Bacakan Surah Al-Humazah dan tafsirannya.
- الباب / الفصل
- قسم التفسير
السؤال
س٧: اقرأ سورة الهمزة وفسرها.
Soalan 7: Bacakan Surah Al-Humazah dan tafsirannya.
الجواب
ج:سورة الهمزة وتفسيرها:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
﴿وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ 1
ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ 2
يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ 3
كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ 4
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ 5
نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ 6
ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ 7
إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٞ 8
فِي عَمَدٖ مُّمَدَّدَةِۭ 9﴾
[الهمزة: ١-٩].
التفسير:
- ﴿وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ1﴾:
وبال وشدة عذاب لكثير الاغتياب للناس، والطعن فيهم.
- ﴿ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ2﴾:
الذي همّه جمع المال وإحصاؤه، لا همَّ له غير ذلك.
- ﴿يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ3﴾:
يظن أن ماله الذي جمعه سينجيه من الموت، فيبقى خالدًا في الحياة الدنيا.
- ﴿كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ4﴾:
ليس الأمر كما تصوّر هذا الجاهل، ليطرحنّ في نار جهنم التي تدق وتكسر كل ما طُرِح فيها لشدة بأسها.
- ﴿وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ5﴾:
وما أعلمك - أيها الرسول - ما هذه النار التي تحطم كل ما طُرِح فيها؟!
- ﴿نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ6﴾:
إنها نار الله المستعرة.
- ﴿ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ7﴾:
التي تنفذ من أجسام الناس إلى قلوبهم.
- ﴿إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٞ8﴾:
إنها على المُعَذَّبين فيها مغلقة.
- ﴿فِي عَمَدٖ مُّمَدَّدَةِۭ9﴾:
بعَمَد ممتدة طويلة حتى لا يخرجوا منها.
Jawapan: Surah al-Humazah dan Tafsirannya
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.
Kecelakaan bagi setiap pengumpat dan pencela.
Yang mengumpulkan harta dan menghitungnya (berulang-ulang).
Dia menyangka bahawa hartanya akan membuatnya kekal selamanya.
Tidak! Dia pasti akan dicampakkan ke dalam neraka al-Hutamah.
Dan tahukah kamu apakah neraka al-Hutamah itu?
Itulah api Allah yang dinyalakan (dengan dahsyat).
Yang membakar sampai ke hati.
Sesungguhnya api itu ditutup rapat ke atas mereka.
Dalam tiang-tiang yang panjang.
(Surah al-Humazah: 1-9)
Tafsirannya:
Kecelakaan dan azab yang dahsyat bagi orang yang sering mengumpat dan mencela orang lain.
Orang yang tujuan dan cita-citanya hanya untuk mengumpul harta dan menghitungnya, tiada epentingan lain melainkan itu sahaja.
Dia beranggapan bahawa hartanya yang dikumpul akan menyelamatkannya daripada mati, dan menjadikannya kekal hidup.
Sangkaan itu salah sama sekali! Dia pasti akan dilemparkan ke dalam neraka al-Hutamah, yang akan menghancurkan apa sahaja yang dimasukkan ke dalamnya kerana kekuatannya yang dahsyat.
Tahukah kamu, wahai Rasulullah, tentang neraka yang menghancurkan segalanya itu?
Ia adalah api Allah yang menyala-nyala dengan sangat panas.
Api itu akan menembus tubuh manusia hingga ke dalam hati mereka.
Api tersebut ditutup rapat ke atas mereka yang diseksa, tanpa ada jalan keluar.
Mereka akan diikat dalam tiang-tiang panjang yang tidak membenarkan mereka lari.