Bagaimanakan cara beradab dengan kawan-kawan?
- الباب / الفصل
- قسم الآداب الإسلامية
السؤال
س5: كيف أكون مع إخواني وأصدقائي؟
Soalan 5: Bagaimanakan cara beradab dengan kawan-kawan?
الجواب
ج:1. أحب وأصاحب الأخيار.
- أتجنب وأترك مصاحبة الأشرار.
في الحديث:
«لا تصاحب إلا مؤمنًا، ولا يأكل طعامك إلا تقي»
رواه الترمذي وأبو داود.
- أسلم على إخواني وأصافحهم.
«ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان، إلا غفر لهما قبل أن يفترقا»
رواه أبو داود والترمذي.
- أعودهم إذا مرضوا وأدعو لهم بالشفاء.
- وأشمت العاطس.
- أجيب دعوته إذا دعاني لزيارته.
«حق المسلم على المسلم خمس: رد السلام، وعيادة المريض، واتباع الجنائز، وإجابة الدعوة، وتشميت العاطس»
متفق عليه.
- أقدم له النصيحة.
«ومن أشار على أخيه بأمر يعلم أن الرشد في غيره فقد خانه»
رواه أبو داود.
- أنصره إذا ظلم، وأمنعه عن الظلم.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
«انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا» فقال رجل: يا رسول الله، أنصره إذا كان مظلومًا، أفرأيت إذا كان ظالمًا كيف أنصره؟ قال: «تحجزه - أو تمنعه - من الظلم؛ فإن ذلك نصره»
رواه البخاري.
- أحب لأخي المسلم ما أحب لنفسي.
في الحديث عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
«لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه»
- أساعده إذا احتاج إلى مساعدتي.
«والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه»
رواه مسلم.
- لا أمسه بأذى، بقول أو فعل.
«المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده»
- أحفظ سره.
«إذا حدث الرجل بالحديث ثم التفت فهي أمانة»
- لا أشتمه، ولا أغتابه، ولا أحتقره، ولا أحسده، ولا أتجسس عليه، ولا أغشه.
«المسلم أخو المسلم لا يظلمه، ولا يخذله، ولا يحقره، وحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم»
البخاري ومسلم.
Jawapan: 1. Saya mencintai dan bersahabat dengan orang-orang baik.
- Saya menjauhi dan tidak bersahabat dengan orang-orang jahat.
Nabi SAW bersabda:
"Janganlah berkawan melainkan dengan orang beriman. Jangan ada yang makan makananmu, melainkan orang bertakwa."
Hadis riwayat al-Tirmidhi dan Abu Dawud.
- Saya memberi salam dan berjabat tangan apabila bertemu mereka.
"Jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, mereka akan diampunkan selama mana belum berpisah."
Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi.
- Saya melawat dan mendoakan kesembuhan mereka sekiranya mereka jatuh sakit.
- Saya mendoakan rahmat jika mereka bersin.
- Saya memenuhi jemputan mereka sekiranya mereka menjemput saya.
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Saya menasihati mereka.
"Sesiapa yang memberi nasihat kepada saudaranya untuk melakukan sesuatu, padahal dia tahu kebaikan pada yang lain, dia telah mengkhianat saudaranya."
Riwayat Abu Dawud.
- Saya membelanya apabila dizalimi, saya menegahnya apabila dia menzalimi.
Rasulullah SAW bersabda:
"Bantulah saudaramu yang dizalimi atau yang berbuat zalim." Seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, aku faham jika membantu yang dizalimi, tetapi bagaimana jika dia yang berbuat zalim?" Baginda menjawab: "Halanglah dia daripada melakukan kezaliman; itulah bantuannya."
- Saya inginkan kebaikan buat saudara Islam saya, seperti saya inginkan buat diri sendiri.
Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda:
"Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri."
- Saya membantunya ketika dia memerlukan.
"Allah akan sentiasa membantu seorang hamba, selagi mana dia bersedia membantu saudaranya."
Hadis riwayat Muslim.
- Saya tidak menyakitinya dengan ungkapan atau perbuatan.
"Muslim sejati ialah orang yang saudara Muslimnya yang lain selamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya."
- Saya menjaga rahsianya.
"Jika seseorang bercerita kepadamu lalu dia menoleh ke kiri dan kanan, maka itu adalah amanah untuk kamu jaga."
- Saya tidak akan mencaci, mengumpat, merendahkan, atau iri hati terhadap mereka, serta tidak mengintip atau menipu mereka.
"Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain; dia tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya, dan tidak merendahkannya. Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia merendahkan saudaranya."