Skip to content

Saya pergi umrah dan melalui miqat dalam keadaan haid, jadi saya tidak berniat ihram sehingga tiba di Mekah dan suci di sana. Saya pun berihram di Mekah. Adakah ini sah? Apakah yang saya perlu lakukan.

السؤال

S1:

Saya pergi umrah dan melalui miqat dalam keadaan haid, jadi saya tidak berniat ihram sehingga tiba di Mekah dan suci di sana. Saya pun berihram di Mekah. Adakah ini sah? Apakah yang saya perlu lakukan.

س54: أنا ذاهبةٌ للعمرة، ومررت بالميقات وأنا حائضٌ، فلم أحرم، وبقيت في مكة حتّى طهرت، فأحرمت من مكة، فهل هذا جائزٌ؟ أو ماذا أفعل؟ وما يجب عليّ؟

الجواب

J1:

Ini tidak sah. Wanita yang mahu melakukan umrah, tidak dibenarkan untuk melangkaui kawasan Miqat melainkan dengan melakukan ihram, meskipun dalam keadaan haid. Dia tetap perlu berihram dan ihramnya sah.

Dalilnya adalah Asma' binti `Umays, isteri Abu Bakr RA melahirkan anak dan bernifas, sementara Nabi SAW sudah tiba di Dzul Hulayfah untuk ihram Haji Wada'. Asma' menghantar utusan bertanya kepada baginda tindakan yang perlu diambil. Baginda menjawab, "Mandilah, sumbat farajmu dengan kain, dan berihramlah."

Darah haid seperti darah nifas juga dalam perkara ini.

Maka kita nasihatkan kepada wanita haid yang melintasi Miqat untuk Haji atau Umrah, "Mandilah, sumbatlah dan berihramlah."

Sumbat di sini bererti mengikat farajnya dengan kain, kemudian dia berihram seperti biasa. Sama ada untuk Haji atau Umrah. Tetapi di Mekah, dia jangan pergi ke Kaabah, atau bertawaf di sana melainkan setelah suci.

Nabi SAW berkata kepada Aisyah RA ketika dia haid semasa umrah, "Lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, tetapi jangan tawaf di Kaabah sehingga kamu suci." Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dalam Sahih al-Bukhari, Aisyah RA juga menyebut bahawa selepas dia suci, dia melakukan tawaf di Kaabah dan sa'i antara Safa dan Marwah.

Ini menunjukkan bahawa wanita yang berniat ihram untuk haji atau umrah dalam keadaan haid atau jika dia mendapat haid sebelum tawaf, dia tidak boleh melakukan tawaf atau sa'i sehingga suci dan mandi.

Namun, jika dia telah berniat ihram dan selepas tawaf, dia mendapat haid, dia boleh teruskan dengan sa'i dan memotong rambutnya, serta menyelesaikan umrahnya kerana sa'i antara Safa dan Marwah tidak memerlukan keadaan suci.

ﺟ54: هذا العمل ليس بجائزٍ، والمرأة الّتي تريد العمرة لا يجوز لها مجاوزة الميقات إلا بإحرامٍ حتى لو كانت حائضًا، فإنها تحرم وهي حائضٌ، وينعقد إحرامها، ويصحّ،

والدليل لذلك: أن أسماء بنت عميسٍ زوجة أبي بكرٍ رضي الله عنهما ولدت، والنبيّ ﷺ نازلٌ في ذي الحليفة، يريد حجة الوداع، فأرسلت إلى النبيّ ﷺ: كيف أصنع؟ قال:

«اغْتَسِلِي، وَاسْتَثْفِرِي بِثَوْبٍ، وَأَحْرِمِي» [1]،

ودم الحيض كدم النّفاس.

[24] تقدم تخريجه.

فنقول للمرأة الحائض إذا مرت بالميقات، وهي تريد العمرة أو الحج نقول لها: اغتسلي، واستثفري بثوبٍ، وأحرمي،

والاستثفار معناه: أنها تشدّ على فرجها خرقةً، وتربطها، ثم تحرم، سواء بالحجّ أو بالعمرة، ولكنها إذا أحرمت ووصلت إلى مكة لا تأتي إلى البيت، ولا تطوف به حتى تطهر، ولهذا قال النبيّ ﷺ لعائشة حين حاضت في أثناء العمرة، قال لها:

«افْعَلِي مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ، غَيْرَ أَلَّا تَطُوفِي فِي الْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي» [2]،

هذه رواية البخاريّ ومسلمٍ، وفي «صحيح البخاريّ» أيضًا،

«ذَكَرَتْ عَائِشَةُ أَنَّهَا لَمَّا طَهُرَتْ طَافَتْ بِالْبَيْتِ، وَبِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ» [3]،

فدل هذا على أن المرأة إذا أحرمت بالحجّ أو العمرة وهي حائضٌ، أو أتاها الحيض قبل الطواف، فإنها لا تطوف ولا تسعى حتى تطهر وتغتسل.

[26] البخاري، كتاب العمرة، باب عمرة التنعيم (1785).

[25] رواه البخاري، كتاب الحج، باب تقضي الحائض المناسك كلها إلا الطواف بالبيت (1650)، ومسلم، كتاب الحج، باب بيان وجوه الإحرام (120) (1211).

أما لو طافت وهي طاهرٌ، وبعد أن انتهت من الطواف جاءها الحيض، فإنها تستمرّ، وتسعى ولو كان عليها الحيض، وتقصّ من رأسها، وتنهي عمرتها؛ لأنّ السعي بين الصفا والمروة لا يشترط له الطهارة.