Skip to content

Saya keguguran anak pada bulan tiga sejak tahun lepas. Saya tidak melaksanakan solat sehingga saya bersuci. Tetapi ada orang beritahu yang saya masih wajib solat. Apakah yang saya perlu lakukan? Saya tidak tahu berapa hari saya tinggalkan solat secara tepat.

السؤال

S1:

Saya keguguran anak pada bulan tiga sejak tahun lepas. Saya tidak melaksanakan solat sehingga saya bersuci. Tetapi ada orang beritahu yang saya masih wajib solat. Apakah yang saya perlu lakukan? Saya tidak tahu berapa hari saya tinggalkan solat secara tepat.

س29: أنا امرأةٌ أسقطت في الشهر الثالث منذ عامٍ، ولم أصلّ حتى طهرت، وقد قيل لي: كان عليك أن تصلّي. فماذا أفعل، وأنا لا أعرف عدد الأيام بالتحديد؟

الجواب

J1:

Yang diketahui daripada ulama, wanita yang keguguran selepas bulan ketiga kehamilan tidak perlu solat selagi mana keluar darah kerana janin yang gugur itu, jika sudah tampak bentuk manusia, darah yang keluar selepas itu adalah darah nifas.

Ulama menyebutkan, berkemungkinan juga janin terbentuk selepas 81 hari. Tempoh ini lebih sedikit daripada 3 bulan. Jika seseorang yakin yang janinnya gugur sebelum tempoh ini, maka darah yang keluar adalah darah fasad. Masih wajib melaksanakan solat meskipun darah ini keluar.

Penanya ini perlu ingat semula, sekiranya janin gugur sebelum 80 hari kehamilan, dia perlu qada' solat yang ditinggalkannya. Sekiranya dia tidak tahu berapa banyak yang dia tinggalkan,

Dia perlu membuat anggaran dan mencari jumlah yang paling berkemungkinan bagi hari-hari yang dia tidak solat.

ﺟ29: المعروف عند أهل العلم: أن المرأة إذا أسقطت لثلاثة أشهرٍ فإنها لا تصلّي؛ لأن المرأة إذا أسقطت جنينًا قد تبين فيه خلق إنسانٍ فإن الدم الّذي يخرج منها يكون دم نفاسٍ لا تصلّي فيه.

قال العلماء: ويمكن أن يتبين خلق الجنين إذا تم له واحدٌ وثمانون يومًا، وهذه أقلّ من ثلاثة أشهرٍ، فإذا تيقنت أنه سقط الجنين لثلاثة أشهرٍ فإن الذي أصابها يكون دم فسادٍ، لا تترك الصلاة من أجله.

وهذه السائلة عليها أن تتذكر في نفسها، فإذا كان الجنين سقط قبل الثمانين يومًا فإنها تقضي الصلاة، وإذا كانت لا تدري كم تركت؟

فإنها تقدّر، وتتحرى، وتقضي على ما يغلب عليه ظنّها أنها لم تصلّه.