Seorang wanita selepas dua bulan dari nifas dan selepas suci mula mendapati beberapa titik kecil darah. Adakah dia harus berbuka puasa dan tidak solat? Apa yang harus dia lakukan?
السؤال
S1:
Seorang wanita selepas dua bulan dari nifas dan selepas suci mula mendapati beberapa titik kecil darah. Adakah dia harus berbuka puasa dan tidak solat? Apa yang harus dia lakukan?
س24: امرأةٌ بعد شهرين من النّفاس، وبعد أن طهرت بدأت تجد بعض النّقاط الصغيرة من الدم، فهل تفطر، ولا تصلّي؟ أو ماذا تفعل؟
الجواب
J1:
Masalah wanita berkaitan haid dan nifas adalah seperti laut yang tiada penghujungnya dan salah satu penyebabnya ialah penggunaan pil pencegah kehamilan dan haid. Dahulu orang tidak menghadapi banyak masalah seperti ini.
Memang benar masalah ini telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad ﷺ, malah sejak wujudnya wanita, tetapi peningkatannya secara mendadak yang membuatkan seseorang bingung dalam menyelesaikan masalah ini adalah sesuatu yang amat dikesali.
Namun, kaedah umum ialah jika seorang wanita telah suci dan melihat tanda suci yang pasti dalam haid dan nifas, dan yang dimaksudkan dengan tanda suci dalam haid ialah keluarnya cecair putih, yang dikenali oleh wanita. Maka, selepas suci, apa jua kotoan, kekuningan, titik atau kelembapan bukanlah haid. Ia tidak menghalang daripada solat, puasa dan suami bersama isteri, kerana ia bukan haid.
Ummu 'Atiyyah berkata: Kami tidak menganggap kekuningan dan kekotoran itu apa-apa. [Riwayat al-Bukhari] Dalam riwayat Abu Dawud dengan sanad yang sahih: Kekuningan dan kekeruhan selepas suci.
Oleh itu, kami katakan: Semua yang berlaku selepas suci yang pasti daripada perkara ini tidak memudaratkan wanita dan tidak menghalangnya daripada solat, puasa, dan suami menyetubuhi isteri. Tetapi wanita tidak boleh terburu-buru sehingga melihat tanda suci,
Kerana ada sesetengah wanita apabila darah kering daripadanya segera mandi sebelum melihat tanda suci.
Oleh itu, wanita-wanita sahabat menunjukkan kapas berlumuran darah kepada Ummul Mukminin Aisyah RA, dan beliau berkata kepada mereka: "Jangan tergesa-gesa sehingga melihat cecair putih."
ﺟ24: مشاكل النّساء في الحيض والنّفاس بحرٌ لا ساحل له، ومن أسبابه: استعمال هذه الحبوب المانعة للحمل والمانعة للحيض، وما كان الناس يعرفون مثل هذه الإشكالات الكثيرة،
صحيحٌ أن الإشكال ما زال موجودًا من بعثة الرسول ﷺ، بل منذ وجد النّساء، ولكن كثرته على هذا الوجه الذي يقف الإنسان حيران في حلّ مشاكله أمرٌ يؤسف له.
ولكن القاعدة العامة: أن المرأة إذا طهرت، ورأت الطّهر المتيقن في الحيض وفي النّفاس -وأعني بالطّهر في الحيض: خروج القصة البيضاء، وهو ماءٌ أبيض تعرفه النّساء- فما بعد الطّهر من كدرةٍ، أو صفرةٍ، أو نقطةٍ، أو رطوبةٍ، فهذا كلّه ليس بحيضٍ، فلا يمنع من الصلاة، ولا يمنع من الصّيام، ولا يمنع من جماع الرجل لزوجته؛ لأنه ليس بحيضٍ، قالت أمّ عطية:
«كُنَّا لَا نَعُدُّ الصُّفْرَةَ وَالْكُدْرَةَ شَيْئًا»
أخرجه البخاريّ[1]، وزاد أبو داود [2]:
«بَعْدَ الطُّهْرِ»
وسنده صحيحٌ.
[6] كتاب الحيض، باب الصفرة والكدرة في غير أيام الحيض (326).
[7] كتب الطهارة، باب في المرأة ترى الصفرة والكدرة بعد الطهر (307).
وعلى هذا نقول: كلّ ما حدث بعد الطّهر المتيقن من هذه الأشياء فإنها لا تضرّ المرأة، ولا تمنعها من صلاتها وصيامها ومباشرة زوجها إياها، ولكن يجب ألّا تتعجل حتى ترى الطّهر؛
لأن بعض النّساء إذا جف الدم عنها بادرت، واغتسلت قبل أن ترى الطّهر،
ولهذا كان نساء الصحابة يبعثن إلى أمّ المؤمنين عائشة رضي الله عنها بالكرسف، يعني: القطن فيه الدم، فتقول لهن:
«لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ القَصَّةَ البَيْضَاءَ»[3].
[8] أخرجه البخاري معلقًا، كتاب الحيض، باب إقبال الحيض وإدباره.