Seorang wanita hamil diuji dengan kemalangan, lalu keguguran janin selepas pendarahan yang teruk. Bolehkah dia berbuka puasa, atau dia perlu meneruskan puasa juga? Sekiranya dia berbuka, adakah berdosa?
السؤال
S1:
Seorang wanita hamil diuji dengan kemalangan, lalu keguguran janin selepas pendarahan yang teruk. Bolehkah dia berbuka puasa, atau dia perlu meneruskan puasa juga? Sekiranya dia berbuka, adakah berdosa?
س28: امرأةٌ أصيبت في حادثةٍ، وكانت في بداية الحمل، فأسقطت الجنين إثر نزيفٍ حادٍّ، فهل يجوز لها أن تفطر، أو تواصل الصّيام؟ وإذا أفطرت فهل عليها إثمٌ؟
الجواب
J1:
Wanita hamil tidak datang bulan, sebagaimana yang Imam Ahmad sebutkan: Wanita mengetahui kehamilan apabila haid sudah terputus. Darah haid pula, menurut ahli ilmu, Allah ciptakan sebagai gizi buat janin di dalam perut ibunya. Apabila berlaku kehamilan, maka haid akan terputus.
Tetapi sebahagian wanita, kadangkala haidnya berterusan selepas hamil dengan kitaran biasa sebelum hamil. Kes seperti ini dihukumkan sebagai haid biasa juga, kerana haid berterusan baginya dan tidak terkesan dengan kehamilan. Haid ketika hamil ini menghalang segala yang dihalang haid ketika tidak hamil, dan mewajibkan perkara yang sama, menggugurkan hukum yang sama.
Kesimpulannya: Darah yang keluar ketika kehamilan ada dua jenis:
- Darah yang dikelaskan sebagai haid, iaitu darah yang berterusan dengan kitaran yang sama seperti sebelum kehamilan. Hukumnya sama seperti haid biasa.
- Darah sakit yang disebabkan faktor luaran, seperti kemalangan, mengangkat beban, terjatuh atau seumpamanya. Darah seperti ini tidak dihukumkan sebagai darah haid, ia darah biasa yang keluar dari pembuluh darah biasa.
Hukumnya, darah jenis ini tidak menghalang wanita untuk solat atau puasa, sebaliknya dia dianggap suci.
Tetapi sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan keguguran, atau kelahiran pramatang, sekiranya janin atau anak yang keluar sudah nyata bentuk manusiawinya, maka darah yang keluar dianggap sebagai nifas. Dia perlu meninggalkan solat dan puasa, dan suaminya tidak boleh menggaulinyanya sehingga dia suci.
Sekiranya janin yang keluar masih belum tampak bentuk manusiawinya, maka darah yang keluar tidak dianggap darah nifas. Sebaliknya darah fasad yang tidak menghalangnya solat dan puasa.
Para ulama menyebut, tempoh minima untuk terbentuknya rupa manusia pada janin adalah 81 hari, kerana penciptaan janin dalam perut ibunya.
Ia sebagaimana yang Abdullah bin Mas`ud RA sebutkan: Rasulullah sallallah `alayh wasallam menyampaikan kepada kami, baginda adalah seorang yang jujur dan dipercayai: Sungguh, setiap orang daripada kalian dihimpunkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi gumpalan darah seperti itu juga, kemudian dia menjadi ketulan daging seperti itu juga. Kemudian diutuskan malaikat kepadanya, diperintahkan untuk mencatatkan 4 perkara, tentang rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia dia."
Tidak mungkin janin terbentuk paras manusianya sebelum tempoh ini. Kebiasaannya, ia hanya berlaku selepas 90 hari kehamilan, sebagaimana yang dinyatakan sebahagian ulama.
ﺟ28: نقول: إن الحامل لا تحيض، كما قال الإمام أحمد:
"إنما تعرف النّساء الحمل بانقطاع الحيض".
والحيض -كما قال أهل العلم- خلقه الله تبارك وتعالى لحكمة غذاء الجنين في بطن أمّه، فإذا نشأ الحمل انقطع الحيض.
لكن بعض النّساء قد يستمرّ بها الحيض على عادته كما كان قبل الحمل، فهذه يحكم بأن حيضها حيضٌ صحيحٌ؛ لأنه استمر بها الحيض، ولم يتأثر بالحمل، فيكون هذا الحيض مانعًا لكلّ ما يمنعه حيض غير الحامل، وموجبًا لـما يوجبه، ومسقطًا لـما يسقطه.
والحاصل: أن الدم الّذي يخرج من الحامل على نوعين:
نوعٌ يحكم بأنه حيضٌ، وهو الّذي استمر بها كما كان قبل الحمل، فمعنى ذلك: أن الحمل لم يؤثّر عليه، فيكون حيضًا.
والنوع الثاني: دمٌ طرأ على الحمل طروءًا، إما بسببٍ حادثٍ، أو حمل شيءٍ، أو سقوطٍ من شيءٍ ونحوه، فهذه دمها ليس بحيضٍ، وإنما هو دم عرقٍ،
وعلى هذا فلا يمنعها من الصلاة، ولا من الصوم، بل هي في حكم الطاهرات.
ولكن إذا لزم من الحادث أن ينزل الولد أو الحمل الذي في بطنها فإنها على ما قال أهل العلم: إن خرج وقد تبين فيه خلق إنسانٍ فإن دمها بعد خروجه يعدّ نفاسًا، تترك فيه الصلاة والصوم، ويتجنبها زوجها حتى تطهر.
وإن خرج الجنين وهو غير مخلّقٍ فإنه لا يعتبر دم نفاسٍ، بل هو دم فسادٍ، لا يمنعها من الصلاة، ولا من الصّيام، ولا من غيرهما.
قال أهل العلم: وأقلّ زمنٍ يتبين فيه التخليق: واحدٌ وثمانون يومًا؛ لأن الجنين في بطن أمّه، كما قال عبد الله بن مسعودٍ رضي الله عنه: حدثنا رسول الله ﷺ وهو الصادق المصدوق، فقال:
«إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُبْعَثُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، فَيُكْتَبُ رِزْقُهُ، وَأَجَلُهُ، وَعَمَلُهُ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ» [1]،
ولا يمكن أن يخلق قبل ذلك، والغالب أن التخليق لا يتبين قبل تسعين يومًا، كما قال بعض أهل العلم.
[10] رواه البخاري، كتاب أحاديث الأنبياء، باب خلق آدم وذريته (3333)، ومسلم، كتاب القدر، باب كيفية خلق الآدمي في بطن أمه (1) (2643).