Janganlah dibiarkan pada leher unta kalung daripada tali busur atau kalung melainkan ia dipotong.
- محاور التعريف بالإسلام
- توحيد الله وإبطال الشركبطلان الشرك وصوره
Daripada Abu Bashir al-Ansari رضي الله عنه:
Bahawa beliau pernah bersama Rasulullah SAW dalam salah satu perjalanannya, beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW mengutus seorang utusan -ketika orang ramai berada di tempat bermalam mereka-: "Janganlah sesekali dibiarkan pada leher unta kalung daripada tali busur atau kalung melainkan ia dipotong."
أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ، قَالَ: فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولًا -وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ-: «لَا يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلَّا قُطِعَتْ».
Nabi SAW sedang berada dalam salah satu musafir Baginda, manakala orang ramai berada di tempat tidur mereka untuk bermalam, di kawasan persinggahan dan khemah mereka. Lalu Baginda mengutus seseorang kepada orang ramai bagi memerintahkan mereka agar memotong kalung-kalung yang digantung pada unta, sama ada ia daripada tali busur — tali busur panah — mahupun selainnya seperti loceng atau kasut. Ini kerana mereka mengalungkannya kerana bimbang terkena penyakit 'ain, lantas mereka diperintahkan untuk memotongnya; kerana ia tidak dapat menolak apa-apa pun (kemudaratan) daripada mereka, dan sesungguhnya manfaat serta kemudaratan itu berada di Tangan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya.
وتر: مفرد أوتار، وهو ما يشد به القوس كانت العرب تعلقه تتقي به العين.
قلادة: ما يعلق في رقبة البعير وغيره، كالجرس والنعل، بنية دفع العين.
Diharamkan menggantung tali dan kalung untuk mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan; kerana perbuatan tersebut termasuk daripada syirik.
Mengikat kalung menggunakan selain tali busur panah, jika ia bertujuan untuk perhiasan, atau untuk menuntun haiwan, atau untuk mengikatnya, maka ia tidak mengapa.
Kewajipan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan.
Kewajipan hati bergantung kepada Allah SWT semata, tiada sekutu bagi-Nya.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 59) (3005).
Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1672) (2115).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 59) (3005).
Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1672) (2115).
Maklumat tambahan (12)
القول المفيد على كتاب التوحيد.
لابن عثيمين (1/ 179).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص77).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص89).
القول المفيد على كتاب التوحيد.
لابن عثيمين (1/ 179).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص77).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص89).