Buku Menelusuri Makna Azan membawa pembaca menyelami lafaz-lafaz azan dengan kupasan iman yang menyentuh hati, menyingkap dimensi akidah dan tarbiah yang terkandung di dalamnya. Azan bukan sekadar panggilan untuk menunaikan solat, tetapi ia adalah seruan harian kepada tauhid dan kejayaan. Buku ini menelusuri setiap lafaz azan dan menghuraikan maknanya, bermula dengan pengagungan Allah, penyaksian tauhid dan kerasulan, seruan menuju solat dan kejayaan, sehingga berakhir dengan takbir dan penegasan tauhid. Dengan gaya bahasa yang indah dan berkesan, buku ini menghubungkan lafaz azan dengan…
Language: lang_ms
Prepared by: Jawatankuasa Ilmiah Persatuan Khidmat Kandungan Islam dalam Pelbagai Bahasa
Jawatankuasa Ilmiah Persatuan Khidmat Kandungan Islam dalam Pelbagai Bahasa
Azan ialah seruan Ilahi yang berkumandang 5 kali sehari, mengingatkan Muslim tentang keagungan Allah, mengajak Muslim menuju kebaikan dan kejaaan. Ia adalah detik terhubungnya seorang manusia dengan Sang Pencipta, memutuskannya dari hiruk-pikuk dunia untuk sujud berbisik dengan Tuhan-Nya.Azan bukan sekadar pengumuman masuknya waktu solat, tetapi ia adalah panggilan menuju ketenangan, keimanan dan pembaharuan hubungan dengan Allah.Azan membawa makna yang luhur: bermula dengan pengagungan kepada Allah dan berakhir dengan ajakan mendirikan solat—di situlah seorang Muslim menemukan ketenteraman jiwanya.Setiap kali azan berkumandang, ia berbisik ke dalam hati bahawa kehidupan hakiki bermula dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Nama “Allah” bermaksud yang berhak disembah, ia nama bagi Maha Pencipta. Segala nama Allah yang lain yang menjelaskan kesempurnaan-Nya, terhimpun dalam nama teragung ini.
“Akbar” bermaksud lebih besar dan lebih agung”. Allah lebih agung daripada segala sesuatu, lebih mulia untuk dinisbahkan sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya.
Ucapan Allahu Akbar mengingatkan setiap Muslim bahawa tiada perkara dalam hidup ini yang lebih utama daripada Allah SWT. Ia menyeru manusia agar mengatur kehidupannya menurut kehendak dan syariat-Nya, bukan menurut hawa nafsu atau keinginan duniawi. Allah Maha Agung, melebihi segala yang ada di dunia ini.
Ucapan Allahu Akbar didengari oleh si tukang lalu dia berhenti daripada kerjanya, oleh petani lalu dia meletakkan bajaknya, oleh peniaga lalu dia menutup kedainya, dan oleh guru lalu dia menghentikan pengajarannya.
Semua itu kerana Allah lebih agung daripada segala pekerjaan dan kesibukan. Sikap berhenti sejenak untuk memenuhi seruan ibadah adalah bukti bahawa Allah lebih besar dalam hati seorang mukmin daripada segala kesenangan dunia.Allahu Akbar juga bermakna Allah lebih agung daripada segala ujian dan musibah, serta melebihi apa sahaja keadaan hidup. Sesiapa yang beriman dengan hakikat ini akan merasakan segala kesusahan menjadi kecil, hatinya tenang kerana dia bersama Allah, Tuhan yang dia reda dengan ketentuan-Nya, dan yakin dengan hikmah serta pengaturan-Nya.
Asyhadu Alla Ilaha Illallah. Asyhadu Alla Ilaha Illallah.
[Aku bersaksi yang tiada apa yang berhak disembah selain Allah]
Inilah syahadah pertama, yang bermaksud pengakuan bahawa Allah ialah Pencipta, Tuan, Pemilik, serta Pengatur seluruh alam. Dialah satu-satunya yang wajib disembah tanpa sekutu.
Tiada lain yang layak disembah, tiada anak bagi-Nya, tiada tandingan bagi-Nya. Oleh itu, ibadah tidak boleh ditujukan kepada selain Allah, dan doa tidak boleh dipanjatkan kecuali hanya kepada-Nya.
Syahadah ini adalah kesaksian terbesar dalam kewujudan, asas keimanan dalam semua risalah Ilahi. Semua para nabi menyeru umat mereka kepada kalimah agung ini: Tiada yang berhak disembah selain Allah.
Kalimah inilah tujuan Allah menciptakan manusia, mengutus para rasul, serta menurunkan kitab-kitab-Nya. Dengannya Allah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang mengucapkannya dengan ikhlas dari hati, dan mengharamkan neraka bagi mereka yang mati dalam keyakinan terhadapnya.
