Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Risalah ringkas yang menghimpunkan doa-doa pilihan yang lengkap lagi bermanfaat daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Nabawiyyah, yang dipilih oleh penyusunnya untuk memudahkan hafalan dan amalannya; merangkumi doa hidayah, keampunan, rahmat, rezeki, kebaikan urusan agama dan dunia, dan sebagainya.
Kerajaan Arab Saudi
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan
Doa Daripada al-Kitab dan al-Sunnah
Karangan Dr
Saʿīd bin ʿAlī bin Wahaf al-Qaḥṭānī
Semoga Allah merahmatinya
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat, serta semua yang mengikutinya. Amma ba'du;
Ini adalah doa-doa yang menyeluruh lagi bermanfaat, yang saya ringkaskan daripada kitab saya (Doa daripada al-Quran dan al-Sunnah). Saya memohon kepada Allah agar menjadikannya bermanfaat. Sesiapa yang mahukan takhrijnya, hendaklah merujuk kepada kitab asal. Dan taufik itu hanyalah daripada Allah.
Alhamdulillah, selawat dan salam buat Penutup Para Nabi.
3. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang maha pengasih, lagi maha menyayangi. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan. Bimbinglah kami di atas jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat, bukan jalan orang-orang dimurkai, atau orang-orang sesat.
3. 2. "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
3. 3. "Dan terimalah tobat kami, karena Engkau benar-benar Maha Penerima Tobat dan Maha Penyayang."
3. 4. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api neraka."
3. 5. "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, wahai Tuhan kami. Dan kepada-Mu tempat kembali."
3. 6. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak mampu menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
3. 7. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
3. 8. "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami daripada azab neraka."
3. 9. "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisi-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa."
3. 10. "Ya Tuhan kami, kami beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan mengikuti Rasul-Mu, maka tetapkanlah kami bersama orang-orang yang memberi kesaksian."
3. 11. "Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan keterlaluan kami dalam urusan kami, kukuhkanlah langkah kami, serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
3. 12. "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami daripada azab neraka." Wahai Tuhan kami, sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya Engkau telah menghinanya, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar penyeru yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu" lalu kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, hapuskan kesalahan kami, dan wafatkan kami bersama orang-orang yang berbakti. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan melalui para rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
3. 13. "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang bersaksi."
3. 14. "Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni serta merahmati kami, pasti kami akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi."
3. 15. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim."
16. Wahai Allah, "Engkaulah Pelindung kami, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat."
3. 17. "Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Kepada-Nyalah aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan Arasy yang agung."
3. 18. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai ujian bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu daripada kaum yang kafir."
3. 19. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon kepada-Mu apa yang aku tiada ilmu mengenainya. Dan jika Engkau tidak mengampuni aku dan tidak merahmati aku, nescaya aku akan termasuk dalam kalangan orang yang rugi."
20. Wahai Allah, "Wahai Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat. Wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan himpunkanlah aku dengan orang-orang yang soleh."
3. 21. "Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah berhala."
3. 22. "Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang menegakkan solat, begitu juga keturunanku. Ya Tuhan kami, kabulkanlah doaku."
3. 23. "Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku, dan orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab."
3. 24. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu dan sediakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami."
3. 25. "Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan longgarkanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku."
3. 26. "Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu pengetahuan."
3. 27. "Tiada yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim."
3. 28. "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri, dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris."
3. 29. "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, agar mereka tidak hadir mendekatiku."
3. 30. "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat."
3. 31. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, dan rahmatilah aku. Dan Engkaulah sebaik-baik Pemberi rahmat."
3. 32. "Wahai Tuhan kami, palingkanlah azab Jahanam daripada kami. Sesungguhnya azabnya itu kekal. Sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk tempat menetap dan tempat tinggal."
3. 33. "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
3. 34. "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku hikmah, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang saleh. Dan jadikanlah untukku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku antara pewaris syurga yang penuh kenikmatan."
3. 35. "Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. Hari yang mana harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
3. 36. "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku agar aku bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan agar aku melakukan amal soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh."
3. 37. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku."
3. 38. "Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
3. 39. "Semoga Tuhanku membimbingku ke jalan yang benar."
3. 40. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku amat berhajat kepada kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."
3. 41. "Wahai Tuhanku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan."
3. 42. "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku (anak) daripada kalangan orang yang soleh."
