Skip to content

"Sesiapa yang berwuduk dan melakukannya dengan sempurna, dosa-dosanya akan keluar dari tubuhnya sehingga keluar dari bawah kukunya."

موضوعات الحديث
الطهارةأحكام الوضوء

Daripada Uthman bin Affan RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berwuduk dan melakukannya dengan sempurna, dosa-dosanya akan keluar dari tubuhnya sehingga keluar dari bawah kukunya."

«مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa sesiapa yang berwuduk dengan memelihara sunat-sunat wuduk dan adab-adabnya, hal itu merupakan antara sebab terhapusnya kesalahan dan tergugurnya dosa-dosa, «sehingga keluar» dosa-dosanya dari bawah kuku tangan dan kakinya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Anjuran mengambil berat tentang mempelajari wuduk, sunat dan adabnya, serta mengamalkannya.

Kelebihan berwuduk, dan ia merupakan penghapus bagi dosa-dosa kecil, adapun dosa-dosa besar maka wajib bertaubat.

Syarat keluarnya dosa-dosa adalah menyempurnakan wuduk dan melakukannya tanpa sebarang kekurangan sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi SAW.

Pengampunan dosa-dosa dalam hadis ini disyaratkan dengan menjauhi dosa-dosa besar dan bertaubat daripadanya. Firman Allah Taala: (Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan mengampunkan kesalahan-kesalahan kamu) [Al-Nisa': 31].

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 216) (245).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 216) (245).

Maklumat tambahan (12)

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 9).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 763).

بهجة الناظرين.

سليم الهلالي (2/ 247).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 9).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 763).

بهجة الناظرين.

سليم الهلالي (2/ 247).