Penanya wanita mengajukan tentang dirinya, sejak dia baligh, dia sentiasa berpuasa Ramadan, cuma dia tidak mengqada'kan puasa yang ditinggalkan disebabkan kitaran datang bulan dan kerana dia tidak mengetahui jumlah hari yang ditinggalkan berpuasa. Wanita ini meminta panduan tentang kewajipan yang perlu dilakukannya sekarang.
- الموضوعات
- الصياممفسدات الصومالصياموقت القضاء وحكم تأخيرهالطهارةأحكام الحيض والنفاسالصلاةمبطلات الصلاة
السؤال
S1:
Penanya wanita mengajukan tentang dirinya, sejak dia baligh, dia sentiasa berpuasa Ramadan, cuma dia tidak mengqada'kan puasa yang ditinggalkan disebabkan kitaran datang bulan dan kerana dia tidak mengetahui jumlah hari yang ditinggalkan berpuasa. Wanita ini meminta panduan tentang kewajipan yang perlu dilakukannya sekarang.
س30: سائلةٌ تقول: إنها منذ وجب عليها الصّيام وهي تصوم رمضان، ولكنها لا تقضي صيام الأيام التي تفطرها بسبب الدورة الشهرية، ولجهلها بعدد الأيام التي أفطرتها، فهي تطلب إرشادها إلى ما يجب عليها فعله الآن.
الجواب
J1:
Kita sedih dengan perkara sebegini yang berlaku dalam kalangan wanita beriman. Tindakan ini, iaitu mengabaikan qada' puasa wajib, sama ada kerana kejahilan atau mengambil enteng, kedua-duanya adalah musibah. Tetapi ubat kejahilan adalah ilmu dan bertanya.
Sementara mengambil enteng ubatnya adalah bertakwa kepada Allah, merasakan Dia sedang mengawasi, takut dengan azab-Nya, bersegera mencapai keredaan-Nya.
Wanita ini perlu bertaubat kepada Allah daripada perbuatan ini, beristighfar, dan cuba membuat anggaran jumlah hari yang ditinggalkan semampunya, kemudian dia mengqada'nya. Barulah selepas itu, dia terlepas daripada hutang puasa. Kita berharap semoga Allah menerima taubatnya.
ﺟ30: يؤسفنا أن يقع مثل هذا بين نساء المؤمنين، فإن هذا الترك -أعني: ترك قضاء ما يجب عليها من الصّيام- إما أن يكون جهلًا، وإما أن يكون تهاونًا، وكلاهما مصيبةٌ؛ لأن الجهل دواؤه العلم والسّؤال،
وأما التهاون فإن دواءه تقوى الله عز وجل، ومراقبته، والخوف من عقابه، والمبادرة إلى ما فيه رضاه.
فعلى هذه المرأة أن تتوب إلى الله مما صنعت، وأن تستغفر، وأن تتحرى الأيام التي تركتها بقدر استطاعتها فتقضيها، وبهذا تبرأ ذمتها، ونرجو أن يقبل الله توبتها.