Adakah kawasan sa’i (laluan antara Safa dan Marwah) adalah sebahagian dari masjid? Adakah wanita haid boleh berada di sana? Adakah perlu solat tahiyatul masjid jika masuk dari kawasan sa’i?
السؤال
S1:
Adakah kawasan sa’i (laluan antara Safa dan Marwah) adalah sebahagian dari masjid? Adakah wanita haid boleh berada di sana? Adakah perlu solat tahiyatul masjid jika masuk dari kawasan sa’i?
س56: هل المسعى من الحرم؟ وهل تقربه الحائض؟ وهل يجب على من دخل الحرم من المسعى أن يصلّي تحية المسجد؟
الجواب
J1:
Yang jelas pada saya, kawasan sa’i bukanlah sebahagian daripada masjid, oleh itu mereka membuat dinding pemisah antara keduanya walaupun ia adalah dinding yang rendah. Pendapat ini lebih baik kerana jika kawasan sa`i adalah sebahagian dari masjid, wanita yang haid antara tawaf dan sa’i tidak boleh melakukan sa’i.
Yang saya fatwakan, jika wanita datang bulan selepas tawaf dan sebelum sa’i, dia boleh melakukan sa’i kerana kawasan sa’i tidak dianggap sebagai sebahagian dari masjid.
Mengenai solat tahiyatul masjid, jika seseorang masuk semula ke masjid selepas sa’i, dia boleh melakukannya. Namun, jika dia tidak melakukannya, tidak mengapa.
Yang terbaik adalah mengambil peluang untuk solat dua rakaat kerana solat di tempat ini mempunyai keutamaan.
ﺟ56: الّذي يظهر أن المسعى ليس من المسجد، ولذلك جعلوا جدارًا فاصلًا بينهما، لكنه جدارٌ قصيرٌ، ولا شك أن هذا خيرٌ للناس؛ لأنه لو أدخل في المسجد وجعل منه، لكانت المرأة إذا حاضت بين الطواف والسعي امتنع عليها أن تسعى.
والّذي أفتي به: أنها إذا حاضت بعد الطواف وقبل السعي فإنها تسعى؛ لأن المسعى لا يعتبر من المسجد.
وأما تحية المسجد فقد يقال: إن الإنسان إذا سعى بعد الطواف، ثم عاد إلى المسجد، فإنه يصلّيها، ولو ترك تحية المسجد فلا شيء عليه،
والأفضل أن ينتهز الفرصة، ويصلّي ركعتين؛ لـما في الصلاة في هذا المكان من الفضل.