Ia adalah kunci iman, pintu keselamatan, asas agama dan dasar tauhid.
Kerana kalimah inilah manusia akan dibangkitkan dari kubur mereka dan dihisab pada hari kiamat. Sesiapa yang hidup dengannya dan menutup hidupnya dengan kalimah ini, dialah yang meraih kejayaan agung. Sebaliknya, sesiapa yang menolak dan enggan mengucapkannya, maka balasannya adalah kekekalan di dalam neraka.
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
[Aku bersaksi yang Muhammad adalah utusan Allah]
Maksud syahadah ini ialah pengakuan seorang Muslim bahawa Allah telah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala risalah Ilahi, pembawa amanah untuk menyampaikan kepada manusia risalah daripada Tuhan mereka.
Dengan lafaz ini, seorang Muslim berikrar bahawa tiada jalan untuk menyembah Allah dan mencapai keredaan-Nya kecuali melalui pengakuan terhadap kerasulan Muhammad SAW, mencontohi baginda, serta beribadah kepada Allah dengan syariat yang dibawa olehnya.
Segala bentuk ibadah yang tidak diajarkan atau disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah batil, tidak diterima di dunia mahupun di akhirat, bahkan orang yang melakukannya akan dipertanggungjawabkan dan dihukum kerana telah beribadah dengan cara yang tidak disyariatkan.
Syahadah ini juga membawa makna bahawa Rasulullah SAW ialah hamba Allah dan utusan Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan atau anak Tuhan. Ia menegaskan bahawa baginda adalah penutup para rasul, tiada nabi selepasnya dan bahawa seluruh mukjizat serta tanda kebenaran baginda mesti diimani, termasuk yang paling agung iaitu al-Quran. Ia merupakan risalah Ilahi yang terakhir, yang masih wujud dalam bahasa asal ia diturunkan, terpelihara daripada sebarang penambahan, pengurangan dan perubahan.Al-Quran adalah risalah terakhir, diturunkan dalam bahasa asalnya, terpelihara daripada penambahan, pengurangan atau perubahan. Ia kitab yang tidak tertandingi dalam keindahan bahasa, keteguhan hukum dan keluasan petunjuk.
Allah telah mencabar manusia untuk mendatangkan walau satu surah yang sebanding dengannya, namun hingga kini tiada seorang pun mampu melakukannya.
Dengan syahadah ini juga seorang Muslim beriman bahawa Rasulullah SAW diutus untuk mengembalikan manusia kepada tauhid, sebagaimana yang dilakukan oleh Ibrahim, Musa dan Isa AS.
Baginda berjalan di atas jalan para nabi sebelumnya dalam menyampaikan risalah Tuhan, dengan keistimewaan bahawa tiada nabi lagi selepas baginda.
Hayya 'alas Solaah. Hayya 'alas Solaah.
[Ayuh, jom solat!]
Makna lafaz ini: “Wahai orang-orang beriman, datanglah menghadap Tuhanmu, yang suka mengampunkan dan mengasihi hamba-Nya, yang menerima taubat dan menghapuskan dosa-dosa.”
Betapa agungnya kemuliaan ini — Allah memerintahkan seorang hamba, di setiap tempat yang dihuni kaum Muslimin, untuk melaungkan azan lima kali sehari. Ia adalah panggilan mulia yang berbunyi: “Marilah! Datanglah menuju ibadah kepada Tuhanmu.”
Lafaz ini mengingatkan kita tentang telah tiba temu janji untuk menyembah Tuhan. Maka seorang Muslim diajak agar meninggalkan segala kesibukan dunia, urusan perniagaan, pertanian, pekerjaan, lalu menghadapkan dirinya kepada Allah.
Tindakan ini menjadi bukti kejujuran iman, kerana solat lebih utama daripada segala kenikmatan duniawi.
Seruan hayya ‘alaṣ-ṣalāh adalah panggilan menuju solat, ibadah yang menjadi talian langsung antara hamba dan Tuhannya. Ia juga ibadah yang meruntuhkan jurang kasta dan darjat, menyatukan manusia sebagai hamba-hamba Allah yang setara di hadapan-Nya.
Hayya `alal Falah. Hayya `alal Falah.
[Marilah menuju kejayaan!]
Berjaya yang hakiki adalah mendapat keredaan Allah, keselamatan dunia akhirat, dan dibimbing ke jalan yang lurus.
Antara maknanya adalah berjaya meraih reda Allah, berjaya meraih syurga dan keselamatan dari neraka kerana sesiapa yang beriman dan mengerjakan solat, dia akan berjaya. Sesiapa yang berjaya, dia telah selamat di negeri abadi.
