Skip to content

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."

موضوعات الحديث
أحكام الأسرة
محاور التعريف بالإسلام
الشبهات والاعتراضاتشبهات حول المرأة

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”"

«الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa dunia berserta segala isinya hanyalah sesuatu yang dinikmati buat seketika waktu kemudian ia akan lenyap, dan bahawa sebaik-baik perhiasannya ialah isteri yang solehah; yang apabila dipandang, dia menggembirakannya, apabila disuruh, dia mentaatinya, dan apabila suaminya tiada bersamanya, dia memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Keharusan menikmati keseronokan dunia yang dihalalkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya tanpa berlebih-lebihan atau sombong.

Galakan untuk memilih isteri yang solehah; kerana dia membantu suami untuk mentaati Tuhannya.

Sebaik-baik kesenangan dunia ialah segala yang berada dalam ketaatan kepada Allah SWT atau yang membantu ke arahnya.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 1090) (1467).

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 1090) (1467).

Maklumat tambahan (12)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 365).

كشف المشكل من حديث الصحيحين.

لابن الجوزي (4/ 129).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخن وغيره (1/ 286).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 365).

كشف المشكل من حديث الصحيحين.

لابن الجوزي (4/ 129).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخن وغيره (1/ 286).