Skip to content

Sekiranya seorang wanita suci daripada haid sebelum subuh, tetapi dia mandi wajib selepas masuk waktu, kemudian dia solat subuh dan menyempurnakan puasa pada hari tersebut, adakah dia masih wajib mengqada puasanya?

السؤال

S1:

Sekiranya seorang wanita suci daripada haid sebelum subuh, tetapi dia mandi wajib selepas masuk waktu, kemudian dia solat subuh dan menyempurnakan puasa pada hari tersebut, adakah dia masih wajib mengqada puasanya?

س2: إذا طهرت الحائض، واغتسلت بعد صلاة الفجر، وصلت، وكملت صوم يومها، فهل يجب عليها قضاؤه؟

الجواب

J1:

Sekiranya dia suci daripada haid seminit sebelum waktu subuh dengan yakin, maka dia wajib berpuasa pada hari itu. Puasanya pada hari itu sah dan tidak perlu mengqadanya. Kerana dia berpuasa dalam keadaan suci daripada haid, meskipun dia hanya mandi wajib selepas masuk waktu.

Begitu juga jika seorang lelaki berjunub pada waktu malam, kerana jimak atau mimpi basah, kemudian dia hanya mandi wajib selepas masuk waktu subuh, puasanya pada hari itu juga sah.

Cuma di sini ingin ditekankan tentang isu lain, iaitu sebahagian orang menyangka bahawa jika wanita datang haid selepas berbuka puasa sebelum solat isyak, puasanya pada hari itu terbatal dan perlu diganti.

Sangkaan ini tiada asalnya dalam agama. Sebaliknya sekiranya seorang wanita datang bulan selepas terbenam matahari walaupun sedetik, puasanya sempurna dan sah.

ﺟ2: إذا طهرت الحائض قبل طلوع الفجر ولو بدقيقةٍ واحدةٍ، ولكن تيقنت الطّهر، فإنه إذا كان في رمضان فإنه يلزمها الصوم، ويكون صومها ذلك اليوم صحيحًا، ولا يلزمها قضاؤه؛ لأنها صامت وهي طاهرٌ، وإن لم تغتسل إلا بعد طلوع الفجر فلا حرج،

كما أن الرجل لو كان جنبًا من جماعٍ أو احتلامٍ، وتسحر، ولم يغتسل إلا بعد طلوع الفجر، كان صومه صحيحًا.

وبهذه المناسبة أودّ أن أنبّه إلى أمرٍ آخر عند النّساء إذا أتاها الحيض وهي قد صامت ذلك اليوم، فإن بعض النّساء تظنّ أن الحيض إذا أتاها بعد فطرها قبل أن تصلّي العشاء فسد صوم ذلك اليوم،

وهذا لا أصل له، بل إن الحيض إذا أتاها بعد الغروب ولو بلحظةٍ فإن صومها تامٌّ وصحيحٌ.