3. 43. "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku agar aku bersyukur atas nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan agar aku melakukan amal yang soleh yang Engkau redai. Perbaikilah urusan zuriatku untukku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam."
3. 44. "Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang."
3. 45. "Wahai Tuhan kami, kepada-Mu jualah kami bertawakal, kepada-Mulah kami kembali, dan kepada-Mulah tempat kembali."
3. 46. "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai ujian bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
3. 48. "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami untuk kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
3. 47. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman, serta orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan."
49. "Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku terhadap kebenaran yang diperselisihkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." [11]
50. "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku hikmah. Sesiapa yang dikurniakan hikmah, maka sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak." [12]
51. "Ya Allah, teguhkanlah aku dengan perkataan yang teguh di dunia dan di akhirat." [13]
52. "Ya Allah, jadikanlah kami mencintai keimanan dan hiasilah ia dalam hati kami, serta jadikanlah kami membenci kekufuran, kefasiqan dan maksiat. Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk." [14]
53. "Ya Allah, lindungilah aku daripada sifat kedekut jiwaku, dan jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang berjaya." [15]
54. "Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka." [16]
55. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah neraka dan azab neraka, serta daripada fitnah kubur dan azab kubur, dan daripada fitnah kekayaan dan fitnah kefakiran. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Dajjal. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji dan air sejuk, sucikanlah hatiku daripada dosa sebagaimana Engkau membersihkan kain putih daripada kotoran. Jarakkanlah antara aku dan dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada malas, dosa dan hutang." [17]
56. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, pengecut, tua dan kedekut. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, fitnah hidup dan mati." [18]
57. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian yang berat, ditimpa kesengsaraan, buruknya ketentuan dan kegembiraan musuh terhadapku." [19]
58. "Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi penjaga urusanku, perbaikilah duniaku yang padanya kehidupanku, dan perbaikilah akhiratku yang padanya tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian sebagai rehat daripada segala keburukan." [20]
59. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian diri dan kecukupan.” [21]
60. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan, kemalasan, pengecut, kedekut, usia tua yang nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah jiwaku ketakwaannya, dan sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya, Engkau adalah pelindung dan penjaganya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan.” [22]
61. “Ya Allah, tunjukilah aku dan luruskanlah aku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk dan kelurusan.” [23]
62. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesihatan daripada-Mu, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba dan semua kemurkaan-Mu.” [24]
63. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang aku telah lakukan dan keburukan apa yang belum aku lakukan.” [25]
64. “Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berkatilah aku dalam apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku,” [26] “[panjangkanlah usiaku dalam ketaatan kepada-Mu, perelokkanlah amalanku, dan ampunkanlah aku].” [27]
65. “Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan bagi ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia.” [28]
66. “Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan. Maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Perbaikilah semua urusanku. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.” [29]
27. "Tiada yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim."
68. “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba lelaki-Mu dan anak kepada amah-Mu. Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku ke atasku, ketentuan-Mu adil ke atasku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dalam kalangan makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga hatiku, cahaya dadaku, penghapus dukaku, dan penghilang kesedihanku.”
69. “Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu.” [32]
70. “Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” [33]
71. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu keyakinan, keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat."
