Skip to content

السؤال

س٩: اقرأ سورة قريش وفسرها.

Soalan 9: Bacakan Surah Quraisy dan tafsirannya.

الجواب

ج:سورة قريش وتفسيرها:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

﴿لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ 1

إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ 2

فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ 3

ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٖ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ 4﴾

[قريش: ١-٤].

التفسير:

  1. ﴿لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ1﴾:

المراد بذلك ما كانوا يألفونه من الرحلة في الشتاء والصيف.

  1. ﴿إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ2﴾:

رحلةَ الشتاء إلى اليمن، ورحلة الصيف إلى الشام آمنين.

  1. ﴿فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ3﴾:

فليعبدوا الله ربّ هذا البيت الحرام وحده، الذي يسَّر لهم هذه الرحلة، ولا يشركوا به أحدًا.

  1. ﴿ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٖ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ4﴾:

الذي أطعمهم من جوع، وآمنهم من خوف، بما وضع في قلوب العرب من تعظيم الحرم، وتعظيم سكانه.

Jawapan: Surah Quraisy dan tafsirannya:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.

Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy.

Kebiasaan mereka melakukan perjalanan musim sejuk dan musim panas.

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Kaabah).

Tuhan yang memberi mereka makan ketika kelaparan dan memberi mereka keamanan dari ketakutan.

(Surah Quraisy: 1-4)

Tafsirannya:

Ini merujuk kepada kebiasaan pengembaraan yang mereka lakukan dalam musim sejuk dan musim panas.

Mereka melakukan perjalanan pada musim sejuk ke Yaman dan pada musim panas ke Syam dengan selamat dan aman.

Hendaklah mereka hanya menyembah Allah, Tuhan rumah ini (Kaabah), yang telah memudahkan perjalanan mereka, dan jangan menyekutukan-Nya dengan yang lain.

Allah yang telah memberi mereka makan ketika mereka dalam keadaan kelaparan. Allah juga memberikan keamanan buat mereka di kota Mekah, dengan meletakkan rasa hormat terhadap Kaabah dalam hati orang-orang Arab.