Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

13 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan

Darjat hadis

«Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti».
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Rasulullah ﷺ bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka lima solat pada setiap hari dan malam, jika mereka mentaatinya, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka zakat; diambil daripada orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang fakir mereka, jika mereka mentaatinya, maka janganlah engkau mengambil harta-harta pilihan mereka, dan takutilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada penghalang antaranya dengan Allah»."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
«Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat. Adapun orang kafir, maka dia diberi ganjaran dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di dunia, sehinggalah apabila dia tiba di akhirat, tidak ada lagi baginya satu kebaikan pun yang akan dibalas».
Sahih Riwayat Muslim
"Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali."
Sahih Riwayat Muslim
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan amalan-amalan yang aku lakukan pada zaman jahiliah seperti bersedekah, memerdekakan hamba, dan menyambung silaturahim, adakah aku akan mendapat pahala daripadanya?” Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala", Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid."
Sahih Riwayat Imam Ahmad
"Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."
Sahih Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Imam Ahmad
Rasulullah ﷺ telah mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah selepas hujan yang turun pada malamnya. Setelah selesai solat, baginda menghadap orang ramai, lalu bersabda: «Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya', maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Dan adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan disebabkan bintang sekian dan sekian', maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang».
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.