Setiap waktu solat, ketika melaungkan lafaz ini, muazin mengingatkan kita: “Datanglah kepada ketenangan hati, keselamatan jiwa, kesucian roh, dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.”
Allahu Akbar, Allahu Akbar. La Ilaha Illallah.
Epilog Takbir dan Tauhid
Azan diakhiri dengan takbir (Allahu Akbar) dan tauhid (La ilaha illallah).
Kedua-dua lafaz ini menjadi pengukuh bagi seluruh makna yang telah disebut sebelumnya. Inilah inti hakikat kewujudan manusia, bahawa Allah Maha Agung, dan bahawa tiada Tuhan yang benar selain Dia.
Sama ada manusia mengetahuinya atau tidak, sama ada mereka mengakuinya atau mengingkarinya, kebenaran ini tetap merupakan hakikat kosmik yang tidak berubah.Hakikat ini tidak akan berganti walaupun zaman silih berganti, peristiwa demi peristiwa berlaku. Ia tetap teguh: Allah lebih besar daripada segala sesuatu, Dialah Tuhan yang benar, dan hanya Dia yang berhak disembah. Segala bentuk penyembahan kepada selain Allah adalah batil.
Penutup azan ini adalah seruan untuk mengagungkan apa yang Allah sendiri agungkan, serta bersaksi bagi Allah sebagaimana Dia bersaksi untuk diri-Nya, sebagaimana para rasul bersaksi, dan sebagaimana orang-orang beriman mengakuinya.
Tuntasnya: Azan bukan sekadar pengumuman waktu solat, tetapi seruan menuju kejayaan dan kemenangan hakiki. Ia adalah mesej yang berulang lima kali sehari di masjid-masjid, membangunkan hati manusia, mengingatkan kita bahawa Allah itu dekat, bahawa ketenangan itu mungkin, dan bahawa jalan menuju kejayaan bermula dengan solat yang menjadi medium komunikasi antara hamba dan Penciptanya.
Oleh itu, ulanglah lafaz-lafaz tersebut bersama Muazin: “Allahu Akbar, Allahu Akbar. La ilaha illallah.” Ucapkanlah syahadah, persaksian tauhid, sebagaimana Allah dan para rasul bersaksi. Dengan itu kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya, yang berserah diri, dan yang mentauhidkan Allah.
Bukalah hatimu untuk iman, lalu katakan: “Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”
Dengan itu kamu masuk ke dalam rahmat Allah, memperoleh kebahagiaan di dunia, keselamatan di akhirat, dan dibangkitkan kelak pada Hari Kiamat bersama barisan orang-orang beriman.
رسالة لطيفة تتناول أصول العقيدة الإسلامية بأسلوب مبسط وميسر. تبدأ بمقدمة حول أهمية علم التوحيد، كونه أشرف العلوم وأجلّها، ثم تتناول مفهوم الدين الإسلامي وأركانه الخمسة: الشهادتان، والصلاة، والزكاة، والصوم، والحج. كما يشرح الإيمان بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر، ويؤكد على أهمية التوحيد في بناء دين المسلم بشكل سليم.
الكتاب يهدف إلى تعزيز الفهم الصحيح للعقيدة الإسلامية وتطبيقها في حياة المسلم اليومية.
Tatacara Wuduk (Video Mudah) Panduan praktikal yang menjelaskan tatacara wuduk langkah demi langkah adalah amat penting, kerana wuduk merupakan syarat sah solat. Saksikan video ini dan pelajarilah tatacara wuduk yang sahih. Tatacara Wuduk
Nota Padat (Hukum-Hakam Muazin, Imam, Khatib dan Masjid)
47 bahasa
Nota Padat (Hukum-Hakam Muazin, Imam, Khatib dan Masjid)
Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang hukum-hakam azan dan iqamah, menjadi imam solat, khutbah Jumaat, serta adab di Masjid. Ia turut membahaskan kewajipan para muazin, imam dan khatib, serta menegaskan kepentingan mempelajari hukum-hakam syarak yang berkaitan dengan tugas-tugas ini bagi menjamin pelaksanaannya yang sempurna. Ia juga memuatkan nas-nas daripada Nabi ﷺ beserta penjelasannya, agar dapat diamalkan dengan tepat.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani Pengantar Dengan nama Allah, segala pujian hanya untuk Allah; Buku ini menghimpunkan beberapa persoalan yang wajib diketahui setiap kanak-kanak Muslim berkenaan agama Allah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka sedari kecil. Buku ini merupakan panduan yang mudah dan lengkap, meliputi akidah, fiqh, sirah, adab, tafsir, hadis, akhlak, dan zikir. Ia sesuai untuk kanak-kanak, semua peringkat umur dan juga mereka yang baru memeluk Islam. Ia boleh diajar di rumah atau di institusi pendidikan dan digunakan untuk hafalan…