Bagaimanakah seorang Muslim mendirikan solat?
- الباب / الفصل
- قسم الفقه
السؤال
س26: كيف يصلي المسلم؟
Soalan 26: Bagaimanakah seorang Muslim mendirikan solat?
الجواب
ج:كيفية الصلاة:
- أن يستقبل القبلة بجميع بدنه، بدون انحراف ولا التفات.
- ثم ينوي الصلاة التي يريد أن يصليها بقلبه بدون نطق النية.
- ثم يكبر تكبيرة الإحرام فيقول: "الله أكبر"، ويرفع يديه إلى حذو منكبيه عند التكبير.
- ثم يضع كف يده اليمنى على ظهر كف يده اليسرى فوق صدره.
- ثم يستفتح فيقول:
«اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب، اللهم نقني من خطاياي كما يُنقى الثوب الأبيض من الدنس، اللهم اغسلني من خطاياي بالماء والثلج والبرد».
أو يقول:
«سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك، وتَعَالَىٰ جدك، ولا إله غيرك».
- ثم يتعوذ فيقول:
«أعوذ بالله من الشيطان الرجيم».
- ثم يبسمل ويقرأ الفاتحة فيقول:
﴿بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 1
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 2
ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 3
مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ 4
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ 5
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ 6
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 7﴾
[الفاتحة: 1-7].
ثم يقول: "آمين" يعني: اللهم استجب.
- ثم يقرأ ما تيسر من القرآن، ويطيل القراءة في صلاة الصبح.
- ثم يركع، أي: يحني ظهره تعظيمًا لله، ويُكبر عند ركوعه، ويرفع يديه إلى حذو منكبيه. والسُّنَّة: أن يمد ظهره، ويجعل رأسه حياله، ويضع يديه على ركبتيه مفرجتي الأصابع.
- ويقول في ركوعه: «سبحان ربي العظيم» ثلاث مرات، وإن زاد: «سبحانك اللهم وبحمدك، اللهم اغفر لي» فحسن.
- ثم يرفع رأسه من الركوع قائلاً: «سمع الله لمن حمده»، ويرفع يديه حينئذ إلى حذو منكبيه. والمأموم لا يقول: «سمع الله لمن حمده»، وإنما يقول بدلها: «ربنا ولك الحمد».
- ثم يقول بعد رفعه: «ربنا ولك الحمد، ملء السماوات والأرض، وملء ما شئت من شيء بعد».
- ثم يسجد السجدة الأولى، ويقول عند سجوده: «الله أكبر»، ويسجد على أعضائه السبعة: الجبهة والأنف، والكفين، والركبتين، وأطراف القدمين، ويجافي عضديه عن جنبيه، ولا يبسط ذراعيه على الأرض، ويستقبل برؤوس أصابعه القبلة.
- ويقول في سجوده: «سبحان ربي الأعلى» ثلاث مرات، وإن زاد: «سبحانك اللهم ربنا وبحمدك، اللهم اغفر لي» فحسن.
- ثم يرفع رأسه من السجود قائلاً: «الله أكبر».
- ثم يجلس بين السجدتين على قدمه اليسرى، وينصب قدمه اليمنى، ويضع يديه على فخذيه وركبتيه.
- ويقول في جلوسه بين السجدتين:
«رب اغفر لي، وارحمني، واهدني، وارزقني، واجبرني، وعافني».
- ثم يسجد السجدة الثانية كالأولى فيما يُقال ويُفعل، ويكبر عند سجوده.
- ثم يقوم من السجدة الثانية قائلاً: «الله أكبر» ويصلي الركعة الثانية كالأولى فيما يُقال ويفعل، إلا أنه لا يستفتح فيها.
- ثم يجلس بعد انتهاء الركعة الثانية قائلاً: «الله أكبر»، ويجلس كما يجلس بين السجدتين سواء.
- ويقرأ التشهد في هذا الجلوس، فيقول:
"التحيات لله والصلوات والطيبات، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، اللهم صلِّ على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم، إنك حميد مجيد، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم، إنك حميد مجيد. أعوذ بالله من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن فتنة المسيح الدجال"،
ثم يدعو ربه بما أحب من خيري الدنيا والآخرة.
- ثم يسلم عن يمينه قائلاً: «السَّلام عليكم ورحمة الله»، وعن يساره كذلك.
- وإذا كانت الصلاة ثلاثية أو رباعية؛ وقف عند منتهى التشهد الأول، وهو: «أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله».
- ثم ينهض قائماً قائلاً: «الله أكبر»، ويرفع يديه إلى حذو منكبيه حينئذ.
- ثم يصلي ما بقي من صلاته على صفة الركعة الثانية، إلا أنه يقتصر على قراءة الفاتحة.
- ثم يجلس متوركًا، فينصب قدمه اليمنى، ويخرج قدمه اليسرى من تحت ساقه اليمنى، ويُمكِّن مقعدته من الأرض، ويضع يديه على فخذيه على صفة وضعها في التشهد الأول.
- ويقرأ في هذا الجلوس التشهد كله.
- ثم يسلم عن يمينه قائلاً: «السلام عليكم ورحمة الله» وعن يساره كذلك.
