Skip to content

"Sesungguhnya aku berada di telaga untuk melihat siapa di antara kalian yang datang kepadaku, dan sebahagian orang akan diambil menjauh daripadaku. Aku akan berkata, "Ya Rabb, (mereka adalah) sebahagian daripadaku dan daripada umatku

Daripada Asma’ binti Abi Bakr رضي الله عنهما, beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya aku berada di telaga untuk melihat siapa di antara kalian yang datang kepadaku, dan sebahagian orang akan diambil menjauh daripadaku. Aku akan berkata, "Ya Rabb, (mereka adalah) sebahagian daripadaku dan daripada umatku", maka akan dikatakan, "Tahukah engkau apa yang telah mereka lakukan setelahmu? Demi Allah, mereka sentiasa berpaling ke belakang."

«إِنِّي عَلَى الحَوْضِ حَتَّى أَنْظُرَ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ مِنْكُمْ، وَسَيُؤْخَذُ نَاسٌ دُونِي، فَأَقُولُ: يَا رَبِّ مِنِّي وَمِنْ أُمَّتِي، فَيُقَالُ: هَلْ شَعَرْتَ مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ، وَاللَّهِ مَا بَرِحُوا يَرْجِعُونَ عَلَى أَعْقَابِهِمْ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa baginda akan berada di telaganya pada hari kiamat untuk melihat siapa daripada umatnya yang datang ke telaga itu, Dan beberapa orang akan diambil berdekatan dengan baginda, selawat dan salam ke atasnya, maka baginda bersabda: “Wahai Tuhanku, mereka daripadaku dan daripada umatku,” Maka dikatakan: "Adakah engkau tahu apa yang telah mereka kerjakan selepas engkau berpisah daripada mereka? Demi Allah, mereka sentiasa berpaling ke belakang dan murtad daripada agama mereka, maka mereka bukanlah daripadamu, dan bukan pula daripada umatmu."

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Rahmat dan keprihatinan Nabi ﷺ terhadap umat baginda.

Bahaya menentang sunnah Nabi ﷺ.

Galakan untuk berpegang teguh dengan sunnah Nabi ﷺ.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 121) (6593).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1793) (2292).

Maklumat tambahan (2)

عمدة القاري (23/144).

البحر المحيط الثجاج (37/322).