Bacakan Surah al-Takathur dan tafsirannya.
- الباب / الفصل
- قسم التفسير
السؤال
س٥: اقرأ سورة التكاثر وفسرها.
Soalan 5: Bacakan Surah al-Takathur dan tafsirannya.
الجواب
ج:سورة التكاثر وتفسيرها:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
﴿أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ 1
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ 2
كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ 3
ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ 4
كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ 5
لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ 6
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ 7
ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ 8﴾
[سورة التكاثر: ١ - ٨].
التفسير:
- ﴿أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ1﴾:
شغلكم - أيها الناس - التفاخر بالأموال والأولاد عن طاعة الله.
- ﴿حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ2﴾:
حتى متُّم ودخلتم قبوركم.
- ﴿كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ3﴾:
ما كان لكم أن يشغلكم التفاخر بها عن طاعة الله، سوف تعلمون عاقبة ذلك الانشغال.
- ﴿ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ4﴾:
ثم سوف تعلمون عاقبته.
- ﴿كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ5﴾:
حقًّا لو أنكم تعلمون يقينًا أنكم مبعوثون إلى الله، وأنه سيجازيكم على أعمالكم، لما انشغلتم بالتفاخر بالأموال والأولاد.
- ﴿لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ6﴾:
والله لتشاهدنَّ النار يوم القيامة.
- ﴿ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ7﴾:
ثم لتشاهدنَّها مشاهدة يقين لا شك فيه.
- ﴿ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ﴾:
ثم ليسألنّكم الله في ذلك اليوم عما أنعم به عليكم من الصحة والغنى وغيرهما.
Jawapan: Surah al-Takathur dan Tafsirannya:
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.
Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan bermegah-megah.
Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.
Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).
Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.
Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim.
Kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri.
Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang segala kenikmatan (yang kamu peroleh di dunia).
(Surah al-Takathur: 1-8)
Tafsirannya:
Kamu disibukkan, wahai manusia, dengan bermegah-megah dan berlumba-lumba mengumpulkan harta dan anak-anak sehingga melupakan ketaatan kepada Allah.
Sehingga kamu meninggal dunia dan dikebumikan di dalam kuburmu.
Tidak sewajarnya kamu disibukkan dengan itu semua. Kamu akan mengetahui akibat buruk daripada kelalaian itu.
Kemudian, sekali lagi, kamu akan mengetahui kesannya.
Jika kamu benar-benar mengetahui dengan yakin bahawa kamu akan dibangkitkan semula untuk dihisab, tentu kamu tidak akan lalai dengan urusan dunia.
Demi Allah, kamu pasti akan melihat neraka Jahim pada hari Kiamat.
Kemudian, kamu pasti akan menyaksikan neraka itu dengan pandangan yang nyata dan pasti.
Kemudian, pada hari itu, kamu akan ditanya mengenai segala nikmat yang telah Allah berikan kepadamu, seperti kesihatan, kekayaan dan kelapangan hidup.