Skip to content

السؤال

س١٤: اقرأ سورة المسد وفسرها.

Soalan 14: Bacakan Surah al-Masad dan tafsirannya.

الجواب

ج:سورة المسد وتفسيرها:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

﴿تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ 1

مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ 2

سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ 3

وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ 4

فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۭ 5﴾

[المسد: ١-٥].

التفسير:

  1. ﴿تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ1﴾:

خسرت يدا عم النبي صلى الله عليه وسلم، أبي لهب بن عبد المطلب بخسران عمله؛ إذ كان يؤذي النبي صلى الله عليه وسلم، وخاب سعيه.

  1. ﴿مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ2﴾:

أيّ شيء أغنى عنه ماله وولده؟ لم يدفعا عنه عذابًا، ولم يجلبا له رحمة.

  1. ﴿سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ3﴾:

سيدخل يوم القيامة نارًا ذات لهب، يقاسي حرّها.

  1. ﴿وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ4﴾:

وستدخلها زوجته أم جميل التي كانت تؤذي النبي صلى الله عليه وسلم، بإلقاء الشوك في طريقه.

  1. ﴿فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۭ5﴾:

في عنقها حبل مُحْكَم الفَتْل تساق به إلى النار.

Jawapan: Surah al-Masad dan tafsirannya:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.

Semoga binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab; dan sudah binasa pun dia!

Tidaklah berguna baginya harta bendanya dan apa yang diusahakannya.

Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar,

pada lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.

(Surah al-Masad: 1-5)

Tafsirannya:

Rugilah kedua-dua tangan bapa saudara Nabi, iaitu Abu Lahab bin Abdul Muttalib kerana amalannya yang merugikan, iaitu dia kerap menyakiti Nabi SAW.

Apakah yang harta dan keturunan dapat berikan kepadanya? Ia tidak mampu menghalangnya daripada azab Allah, tidak juga membantunya mendapat rahmat Allah.

Pada hari Kiamat kelak, dia akan dihumbankan dalam api neraka yang bergelojak dek terlampau panas.

Begitu juga isterinya, Ummu Jamil, yang kerap menyakiti Nabi SAW dengan meletakkan duri pada tempat jalan baginda SAW.

Kelak pada hari Kiamat, akan ada tali pintal yang tebal, melilit tengkuk isterinya dan mengheretnya ke neraka.