Skip to content

Tidaklah aku tinggalkan selepasku suatu fitnah yang lebih memudaratkan kaum lelaki berbanding kaum wanita.

موضوعات الحديث
حفظ الأعراضغض البصر

Daripada Usamah bin Zaid RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

""Saya tidak tinggalkan selepas saya suatu fitnah yang lebih memudaratkan kaum lelaki berbanding kaum wanita.""

«مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa Baginda tidak meninggalkan selepasnya ujian dan cubaan yang lebih memudaratkan kaum lelaki berbanding wanita; maka jika wanita itu daripada kalangan keluarganya, berkemungkinan berlaku situasi si lelaki menurutinya dalam perkara yang menyalahi syarak. Dan jika wanita itu adalah ajnabi (bukan mahram) baginya, maka (kemudaratan itu berlaku) akibat percampuran lelaki dan wanita serta perbuatan bersunyi-sunyian dengannya, berserta pelbagai kerosakan yang terhasil daripada perkara tersebut.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Seseorang Muslim perlu berwaspada daripada fitnah wanita, dan menutup setiap jalan yang boleh membawa kepada fitnah tersebut.

Hendaklah seorang yang beriman berlindung dengan Allah, serta memohon kepada-Nya keselamatan daripada segala fitnah.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (7/ 8) (5096).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2097) (2740).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (7/ 8) (5096).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2097) (2740).

Maklumat tambahan (6)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (373).

فتح الباري لابن حجر (9/ 138).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (373).

فتح الباري لابن حجر (9/ 138).