Seorang wanita nifas yang tidak berpuasa selama 7 hari pada bulan Ramadan, dia tidak menggantikannya sehingga tiba Ramadan seterusnya. Ramadan itu pun dia tidak berpuasa selama 7 hari kerana dia menyusukan anaknya. Dia tidak menggantikannya kerana sakit yang menimpanya. Apakah yang perlu dia lakukan sekarang, apabila Ramadan ketiga semakin hampir? Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan Shaykh.
السؤال
S1:

س19: امرأةٌ أفطرت في رمضان سبعة أيامٍ وهي نفساء، ولم تقض حتى أتاها رمضان الثاني، وطافها من رمضان الثاني سبعة أيامٍ وهي مرضعٌ، ولم تقض؛ بحجّة مرضٍ عندها، فماذا عليها وقد أوشك دخول رمضان الثالث؟ أفيدونا أثابكم الله.
الجواب
J1:
Sekiranya wanita ini, seperti yang dia katakan, sedang sakit dan tidak mampu menggantikan puasanya, maka dia hanya perlu menggantikan puasa bila-bila yang dia mampu. Kerana dia memiliki keuzuran, meskipun sehingga apabila tiba Ramadan kedua.
Sekiranya dia tidak memiliki sebarang uzur hakiki, dan hanya beralasan dan bermalas-malasan, maka dia tidak boleh melewatkan qada' puasa sehingga Ramadan seterusnya.
`A'isyah berkata, "Saya pernah ada hutang puasa. Saya tidak mampu mengqadanya sehingga tiba bulan Syaaban."
Berdasarkan penghujahan ini, wanita ini perlu melihat kepada keadaan dirinya. Sekiranya dia tidak memiliki sebarang uzur, maka dia berdosa dan perlu bertaubat kepada Allah, serta bersegera menggantikan hutang puasanya. Sekiranya dia memiliki uzur yang hakiki, maka tiada masalah untuknya, meskipun telat qada' selama setahun dua.
ﺟ19: إذا كانت هذه المرأة كما ذكرت عن نفسها -أنها في مرضٍ، ولا تستطيع القضاء- فإنها متى استطاعت صامته؛ لأنها معذورةٌ، حتى ولو جاء رمضان الثاني.
أما إذا كان لا عذر لها، وإنما تتعلل وتتهاون، فإنه لا يجوز لها أن تؤخّر قضاء رمضان إلى رمضان الثاني، قالت عائشة رضي الله عنها:
«كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلَّا فِي شَعْبَانَ» [1].
[4] البخاري، كتاب الصوم، باب متى يقضي قضاء رمضان (1950)، ومسلم، كتاب الصيام، باب في جواز تأخير قضاء رمضان (151) (1147).
وعلى هذا، فعلى هذه المرأة أن تنظر في نفسها، إذا كان لا عذر لها فهي آثمةٌ، وعليها أن تتوب إلى الله، وأن تبادر بقضاء ما في ذمتها من الصّيام، وإن كانت معذورةً فلا حرج عليها، ولو تأخرت سنةً أو سنتين.