Skip to content

Lengkapkan hadis "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW..." dan sebutkan beberapa faedahnya.

الباب / الفصل
قسم الحديث

السؤال

س3: أكمل حديث «بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ...»، واذكر بعض فوائده.

Soalan 3: Lengkapkan hadis "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW..." dan sebutkan beberapa faedahnya.

الجواب

ج:عن عمر بن الخطاب رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال:

«بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يرى عليه أثر السفر، ولا يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فأسند ركبته إلى ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال: «يا محمد أخبرني عن الإسلام»، فقال له: «الإسلام: أن تشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدًا رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلًا»، قال: «صدقت»، فعجبنا له يسأله ويصدقه، قال: «أخبرني عن الإيمان» قال: «أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر، وتؤمن بالقدر؛ خيره وشره»، قال: «صدقت»، قال: «فأخبرني عن الإحسان»، قال: «أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه، فإنه يراك»، قال: «فأخبرني عن الساعة»، قال: «ما المسؤول بأعلم من السائل»، قال: «فأخبرني عن أماراتها»، قال: «أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء، يتطاولون في البنيان» ثم انطلق فلبث مليًّا، ثم قال: «يا عمر! أتدري من السائل؟»، قلت: "الله ورسوله أعلم"، قال: «فإنه جبريل، أتاكم يعلمكم دينكم»

رواه مسلم.

فوائد من الحديث:

  1. ذكر أركان الإسلام الخمسة؛ وهي:
  • شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله.
  • وإقام الصلاة.
  • وإيتاء الزكاة.
  • وصوم رمضان.
  • وحج بيت الله الحرام.
  1. ذكر أركان الإيمان، وهي ستة:
  • الإيمان بالله.
  • وملائكته.
  • وكتبه.
  • ورسله.
  • واليوم الآخر.
  • والقدر خيره وشره.
  1. ذكر ركن الإحسان، وهو ركن واحد، وهو أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه، فإنه يراك.
  2. وقت قيام الساعة، لا يعلمه إلا الله تَعَالَى.

Jawapan: Daripada Umar bin al-Khattab RA, katanya:

"Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak kelihatan padanya tanda-tanda sebagai seorang musafir, dan tiada seorang pun daripada kami yang mengenalinya. Dia duduk di hadapan Nabi SAW, lalu menyandarkan lututnya ke lutut baginda dan meletakkan tapak tangannya di atas pehanya, kemudian berkata: 'Wahai Muhammad, terangkan kepadaku tentang Islam.' Rasulullah menjawab: 'Islam itu adalah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah jika mampu.' Lelaki itu berkata, 'Benar.' Kami merasa hairan kerana dia bertanya dan kemudian membenarkan jawapannya. Dia berkata lagi, 'Terangkan kepadaku tentang iman.' Rasulullah menjawab: 'Iman ialah kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat, dan takdir baik dan buruk.' Lelaki itu berkata, 'Benar.' Dia berkata lagi, 'Terangkan kepadaku tentang ihsan.' Rasulullah menjawab: 'Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu.' Lelaki itu berkata, 'Beritahu aku tentang kiamat.' Rasulullah menjawab, 'Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.' Dia bertanya lagi, 'Beritahu aku tentang tanda-tandanya.' Rasulullah menjawab: 'Apabila seorang hamba melahirkan tuannya, dan kamu melihat orang yang miskin, bertelanjang, dan pengembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi.' Kemudian dia berlalu pergi, dan kami terdiam sejenak. Lalu Rasulullah bersabda, 'Wahai Umar, tahukah kamu siapa yang bertanya tadi?' Aku berkata, 'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Rasulullah bersabda, 'Dia ialah Jibril, yang datang untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu.'"

Hadis riwayat Muslim.

Faedah daripada hadis ini:

  1. Menyebutkan lima rukun Islam iaitu:
  • Mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah.
  • Mendirikan solat.
  • Menunaikan zakat.
  • Berpuasa pada bulan Ramadan.
  • Menunaikan haji ke Baitullah.
  1. Menyebutkan enam rukun iman iaitu:
  • Beriman kepada Allah.
  1. Beriman dengan para malaikat-Nya.
  2. Beriman dengan kitab-kitab-Nya.
  3. Beriman dengan para rasul-Nya.
  4. Beriman dengan hari akhirat.
  5. Beriman dengan takdir, sama ada yang baik atau yang buruk.
  6. Menyebutkan rukun ihsan iaitu satu perkara, iaitu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya. Jika tidak, yakinlah bahawa Dia melihat kita.
  7. Masa berlakunya hari kiamat hanya diketahui oleh Allah SWT.