Pada bulan Ramadan, seorang wanita suci dari haid serta merta selepas masuk subuh. Adakah dia perlu imsak (menahan diri daripada makan minum) dan berpuasa pada hari tersebut? Adakah dia dikira tunai puasa sehari jika berpuasa? Atau perlu qada juga?
السؤال
S1:
Pada bulan Ramadan, seorang wanita suci dari haid serta merta selepas masuk subuh. Adakah dia perlu imsak (menahan diri daripada makan minum) dan berpuasa pada hari tersebut? Adakah dia dikira tunai puasa sehari jika berpuasa? Atau perlu qada juga?
س1: إذا طهرت الـمرأة بعد الفجر مباشرةً فهل تمسك وتصوم هذا اليوم، ويكون يومها لها، أو عليها قضاء ذلك اليوم؟
الجواب
J1:
Sekiranya seorang wanita putus (suci) daripada haid selepas terbit fajar, terdapat dua pendapat ulama:
Pendapat pertama: Dia perlu menahan diri daripada perkara membatalkan puasa sepanjang hari tersebut. Tetapi dia tidak dikira menunaikan puasa pada hari tersebut, sebaliknya dia perlu mengqadanya selepas Ramadan. Ini pendapat popular dalam Mazhab Imam Ahmad (rah.).
Pendapat kedua: Dia tidak perlu menahan diri pada hari tersebut. Kerana pada hari tersebut, puasanya tidak akan sah kerana dia masih haid pada awal hari. Justeru dia bukan ahli puasa. Jika tidak sah puasanya, maka tiada guna dia menahan diri. Dia tidak perlu menghormati hari tersebut, kerana dia memang diperintahkan untuk berbuka pada awal harinya dan haram berpuasa.
Puasa yang diterima syariat adalah: Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, sebagai bentuk ibadah kepada Allah, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Pendapat kedua ini lebih kuat daripada pendapat pertama. Dan menurut kedua-dua pendapat ini, wanita tersebut perlu mengqada puasa hari tersebut selepas Ramadan.
ﺟ1: إذا طهرت المرأة بعد طلوع الفجر فللعلماء في إمساكها ذلك اليوم قولان:
القول الأول: أنه يلزمها الإمساك بقية ذلك اليوم، ولكنه لا يحسب لها، بل يجب عليها القضاء، وهذا هو المشهور من مذهب الإمام أحمد رحمه الله.
والقول الثاني: أنه لا يلزمها أن تمسك بقية ذلك اليوم؛ لأنه يومٌ لا يصحّ صومها فيه؛ لكونها في أوله حائضًا ليست من أهل الصّيام، وإذا لم يصح لم يبق للإمساك فائدةٌ، وهذا الزمن زمنٌ غير محترمٍ بالنّسبة لها؛ لأنها مأمورةٌ بفطره في أول النهار، بل محرمٌ عليها صومه في أول النهار،
والصوم الشرعيّ: هو الإمساك عن المفطّرات تعبّدًا لله عز وجل من طلوع الفجر إلى غروب الشمس.
وهذا القول -كما تراه- أرجح من القول بلزوم الإمساك، وعلى كلا القولين يلزمها قضاء هذا اليوم.