مقدمة وغلاف المنتقى من موسوعة الأحاديث النبوية
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengasihani. Pengantar Segala puji buat Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipanjatkan buat Nabi kita Muhammad, juga buat keluarga dan sahabat baginda serta semua yang mengikuti mereka sehingga Hari Pembalasan kelak. Tidak diragukan lagi, bahan bacaan terbaik untuk seseorang Muslim itu tadabbur, hayati dan amalkan selepas al-Quran ialah Sunnah Nabi SAW. Nabi SAW bersabda: "Saya tinggalkan kepada kamu, wahai manusia, suatu warisan yang selagi mana kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamanya: Iaitu al-Quran dan Sunnah…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengasihani.
Pengantar
Segala puji buat Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipanjatkan buat Nabi kita Muhammad, juga buat keluarga dan sahabat baginda serta semua yang mengikuti mereka sehingga Hari Pembalasan kelak.
Tidak diragukan lagi, bahan bacaan terbaik untuk seseorang Muslim itu tadabbur, hayati dan amalkan selepas al-Quran ialah Sunnah Nabi SAW. Nabi SAW bersabda: "Saya tinggalkan kepada kamu, wahai manusia, suatu warisan yang selagi mana kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamanya: Iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya.” Riwayat Imam Malik. Allah SWT berfirman “Setiap perintah yang disampaikan oleh Rasul kepada kamu, hendaklah kamu terima. Sebaliknya setiap larangan baginda, berhentilah pada larangannya itu.” (Surah al-Hasyr: 7) Untuk merealisasikan perintah ini, Persatuan Khidmat Kandungan Islami Pelbagai Bahasa dan Yayasan Dakwah dan Kesedaran Komuniti di Rabwah menggembleng tenaga untuk menyediakan Ensiklopedia Hadis Nabi dan terjemahannya ke dalam beberapa bahasa.
Allah SWT telah mempermudahkan kami untuk menyaring beberapa bahagian penting dalam ensiklopedia ini, yang diperlukan oleh setiap Muslim dalam urusan agama dan dunianya, disertakan dengan penjelasan maknanya yang tersurat, dan pengajaran tersirat. Saringan ini kami judulkan sebagai: Koleksi Terpilih Ensiklopedia Hadis Nabi Usaha menterjemah saringan ini ke dalam semua bahasa dunia sedang giat dijalankan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas, sekali gus menyebarluaskan sunnah Rasulullah SAW kepada seluruh umat.
Kami memohon kepada Allah agar menerima amalan ini. Semoga ia menjadi amalan yang diberkati demi mengharapkan wajah-Nya semata. Semoga Allah mengimbal kebaikan kepada setiap orang yang menyumbang untuk menyiapkan karya ini, menterjemahkan dan menyebarkannya.
Selawat dan salam dipanjatkan buat Nabi kita Muhammad.
Intisari
Hadis Nabi SAW merupakan sumber kedua dalam syariat Islam. Allah SWT berfirman: "Dan tidaklah dia (Nabi Muhammad) berbicara menurut hawa nafsunya. Dia tidak bertutur melainkan berdasarkan wahyu yang diturunkan kepadanya." (Surah al-Najm: 3-4).
Koleksi Terpilih daripada Ensiklopedia Hadis Nabi ini mengandungi beberapa hadis yang ringkas tetapi padat. Ia menjadi penyuluh hidup Muslim dalam setiap urusan agama dan dunianya. Koleksi ini juga menyertakan penjelasan ringkas hadis, dan dialih bahasa ke dalam beberapa bahasa agar kandungannya dapat disebar luaskan, dan Sunnah Rasulullah SAW disampaikan kepada manusia kesemuanya dengan bahasa mereka masing-masing.