Saya menunaikan haji tahun lalu. Saya menyempurnakan semua manasik haji kecuali tawaf ifadah dan tawaf wada', kerana haid. Selepas itu saya pulang ke rumah saya di Madinah, dengan niat untuk kembali semula untuk melakukan tawaf ifadah dan tawaf wada' kerana kejahilan saya dalam urusan agama, saya telah bertahalul dan melakukan perkara yang diharamkan semasa ihram. Saya bertanya seseorang tentang kembali ke Mekah untuk tawaf, tetapi dia menjawab bahawa haji saya telah terbatal dan tidak boleh hanya bertawaf. Sebaliknya saya perlu mengulang haji semula tahun hadapan. Adakah jawapannya ini benar? Adakah alternatif lain? Adakah saya perlu mengulang haji semula? Mohon berikan saya solusi apa yang patut saya lakukan, semoga Allah memberkati.
السؤال
S1:
Saya menunaikan haji tahun lalu. Saya menyempurnakan semua manasik haji kecuali tawaf ifadah dan tawaf wada', kerana haid. Selepas itu saya pulang ke rumah saya di Madinah, dengan niat untuk kembali semula untuk melakukan tawaf ifadah dan tawaf wada' kerana kejahilan saya dalam urusan agama, saya telah bertahalul dan melakukan perkara yang diharamkan semasa ihram. Saya bertanya seseorang tentang kembali ke Mekah untuk tawaf, tetapi dia menjawab bahawa haji saya telah terbatal dan tidak boleh hanya bertawaf. Sebaliknya saya perlu mengulang haji semula tahun hadapan. Adakah jawapannya ini benar? Adakah alternatif lain? Adakah saya perlu mengulang haji semula? Mohon berikan saya solusi apa yang patut saya lakukan, semoga Allah memberkati.
س51: لقد قمت بأداء فريضة الحجّ العام الماضي، وأديت جميع شعائر الحجّ ما عدا طواف الإفاضة وطواف الوداع، حيث منعني منهما عذرٌ شرعيٌّ، فرجعت إلى بيتي في الـمدينة على أن أعود في يومٍ من الأيام؛ لأطوف طواف الإفاضة وطواف الوداع، وبجهلٍ منّي بأمور الدّين فقد تحللت من كلّ شيءٍ، وفعلت كل شيءٍ يحرم أثناء الإحرام، وسألت عن رجوعي لأطوف، فقيل لي: لا يصحّ لك أن تطوفي، فقد أفسدتّه، وعليك الإعادة -أي: إعادة الحجّ مرةً أخرى- في العام المقبل، مع ذبح بقرةٍ أو ناقةٍ، فهل هذا صحيحٌ؟ وهل هناك حلٌّ آخر؟ وما هو؟ وهل فسد حجّي؟ وهل عليّ إعادته؟ أفيدوني عمّا يجب فعله، بارك الله فيكم.
الجواب
J1:
Ini juga musibah yang terjadi dek fatwa tanpa ilmu. Dalam keadaan ini, anda hanya wajib kembali ke Mekah bagi melaksanakan tawaf ifadah sahaja.
Tawaf wada' tidak wajib jika anda haid semasa meninggalkan Mekah kerana tidak diwajibkan kepada wanita haid.
Ini berdasarkan hadis Ibn `Abbas RA, "Nabi SAW memerintahkan agar orang yang menziarahi Mekah untuk meninggalkan Mekah dengan bertawaf tetapi baginda memberi keringanan kepada wanita haid."
Dalam riwayat Abu Dawud: "Hendaklah akhir manasik mereka di Kaabah adalah Tawaf."
Ini juga berdasarkan hadis Nabi SAW apabila baginda diberitahu bahawa Safiyyah RA melakukan tawaf ifadah, "Kamu sudah selesai."
Ini semua menjadi dalil bahawa tawaf wada' tidak wajib bagi wanita haid.
Tetapi tawaf ifadah tetap wajib. Oleh sebab kamu bertahalul kerana kejahilan, maka ia tidak merosakkan haji kamu kerana orang jahil yang melanggar larangan Ihram tidak dikenakan sebarang denda.
Ini berdasarkan firman Allah, "Tuhan kami, jangan Engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersalah." [Surah al-Baqarah, 286]
Allah SWT telah menyahut doa ini, Dia berfirman, "Aku telah memperkenankannya."
Begitu juga firman Allah, "Dan tidak salah bagi kamu pada perkara yang kamu tersilap, tetapi salah jika hatimu sengaja melakukannya." [Surah al-Ahzab, 5]
Justeru setiap larangan Ihram, jika dilakukan kerana jahil atau terlupa atau terpaksa, maka tiada denda yang dikenakan. Tetapi selepas hilang uzur jahilnya, dia wajib meninggalkan larangan yang masih dilakukan.
ﺟ51: هذا أيضًا من البلاء الّذي يحصل من الفتوى بغير علمٍ، وأنت في هذه الحال يجب عليك أن ترجعي إلى مكة، وتطوفي طواف الإفاضة فقط.
أما طواف الوداع فليس عليك طواف وداعٍ ما دمت كنت حائضًا عند الخروج من مكة، وذلك لأن الحائض لا يلزمها طواف الوداع؛ لحديث ابن عباسٍ رضي الله عنهما:
«أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ، إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنِ الْحَائِضِ» [1]،
وفي روايةٍ لأبي داود:
«أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ الطَّوَافُ» [2].
ولأن النبي ﷺ لـمّا أخبر أنّ صفيّة طافت طواف الإفاضة قال:
«فَلْتَنْفِرْ إِذًا» [3]،
فدلّ هذا على أن طواف الوداع يسقط عن الحائض.
[19] أخرجه البخاري، كتاب الحج، باب طواف الوداع (1755)، ومسلم، كتاب الحج، باب وجوب طواف الوداع وسقوطه عن الحائض (380) (1328).
[20] أخرجه أبو داود، كتاب المناسك، باب الوداع (2002).
[21] أخرجه البخاري، كتاب الحيض، باب المرأة تحيض بعد الإفاضة (328)، ومسلم، كتاب الحج، الباب السابق (382) (1211).
أما طواف الإفاضة فلابد لك منه، ولـما كنت تحللت من كلّ شيءٍ جاهلةً فإن هذا لا يضرّك؛ لأن الجاهل الذي يفعل شيئًا من محظورات الإحرام لا شيء عليه؛ لقوله تعالى:
﴿...رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ...﴾
[البقرة:286]،
قال الله تعالى:
«قَدْ فَعَلْتُ» [4]،
وقوله:
﴿...وَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٞ فِيمَآ أَخۡطَأۡتُم بِهِۦ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتۡ قُلُوبُكُمۡۚ...﴾
[الأحزاب:5]،
فجميع الـمحظورات الّتي منعها الله تعالى على المحرم إذا فعلها جاهلًا أو ناسيًا أو مكرهًا فلا شيء عليه، لكن متى زال عذره وجب عليه أن يقلع عما تلبس به.
[22] أخرجه مسلم، كتاب الإيمان، باب بيان تجاوز الله تعالى عن حديث النفس (200) (126).