Skip to content

السؤال

س١٣: اقرأ سورة النصر وفسرها.

Soalan 13: Bacakan Surah al-Nasr dan tafsirannya.

الجواب

ج:سورة النصر وتفسيرها:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

﴿إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ 1

وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا 2

فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا 3﴾

[النصر: ١-٣].

التفسير:

  1. ﴿إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ1﴾:

إذا جاء نصر الله لدينك - أيها الرسول - وإعزازه له، وحدث فتح مكة.

  1. ﴿وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا2﴾:

ورأيت الناس يدخلون في الإسلام وفدًا بعد وفدٍ.

  1. ﴿فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا3﴾:

فاعلم أن ذلك علامة على قرب انتهاء المهمة التي بُعِثْتَ بها، وعلى قرب انتهاء أجلك ولقائك بربك، فسبِّح بحمد ربك، شكرًا له على نعمة النصر والفتح، واطلب منه المغفرة، إنه كان توابًا يقبل توبة عباده، ويغفر لهم.

Jawapan: Surah al-Nasr dan tafsirannya:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan.

Dan kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong.

Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.

(Surah al-Nasr: 1-3)

Tafsirannya:

Apabila pertolongan Allah datang untuk agamamu, wahai Rasul, dan apabila berlakunya pembukaan kota Mekah.

Dan kamu melihat manusia berduyun-duyun masuk ke dalam Islam, satu kumpulan dan diikuti kumpulan lain.

Maka ketahuilah bahawa demikian itu adalah petanda dekatnya pengakhiran tugasanmu, dan dekatnya ajalmu dan temu janjimu dengan Tuhanmu. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebagai manifestasi syukur atas nikmat bantuan dan kemenangan. Pintalah keampunan daripada-Nya, kerana Dia sentiasa menerima taubat para hamba dan mengampunkan mereka.