Skip to content

Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.

Daripada ʿAbdullah bin Masʿūd RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik."

«إنَّ الرُّقَى والتَمائِمَ والتِّوَلَةَ شِرْكٌ».

Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah dan Imam Ahmad
Sahih
Syarahan

Nabi SAW telah menjelaskan beberapa perkara yang perbuatannya termasuk dalam syirik; antaranya: Pertama: Ar-Ruqa (jampi-jampi): Iaitu kata-kata yang digunakan oleh masyarakat Jahiliah untuk memohon kesembuhan, yang mengandungi unsur syirik. Kedua: Tangkal daripada manik-manik dan seumpamanya: yang digantung pada kanak-kanak, haiwan ternakan dan selainnya untuk menolak 'ain. Ketiga: Tiwalah: Iaitu sesuatu yang dibuat untuk menimbulkan rasa cinta salah seorang daripada suami isteri terhadap pasangannya. Maka perkara-perkara ini termasuk dalam kesyirikan; kerana ia termasuk perbuatan menjadikan sesuatu sebagai sebab, sedangkan ia bukanlah sebab syarak yang sabit dengan dalil, dan bukan juga sebab hissi yang sabit melalui pengalaman. Adapun sebab-sebab yang syar’i seperti membaca al-Quran, atau yang bersifat fizikal seperti ubat-ubatan yang terbukti melalui pengalaman, maka ia dibenarkan berserta keyakinan bahawa ia hanyalah sebab-sebab, dan bahawa manfaat serta mudarat itu di tangan Allah.

Antara faedah daripada hadis ini:

Memelihara tauhid dan akidah daripada segala yang merosakkannya.

Pengharaman penggunaan jampi syirik, tangkal dan tiwalah.

Iktikad seseorang terhadap ketiga-tiga perkara ini bahawa ia adalah sebab: ia adalah Syirik Kecil; kerana dia menjadikan sesuatu yang bukan sebab sebagai sebab. Adapun jika dia beriktikad bahawa ia boleh memberi manfaat dan mudarat dengan sendirinya, maka itu adalah syirik besar.

Peringatan terhadap melakukan sebab-sebab syirik dan diharamkan.

Mengharamkan ruqyah dan bahawa ia adalah daripada syirik kecuali apa yang disyariatkan daripadanya.

Sewajarnya hati bergantung kepada Allah semata-mata, kerana hanya daripada-Nya datangnya kemudaratan dan kemanfaatan; Dialah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Maka, tiada yang berkuasa mendatangkan kebaikan melainkan Allah, dan tiada yang berkuasa menolak keburukan melainkan Allah Taala.

Ruqyah yang diharuskan adalah yang mengandungi tiga syarat: 1- Hendaklah diyakini bahawa ia merupakan sebab dan tidak memberi manfaat melainkan dengan izin Allah. 2- Hendaklah ia menggunakan al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya, serta doa-doa Nabawi dan doa-doa yang disyariatkan. 3- Hendaklah ia dalam bahasa yang difahami dan tidak mengandungi mentera dan sihir.

Sumber

Sunan Abī Dāwūd (6/ 31) (3883).

Sunan Ibn Mājah (4/ 554) (3530).

Musnad Aḥmad (6/ 110) (3615).

Sunan Abī Dāwūd (6/ 31) (3883).

Sunan Ibn Mājah (4/ 554) (3530).

Musnad Aḥmad (6/ 110) (3615).

Maklumat tambahan (12)

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص91).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص79).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (1/ 180).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص91).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص79).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (1/ 180).