Bendalir keputihan dan kekuningan yang keluar daripada wanita itu, adakah ia suci atau najis? Adakah wajib berwuduk apabila ia keluar? Apa hukumnya jika bendalir tersebut keluar berterusan? Apa pula hukumnya jika ia terputus-putus? Kebanyakan wanita, terutamanya yang terpelajar, menganggapnya kelembapan normal yang tidak mewajibkan wuduk.
السؤال
S1:
Bendalir keputihan dan kekuningan yang keluar daripada wanita itu, adakah ia suci atau najis? Adakah wajib berwuduk apabila ia keluar? Apa hukumnya jika bendalir tersebut keluar berterusan? Apa pula hukumnya jika ia terputus-putus? Kebanyakan wanita, terutamanya yang terpelajar, menganggapnya kelembapan normal yang tidak mewajibkan wuduk.
س35: هل السائل الّذي ينزل من المرأة -أبيض كان أم أصفر- طاهرٌ أو نجسٌ؟ وهل يجب فيه الوضوء، مع العلم بأنه ينزل مستمرًّا؟ وما الحكم إذا كان متقطّعًا، خاصةً أن غالب النّساء -لا سيما المتعلّمات- يعتبرن ذلك رطوبةً طبيعيةً، لا يلزم منه الوضوء؟
الجواب
J1:
Yang zahir kepada saya selepas melakukan kajian, bahawa cecair yang keluar itu bukan berasal daripada pundi kencing, sebaliknya keluar daripada rahim. Ia cecair yang suci, tetapi keluarnya membatalkan wuduk. Tidaklah disyaratkan membatalkan wuduk apabila keluar najis sahaja, seperti angin yang keluar dari punggung. Meskipun ia tidak berjirim, ia tetap membatalkan wuduk.
Justeru, sekiranya cecair seperti itu keluar ketika dia dalam keadaan sudah berwuduk, wuduknya terbatal dan perlu diperbaharui.
Tetapi sekiranya cecair tersebut berterusan keluar, ia tidak membatalkan wuduk. Dia hanya perlu berwuduk apabila masuk waktu solat. Dalam tempoh waktu tersebut, dia dibenarkan solat fardu dan sunat, membaca al-Quran, dengan wuduk tersebut. Perincian yang sama juga berkenaan kencing tidak lawas.
Inilah hukum cecair tersebut. Dari sudut kesuciannya, ia suci. Dari sudut wuduk, ia membatalkan wuduk, kecuali jika berterusan tidak putus-putus. Jika berterusan tidak putus-putus, ia tidak membatalkan wuduk. Tetapi wanita tersebut perlu berwuduk selepas masuk waktu dan berhati-hati.
Sebaliknya jika cecair tersebut keluar terputus-putus dan kebiasaannya cecair akan terputus dalam waktu solat, maka sebaiknya wanita tersebut melewatkan solatnya sehingga waktu putus cecair, selagi mana dia tidak risau keluar waktu. Jika risau keluar waktu, dia berwuduk, menutup farajnya dengan kapas, dan bersembahyang.
Tiada beza antara banyak dan sedikit, kerana mana-mana pun keluar daripada qubul dan dubur, maka ia membatalkan wuduk tanpa mengambil kira banyaknya. Berbeza dengan cecair yang keluar daripada anggota badan lain, seperti darah dan muntah, ia tidak membatalkan wuduk sama ada sedikit atau banyak.
Sangkaan sebahagian wanita bahawa cecair ini tidak membatalkan wuduk, saya tidak mengetahui sebarang sumber bagi sangkaan ini melainkan pendapat oleh ibn Hazm rahimahullah. Menurutnya, cecair ini tidak membatalkan wuduk. Tetapi beliau tidak mengemukakan sebarang dalil. Sekiranya pendapat ini memiliki sandaran daripada al-Quran, Sunnah atau pendapat para sahabat, pasti kita akan menerimanya.
Kaum wanita wajib bertakwa kepada Allah, berusaha memelihara kesuciannya kerana solat tidak akan diterima tanpa bersuci meskipun seseorang solat seratus kali. Bahkan sebahagian ulama berpendapat sesiapa yang solat tanpa bersuci, dia jatuh kafir kerana dianggap bermain-main dengan ayat Allah.
ﺟ35: الظاهر لي بعد البحث: أن السائل الخارج من المرأة إذا كان لا يخرج من المثانة، وإنما يخرج من الرحم، أنّه طاهرٌ، ولكنه ينقض الوضوء وإن كان طاهرًا؛ لأنه لا يشترط للناقض للوضوء أن يكون نجسًا، فها هي الرّيح تخرج من الدّبر، وليس لها جرمٌ، ومع ذلك تنقض الوضوء.
وعلى هذا، إذا خرج من المرأة وهي على وضوءٍ فإنه ينقض الوضوء، وعليها تجديده.
فإن كان مستمرًّا فإنه لا ينقض الوضوء، ولكن تتوضأ للصلاة إذا دخل وقتها، وتصلّي في هذا الوقت الّذي تتوضأ فيه فروضًا ونوافل، وتقرأ القرآن، وتفعل ما شاءت ممّا يباح لها،
كما قال أهل العلم نحو هذا فيمن به سلس البول، هذا هو حكم السائل من جهة الطهارة، فهو طاهرٌ، ومن جهة نقضه للوضوء، فهو ناقضٌ للوضوء إلا أن يكون مستمرًّا عليها، فإن كان مستمرًّا فإنه لا ينقض الوضوء، لكن على المرأة ألا تتوضأ للصلاة إلا بعد دخول الوقت، وأن تتحفظ.
أما إن كان منقطعًا، وكان من عادته أن ينقطع في أوقات الصلاة، فإنها تؤخّر الصلاة إلى الوقت الّذي ينقطع فيه، ما لم تخش خروج الوقت، فإن خشيت خروج الوقت فإنها تتوضأ، وتتلجم -تتحفظ- وتصلّي.
ولا فرق بين القليل والكثير؛ لأنه كله خارجٌ من السبيل، فيكون ناقضًا قليله وكثيره، بخلاف الذي يخرج من بقية البدن كالدم والقيء، فإنه لا ينقض الوضوء، لا قليله ولا كثيره.
وأما اعتقاد بعض النّساء أنه لا ينقض الوضوء فهذا لا أعلم له أصلًا، إلا قولًا لابن حزمٍ رحمه الله، فإنه يقول: إن هذا لا ينقض الوضوء، ولكنه لم يذكر لهذا دليلًا، ولو كان له دليلٌ من الكتاب والسّنة أو أقوال الصحابة لكان حجةً.
وعلى المرأة أن تتقي الله، وتحرص على طهارتها؛ فإن الصلاة لا تقبل بغير طهارةٍ ولو صلت مئة مرةٍ، بل إن بعض العلماء يقول: إن الذي يصلّي بلا طهارةٍ يكفر؛ لأن هذا من باب الاستهزاء بآيات الله سبحانه وتعالى.