Skip to content

"Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita, lalu ketika dia bertemu Allah, Allah pun memaafkannya».”

«كان رجلٌ يُدَايِنُ الناسَ، فكان يقول لفتاه: إذا أتيتَ مُعسِرًا فتجاوز عنه، لعل اللهَ يَتجاوزُ عنا، فلقي اللهَ فتجاوز عنه».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan: mengenai seorang lelaki yang memberi pinjaman kepada orang ramai, atau menjual kepada mereka secara hutang," Nabi ﷺ juga berpesan kepada pembantunya yang menagih hutang daripada orang ramai: Apabila kamu mendatangi seorang yang berhutang, dan dia tidak memiliki apa-apa untuk melunaskan hutangnya kerana ketidakmampuannya, "maka bertolak ansurlah dengannya"; iaitu dengan memberinya tempoh dan tidak mendesak dalam menuntutnya, atau dengan menerima apa yang ada padanya walaupun dengan kekurangannya, yang demikian itu adalah kerana keinginan dan harapan agar Allah memaafkannya dan mengampuninya, Maka apabila beliau wafat, semoga Allah memaafkannya dan mengampunkan dosa-dosanya.

Makna Perkataan

يداين: يكثر من التعامل مع الناس بالدين.

فتاه: غلامه الذي يكلفه بالعمل.

أتيت معسرًا: لمطالبته بما عليه.

Antara faedah daripada hadis ini:

Berbuat baik kepada manusia, memaafkan mereka, dan memberi kelonggaran kepada orang yang berada dalam kesempitan merupakan antara sebab teragung bagi keselamatan seorang hamba pada hari kiamat.

Ihsan kepada makhluk, ikhlas kepada Allah dan harapan pada rahmat-Nya adalah daripada penyebab-penyebab pengampunan dosa.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 176) (3480).

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1196) (1562).

Maklumat tambahan (9)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 458).

التنوير شرح الجامع الصغير.

للصنعاني (8/ 123).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (16/ 402).

مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح.

للقاري (5/ 1953).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (2/ 945).