah.…
التحقيق والإيضاح لكثير من مسائل الحج والعمرة والزيارة على ضوء الكتاب والسنة54 bahasaوالسنةالتحقيق والإيضاح لكثير من مسائل الحج والعمرة والزيارة على ضوء الكتاب والسنة
Click to view book details.
Perisai Muslim: Zikir-zikir daripada Al-Quran dan Al-Sunnah57 bahasaPerisai Muslim: Zikir-zikir daripada Al-Quran dan Al-Sunnah
Buku ini menghimpunkan zikir-zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah untuk memudahkan amalannya dalam pelbagai waktu dan keadaan, serta merangkumi doa-doa ketika bangun tidur, wuduk, solat, musafir dan sebagainya, yang membantu seorang Muslim membentengi dirinya agar berada dalam pemeliharaan dan jagaan Allah.