Islam Agama Para Rasul Islam bermaksud penyerahan diri dan patuh kepada kepada pencipta dan pentadbir alam ini, iaitu Allah; yang didasari kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya. Asas bagi agama Islam adalah beriman kepada Allah. Kita beriman bahawa Allah-lah pencipta, dan semua yang selain-Nya adalah makhluk yang diciptakan. Allah sahajalah yang berhak disembah secara tunggal tanpa sekutu. Allah mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang agung. Milik Allah sahajalah kesempurnaan mutlak tanpa sebarang kekurangan. Allah tidak melahirkan, tidak dilahirkan. Tiada apa yang setara dan…
Islam bermaksud penyerahan diri dan patuh kepada kepada pencipta dan pentadbir alam ini, iaitu Allah; yang didasari kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya.
Asas bagi agama Islam adalah beriman kepada Allah. Kita beriman bahawa Allah-lah pencipta, dan semua yang selain-Nya adalah makhluk yang diciptakan. Allah sahajalah yang berhak disembah secara tunggal tanpa sekutu. Allah mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang agung. Milik Allah sahajalah kesempurnaan mutlak tanpa sebarang kekurangan. Allah tidak melahirkan, tidak dilahirkan. Tiada apa yang setara dan sebanding dengan-Nya. Allah tidak berada dalam mana-mana makhluk-Nya, Allah tidak berjasad dalam mana-mana makhluk-Nya.
Islam merupakan agama Allah SWT. Allah tidak menerima daripada manusia agama selain Islam. Islam adalah agama yang disampaikan oleh semua nabi.
Antara prinsip asas agama Islam adalah: Beriman dengan semua rasul, bahawa Allah SWT yang mengutuskan mereka supaya menyampaikan perintah-Nya. Allah jugalah yang menurunkan kitab-kitab samawi kepada mereka.
Rasul yang paling akhir adalah Muhammad SAW. Allah mengutuskan kepada baginda kepada seluruh manusia, membawa syariat Ilahi terakhir, yang memansuhkan semua syariat para rasul sebelumnya.
Allah SWT memberikan banyak bukti kenabian kepada baginda. Bukti terbesar adalah al-Quran al-Karim, ungkapan Tuhan Semesta Alam, kitab teragung yang dikenali manusia. Kandungannya, lafaznya, laras bahasanya tidak mampu ditandingi sesiapa. Ia mengandungi petunjuk yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Kitab al-Quran terpelihara sehingga hari ini dalam bahasa Arab; tanpa sebarang perubahan walaupun satu huruf.
Antara prinsip utama agama Islam: Beriman dengan malaikat dan hari Akhirat. Pada Hari Akhirat, Allah akan membangkitkan manusia daripada kubur mereka untuk menghitung amalan mereka. Sesiapa yang beriman dan melakukan kebaikan, maka dia mendapat nikmat yang kekal di dalam syurga. Sebaliknya sesiapa yang ingkar dan melakukan kejahatan, maka dia mendapat azab yang pedih di dalam neraka kelak.
Antara prinsip utama agama Islam: Beriman dengan ketentuan Allah. Setiap kejadian yang baik atau nampak buruk adalah ditentukan dan diciptakan Allah.
Orang-orang Islam beriman bahawa Isa ialah hamba dan utusan Allah. Nabi Isa bukanlah anak Allah, kerana Allah yang Maha Agung mustahil mempunyai isteri atau anak.
Sebaliknya, dalam al-Quran Allah memberitahu kepada kita bahawa Isa merupakan seorang nabi yang diberikan banyak mukjizat. Allah mengutuskan baginda kepada bani Israel untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata tanpa sekutu.
Allah juga memberitahu bahawa Nabi Isa tidak pernah meminta orang ramai untuk menyembahnya, sebaliknya Nabi Isa sendiri pun hanya menyembah Penciptanya, Allah SWT.
Islam merupakan agama yang menepati fitrah dan akal sihat. Jiwa yang sejahtera tentu dapat menerimanya. Islam diturunkan oleh Sang Pencipta demi kebaikan dan kebahagiaan setiap makhluk, tanpa mengira warna dan budaya. Dalam Islam, semua manusia sama sahaja tarafnya, yang membezakan hanyalah kadar amal soleh yang dilakukan.
Setiap orang yang berakal wajib beriman bahawa Allah itu Tuhannya, Islam itu agama-Nya dan Muhammad itu utusan-Nya. Tiada pilihan lain bagi kita, kerana pada hari Kiamat nanti Allah akan bertanya tentang pendirian kita terhadap seruan rasul; jika kita beriman, maka kita memperoleh kejayaan dan keuntungan. Sebaliknya jika kufur, maka hanyalah kerugian sahajalah yang didapati.
Sesiapa yang ingin memeluk Islam, hendaklah dia mengucapkan "Saya bersaksi tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah." Dia perlu menuturkan ucapan ini dalam keadaan dia mengetahui maknanya dan beriman dengan tuntutannya. Selepas itu, jadilah dia seorang Muslim. Kemudian dia perlu mempelajari undang-undang agama ini sedikit demi sedikit supaya dia dapat melaksanakan kewajipan Allah kepadanya.
رسالة لطيفة تتناول أصول العقيدة الإسلامية بأسلوب مبسط وميسر. تبدأ بمقدمة حول أهمية علم التوحيد، كونه أشرف العلوم وأجلّها، ثم تتناول مفهوم الدين الإسلامي وأركانه الخمسة: الشهادتان، والصلاة، والزكاة، والصوم، والحج. كما يشرح الإيمان بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر، ويؤكد على أهمية التوحيد في بناء دين المسلم بشكل سليم.
الكتاب يهدف إلى تعزيز الفهم الصحيح للعقيدة الإسلامية وتطبيقها في حياة المسلم اليومية.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani Adakah kamu pernah bertanya kepada diri sendiri Siapakah yang menciptakan langit, bumi dan makhluk-makhluk besar yang berada di antara keduanya? Siapakah yang menciptakan sistem yang sangat teratur dan teliti ini?
Segala sesuatu menunjukkan kewujudan Pencipta. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi serta segala makhluk agung yang terdapat di dalamnya yang tidak dapat dijangkau? Siapakah yang mencipta sistem yang begitu teratur dan sempurna di langit dan bumi? Siapakah yang menciptakan manusia dan memberikan pendengaran, penglihatan, dan akal, serta menjadikannya mampu memperoleh pengetahuan dan memahami kebenaran? Bagaimana anda menerangkan ciptaan yang begitu teliti dalam organ tubuh anda dan tubuh makhluk hidup lain? Siapakah yang menciptanya? Bagaimana alam semesta yang besar ini dapat teratur…