Skip to content

"Doa adalah ibadah."

Daripada Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda:

""Doa adalah hakikat ibadah," kemudian baginda membaca: "{Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."} [Ghafir: 60]""

«الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ»، ثُمَّ قَرَأَ: «{وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ} [غافر: 60]».

Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Imam Ahmad
Sahih
Syarahan

Nabi SAW telah mengkhabarkan bahawa doa adalah ibadah, maka wajib untuk mengikhlaskan keseluruhannya hanya kepada Allah, sama ada ia berbentuk doa permohonan dan permintaan, iaitu dengan memohon kepada Allah SWT apa yang memberi manfaat kepadanya dan menolak apa yang memudaratkannya di dunia dan di akhirat, ataupun berbentuk doa ibadah, iaitu segala yang dicintai dan diredhai oleh Allah yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang zahir mahupun batin, sama ada ibadah hati, badan, mahupun harta. Kemudian Nabi SAW mendatangkan dalil mengenai hal tersebut dengan bersabda: Allah SWT berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Doa adalah asas ibadah dan tidak boleh untuk memalingkannya kepada selain Allah.

Doa mengandungi hakikat perhambaan dan pengakuan terhadap kekayaan dan kekuasaan Tuhan Ta'ala, serta kefakiran hamba kepada-Nya.

Ancaman yang berat merupakan balasan kerana menyombongkan diri daripada beribadah kepada Allah dan meninggalkan doa kepada-Nya, dan bahawa orang-orang yang menyombongkan diri daripada berdoa kepada Allah akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.

Sumber

Sunan Abī Dāwūd (2/ 603) (1479).

Sunan al-Tirmidhī (5/ 292) (3247).

Sunan Ibn Mājah (5/ 5) (3828).

Musnad Aḥmad (30/ 297) (18352).

Sunan Abī Dāwūd (2/ 603) (1479).

Sunan al-Tirmidhī (5/ 292) (3247).

Sunan Ibn Mājah (5/ 5) (3828).

Musnad Aḥmad (30/ 297) (18352).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 546).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 416).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 480).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 707).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 546).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 416).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 480).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 707).