72. "Wahai Allah, perbaikilah pengakhiran kami dalam semua urusan, dan selamatkanlah kami daripada kehinaan dunia serta azab akhirat." [35]
73. "Wahai Tuhanku, bantulah aku dan jangan Kau tolong pihak yang melawan aku. Berilah kemenangan kepadaku dan jangan Kau menangkan mereka ke atasku. Rencanakanlah kebaikan untukku dan jangan Kau rencanakan keburukan terhadapku. Berilah petunjuk kepadaku dan permudahkanlah petunjuk untukku, serta berilah aku kemenangan terhadap mereka yang menzalimi aku. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang banyak bersyukur, banyak berzikir, penuh rasa takut kepada-Mu, taat kepada-Mu, rendah hati, banyak menangis, dan sentiasa kembali kepada-Mu. Wahai Tuhanku, terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, perkenankanlah doaku, teguhkanlah hujahku, luruskanlah hatiku, betulkanlah lisanku, dan keluarkanlah segala perasaan hasad dari hatiku." [36]
74. "Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu segala kebaikan yang pernah dimohon oleh Nabi-Mu Muhammad SAW, dan kami berlindung kepada-Mu daripada segala keburukan yang pernah diminta perlindungan oleh Nabi-Mu Muhammad SAW. Engkaulah tempat memohon pertolongan, hanya kepada-Mu penyampaian (segala usaha), tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah." [37]
75. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pendengaranku, penglihatanku, lidahku, hatiku dan maniku." [38]
76. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta, dan daripada semua penyakit yang buruk." [39]
77. "Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari akhlak yang buruk, perbuatan yang buruk, dan hawa nafsu yang buruk." [40]
78. "Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau suka memberi keampunan, maka ampunilah aku." [41]
79. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu untuk melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, mencintai orang miskin, dan agar Engkau mengampuni serta merahmati aku. Apabila Engkau menghendaki fitnah terhadap sesuatu kaum, wafatkanlah aku sebelum terkena fitnah itu. Aku juga memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, dan kecintaan kepada amalan yang mendekatkan aku kepada cinta-Mu." [42]
80. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, yang segera mahupun yang tertunda, yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui. Aku berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, yang segera mahupun yang tertunda, yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan segala amal serta perkataan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepada-Mu daripada neraka dan segala amal serta perkataan yang mendekatkan kepadanya. Dan aku memohon agar Engkau jadikan semua takdir yang Engkau tetapkan untukku sebagai kebaikan." [43]
81. "Wahai Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika berdiri, peliharalah aku dengan Islam ketika duduk, dan peliharalah aku dengan Islam ketika berbaring. Janganlah Engkau biarkan musuh atau orang yang dengki bersukacita atas kejatuhanku. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu." [44]
82. "Wahai Allah, berikanlah kami rasa takut kepada-Mu yang dapat menjadi penghalang daripada maksiat kepada-Mu, ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia bagi kami. Wahai Allah, kurniakanlah kenikmatan kepada pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama kami hidup. Jadikanlah ia kekal pada kami hingga akhir hayat, dan jadikanlah ia sebagai warisan bagi kami. Timpakanlah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami, tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami pada agama kami. Jangan jadikan dunia sebagai cita-cita terbesar kami atau puncak ilmu kami, dan jangan jadikan orang yang tidak memiliki belas kasihan terhadap kami sebagai penguasa kami." [45]
83. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, sifat bakhil, usia lanjut yang hina, fitnah dunia, dan azab kubur." [46]
84. "Wahai Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, keterlaluan dalam urusanku, dan segala sesuatu yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku sendiri. Wahai Allah, ampunilah gurauanku, kesungguhanku, kesalahan, dan dosaku yang disengaja. Semua itu ada pada diriku." [47]
85. "Wahai Allah, aku telah banyak menzalimi diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan pengampunan daripada-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [48]
86. "Wahai Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dan dengan-Mu aku berhujah. Wahai Allah, aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, tiada Tuhan melainkan Engkau, agar Engkau tidak menyesatkan aku. Engkau Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan jin dan manusia akan mati." [49]
87. "Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu perkara-perkara yang menyebabkan rahmat-Mu, sebab-sebab untuk memperoleh keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan mendapatkan syurga, dan keselamatan daripada api neraka." [50]
88. "Ya Allah, ampunilah segala dosa hamba-hamba-Mu yang beriman, baik lelaki maupun perempuan." [51]
89. "Wahai Allah, ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepadaku." [52]
90. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana tiada yang dapat memilikinya selain Engkau." [53]
91. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada usia lanjut yang lemah, jatuh dari tempat tinggi, tertimpa runtuhan, ditimpa kegelisahan, mati lemas, terbakar, dan aku juga berlindung kepada-Mu daripada diganggu syaitan ketika sakaratul maut. Aku berlindung kepada-Mu daripada mati dalam keadaan lari dari medan perang dan daripada mati kerana gigitan binatang berbisa." [54]
92. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelaparan kerana ia adalah teman tidur yang buruk, dan aku berlindung kepada-Mu daripada pengkhianatan kerana ia adalah sahabat yang buruk." [55]
93. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, sifat bakhil, usia lanjut yang hina, hati yang keras, kelalaian, kemiskinan, kehinaan, kefakiran, kekufuran, kefasikan, perpecahan, sifat riak, sifat menunjuk-nunjuk, pekak, bisu, gila, kusta, sopak, dan segala penyakit yang buruk." [56]
94. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kefakiran, kepapaan, kekurangan, dan kehinaan, serta aku berlindung kepada-Mu daripada menzalimi atau dizalimi."
95. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat di tempat tinggal tetapku, kerana jiran di kawasan pedalaman boleh berpindah." [58]
96. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung kepada-Mu daripada empat perkara ini." [59]
97. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, saat yang buruk, teman yang buruk, dan jiran yang buruk di tempat tinggal tetapku." [60]
98. "Wahai Allah, aku memohon syurga kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada neraka." (dibaca tiga kali) [61]
99. "Wahai Allah, berilah aku kefahaman dalam agama." [62]
100. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang aku ketahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas apa yang aku tidak ketahui." [63]
101. "Wahai Allah, berilah manfaat kepadaku dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat untukku, dan tambahkanlah kepadaku ilmu." [64]
102. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima." [65]
103. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang." [66]
104. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kerana Engkau yang berhak segala pujian, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Pemurah, Pencipta langit dan bumi, Pemilik keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus. Aku memohon syurga kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu daripada api neraka." [67]
105. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kesaksian bahawa Engkau adalah Allah, tiada yang berhak disembah selain Engkau, Yang Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya." [68]
106. "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun." [69]
107. "Wahai Allah, dengan ilmu-Mu tentang perkara ghaib dan kekuasaan-Mu terhadap makhluk, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik untukku. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu rasa takut kepada-Mu dalam keadaan tersembunyi dan nyata, aku memohon kepada-Mu ucapan yang benar dalam keadaan reda dan marah, aku memohon kepada-Mu sikap sederhana dalam kaya dan miskin, aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tidak akan hilang, aku memohon kepada-Mu kebahagiaan yang abadi, aku memohon kepada-Mu keredaan setelah ketentuan-Mu, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang selepas kematian, aku memohon kepada-Mu kenikmatan melihat wajah-Mu dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa kesulitan yang membinasakan dan fitnah yang menyesatkan. Wahai Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami orang-orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk." [70]
108. "Wahai Allah, kurniakanlah aku kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang kecintaannya memberi manfaat kepadaku di sisi-Mu. Wahai Allah, apa sahaja yang Engkau rezekikan kepadaku daripada apa yang aku cintai, jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau palingkan daripadaku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia ruang untukku dalam apa yang Engkau cintai." [71]
109. "Wahai Allah, sucikanlah aku dari dosa dan kesalahan, bersihkanlah aku daripadanya sebagaimana Engkau membersihkan kain putih dari kotoran. Wahai Allah, bersihkanlah aku dengan air, salji, dan hujan batu." [72]
110. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat bakhil, sifat pengecut, usia tua yang buruk, fitnah hati, dan azab kubur." [73]
111. "Wahai Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil, aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada panas api neraka dan daripada azab kubur." [74]
112. "Wahai Allah, ilhamkanlah aku dengan kebenaran petunjuk dan lindungilah aku daripada kejahatan diriku sendiri." [75]
113. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat dan aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat." [76]
114. "Wahai Allah, Tuhan langit yang tujuh, Tuhan bumi dan Tuhan Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang Memecahkan biji dan bijian, Yang Menurunkan Taurat, Injil dan al-Furqan. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya. Wahai Allah, Engkaulah Yang Awal, tiada sesuatu pun sebelum-Mu. Engkaulah Yang Akhir, tiada sesuatu pun selepas-Mu. Engkaulah Yang Zahir, tiada sesuatu pun di atas-Mu. Engkaulah Yang Batin, tiada sesuatu pun di bawah-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan kayakanlah kami supaya tidak miskin." [77]
115. "Wahai Allah, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukilah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji zahir dan batin. Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, pasangan kami, dan anak-anak kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu, sentiasa memuji-Mu, menerima nikmat itu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu ke atas kami." [78]
116. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan amalanku, kukuhkanlah imanku, angkatlah darjatku, terimalah solatku, ampunilah kesalahanku, dan kurniakanlah kepadaku darjat tertinggi di syurga. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu pembuka segala kebaikan, penutupnya, keseluruhannya, zahir dan batinnya, permulaan dan akhirnya, dan darjat tertinggi di syurga. Wahai Allah, aku memohon agar Engkau memperbaiki urusanku, menyucikan hatiku, melindungi auratku, menyinari hatiku, mengampuni dosa-dosaku, dan menjadikan aku orang yang istiqamah kepada-Mu. Wahai Allah, kurniakanlah berkat kepada diriku, pendengaranku, penglihatanku, rohku, tubuhku, akhlakku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, amalan-amalanku, dan terimalah segala kebaikanku. Kurniakanlah aku darjat tertinggi di syurga." [79]
117. "Wahai Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang buruk, hawa nafsu yang sesat, perbuatan yang tercela, dan penyakit yang berbahaya." [80]
118. "Wahai Allah, jadikanlah aku reda dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatilah ia bagiku, dan gantikanlah segala yang hilang daripadaku dengan yang lebih baik." [81]
119. "Wahai Allah, perhitungkanlah aku dengan hisab yang mudah." [82]
120. "Wahai Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baiknya." [83]
121. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan kembali (hilang), nikmat yang tidak akan binasa, dan kurniakanlah kepadaku untuk menemani Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi dan kekal." [84]
122. "Wahai Allah, lindungilah aku daripada keburukan diriku sendiri, tetapkanlah aku untuk perkara yang terbaik dalam urusanku, ampunkanlah segala dosa yang aku sembunyikan, yang aku zahirkan, yang aku lakukan secara tidak sengaja dan sengaja, yang aku tahu dan yang aku tidak tahu." [85]
123. "Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang, daripada dikuasai musuh, dan daripada diejek oleh orang-orang yang memusuhi." [86]
124. "Wahai Allah, ampunilah aku, tunjukilah aku, kurniakanlah rezeki kepadaku, dan selamatkanlah aku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kesempitan tempat pada hari kiamat." [87]
125. "Wahai Allah, kurniakanlah aku kenikmatan pada pendengaran dan penglihatanku, jadikanlah ia sebagai warisan (kekal) untukku, berilah aku kemenangan terhadap orang yang menzalimi aku, dan balaslah dia untukku." [88]
126. "Wahai Allah, kurniakanlah kepadaku kehidupan yang bersih, kematian yang sejahtera, dan kepulangan yang tidak memalukan serta tidak menjelekkan." [89]
127. "Wahai Allah, segala puji hanya untuk-Mu. Wahai Allah, tiada yang dapat menahan apa yang Engkau kurniakan, tiada yang dapat memberi apa yang Engkau tahan, tiada petunjuk bagi sesiapa yang Engkau sesatkan, tiada penyesatan bagi siapa yang Engkau beri petunjuk, tiada yang memuliakan siapa yang Engkau hinakan, tiada yang menghina siapa yang Engkau muliakan. Wahai Allah, limpahkanlah kepada kami keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu, dan rezeki-Mu. Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang kekal yang tidak pernah lenyap, keamanan pada hari ketakutan, dan perlindungan daripada kejahatan apa yang Engkau kurniakan kepada kami atau Engkau tahan daripada kami." [90]
128. "Wahai Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukilah aku, sihatkanlah aku, dan kurniakanlah rezeki kepadaku." [91]
".. tampunglah kekuranganku, naikkan darjatku." [92]
129. "Wahai Allah, tambahkanlah untuk kami dan jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan, berilah kami dan jangan Engkau halangi, utamakanlah kami dan jangan Engkau utamakan orang lain ke atas kami, redhailah kami dan jadikanlah kami termasuk orang yang Engkau redai." [93]
130. "Wahai Allah, Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah juga akhlakku." [94]
131. "Wahai Allah, teguhkanlah aku dan jadikanlah aku seorang yang memberi petunjuk serta mendapat petunjuk." [95]
132. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu keteguhan dalam perkara agama, ketegasan menuju petunjuk, sebab-sebab rahmat-Mu, tekad untuk memperoleh keampunan-Mu, syukur atas nikmat-Mu, ibadah yang baik, hati yang selamat, lidah yang jujur, kebaikan yang Engkau ketahui, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang Engkau ketahui. Aku memohon ampun kepada-Mu atas segala yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib." [96]
133. "Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu syurga Firdaus yang tertinggi." [97]
149. "Ya Allah! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim [dalam seluruh alam]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia." [113]
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, sebagaimana layak bagi keagungan-Nya dan kebesaran kerajaan-Nya. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi kami Muhammad, ke atas keluarganya, para sahabatnya, dan para pengikutnya dengan penuh kebaikan hingga hari pembalasan.