Jawapan: Tatacara mendirikan solat adalah seperti berikut:
- Menghadap kiblat dengan seluruh badan tanpa menyimpang atau berpaling.
- Berniat solat yang ingin didirikan dalam hati tanpa melafazkannya.
- Bertakbir dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan mengangkat kedua-dua tangan setentang dengan bahu ketika bertakbir.
- Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada.
- Membaca doa iftitah, contohnya:
"Ya Allah, jauhkanlah di antara aku dan kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku sebagaimana pakaian putih dibersihkan daripada kotoran. Ya Allah, basuhlah aku daripada kesalahanku dengan air, salji dan air batu."
Atau membaca:
"Maha suci-Mu, wahai Allah, dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu, tiada yang berhak disembah selain-Mu."
- Membaca isti'azah, iaitu bacaan:
"A'udhu billah mina sy-syaitanir-rajim." (Saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terlaknat)
- Kemudian membaca basmalah dan al-Fatihah:
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.
"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Yang pengasih, lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada-Mu kami menyembah, hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.
Bimbinglah kami di atas jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat, bukan jalan orang-orang dimurkai atau orang-orang sesat.
(Surah al-Fatihah: 2)
Kemudian, mengucapkan "Amin", yang bermaksud "Ya Allah, kabulkanlah."
- Kemudian dia membaca apa-apa surah yang mudah dari al-Quran, dengan memanjangkan bacaan dalam solat Subuh.
- Kemudian dia rukuk dengan membongkokkan badan sebagai tanda penghormatan kepada Allah dan mengucapkan takbir ketika rukuk. Mengangkat tangan setentang bahu ketika bertakbir. Sunah untuk meluruskan belakang dan memastikan kepala sejajar dengan belakang, serta meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut dengan jari-jari direnggangkan.
- Dalam rukuk, mengucapkan: "Subhana rabbiyal 'azim" sebanyak tiga kali. Jika menambah: "Subhanakallahumma wa bihamdika, allahumma-ghfirli", maka itu lebih baik.
- Bangkit daripada rukuk sambil mengucapkan: "Sami'allahu liman hamidah" dan mengangkat tangan setentang bahu. Makmum tidak perlu mengucapkan "Sami'allahu liman hamidah" tetapi sebaliknya mengucapkan: "Rabbana wa lakal hamd."
- Selepas bangkit, mengucapkan: "Rabbana wa lakal hamd, mil'us samawati wa mil'ul ard wa mil'u ma shi'ta min shay'in ba'd." "Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu."
- Kemudian dia sujud pertama dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan bersujud menggunakan tujuh anggota: dahi dan hidung, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut, dan hujung kaki. Dia merenggangkan lengan daripada sisi badan dan tidak membaringkan lengan lantai serta memastikan jari-jari kaki menghadap kiblat.
- Dalam sujud, dia mengucapkan: "Subhana rabbiyal a'la" tiga kali. Jika menambah: "Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, allahumma-ghfirli", itu lebih baik.
- Kemudian dia bangkit dari sujud dengan mengucapkan "Allahu Akbar."
- Kemudian dia duduk di antara dua sujud di atas kaki kiri yang dilipat dan menegakkan kaki kanan serta meletakkan tangan di atas peaha dan lutut.
- Dalam duduk antara dua sujud, dia mengucapkan:
"Rabbighfirli, warhamni, wahdini, warzuqni, wajburni, wa'afini." "Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk, berikanlah rezeki kepadaku, perbaikilah keadaanku dan berikanlah aku kesihatan."
- Kemudian dia sujud kali kedua sama seperti sujud pertama, dengan ucapan dan perbuatan yang sama. Mengucapkan "Allahu Akbar" ketika turun untuk sujud.
- Kemudian dia bangkit dari sujud kedua dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan melakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali tanpa membaca doa iftitah.
- Kemudian dia duduk selepas tamat rakaat kedua dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan duduk seperti duduk antara dua sujud.
- Dia membaca tasyahhud dalam duduk ini:
"Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan hanya untuk Allah. Salam sejahtera ke atasmu, wahai Nabi, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, berikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia." Kemudian membaca: "Aku berlindung dengan Allah daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal."
Kemudian dia berdoa apa sahaja yang disukai daripada kebaikan dunia dan akhirat.
- Kemudian dia memberi salam ke kanan dengan mengucapkan: "Assalamu 'alaikum wa rahmatullah", dan ke kiri dengan ucapan yang sama.
- Jika solat itu tiga rakaat (seperti Maghrib) atau empat rakaat (seperti Zohor, Asar, dan Isyak), dia berhenti pada akhir tasyahhud pertama dengan mengucapkan: "Ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh."
- Lalu dia berdiri untuk rakaat seterusnya dengan mengucapkan "Allahu Akbar" dan mengangkat tangan setentang bahu.
- Kemudian dia meneruskan solat dengan cara yang sama seperti rakaat kedua, kecuali hanya membaca surah al-Fatihah tanpa surah tambahan.
- Kemudian dia duduk tawaruk (duduk dengan kaki kiri dilipat di bawah kaki kanan) di akhir solat, menegakkan kaki kanan dan meletakkan kedua-dua tangan di atas peha seperti dalam tasyahhud pertama.
- Dia membaca keseluruhan tasyahud ketika duduk ini.