السؤال
س٢٦: ما آداب الدعاء؟
Soalan 26: Apakah adab-adab berdoa?
الجواب
ج:١. البدء بحمد الله والثناء عليه.
- الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم.
- في الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم:
«إذا صليت، فقعدت، فاحمد الله بما هو أهله، وصل عليَّ ثم ادعه»
رواه الترمذي.
- رفع اليدين أثناء الدعاء.
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
«إن ربكم تبارك وتعالى حيي كريم يستحيي من عبده إذا رفع يديه إليه أن يردهما صفرًا»
رواه الترمذي وأبو داود.
- التوبة والاعتراف بالذنب.
- في دعاء موسى عليه السلام:
﴿قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمۡتُ نَفۡسِي فَٱغۡفِرۡ لِي فَغَفَرَ لَهُۥٓۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ﴾
[القصص ١٦].
- الإلحاح في الدعاء، يعني إكثاره وتكراره.
- عدم استعجال الإجابة.
- لا تدع بإثم أو قطيعة رحم.
- في الحديث:
«لا يزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم، ما لم يستعجل. قيل: يا رسول الله، ما الاستعجال؟ قال: يقول: قد دعوت، وقد دعوت، فلم أر يستجيب لي. فيستحسر عند ذلك، ويدع الدعاء»
رواه البخاري ومسلم.
- خفض الصوت في الدعاء.
- قال تعالى:
﴿ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعٗا وَخُفۡيَةًۚ﴾
[الأعراف: ٥٥].
- حضور القلب أثناء الدعاء.
«ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه»
- الإخلاص لله تعالى، وسؤال الله وحده في الشدّة والرخاء.
﴿وَأَنَّ ٱلۡمَسَٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُواْ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدٗا﴾
[الجن: ١٨].
- التوسّل إلى الله بأسمائه الحسنى وصفاته.
﴿وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ﴾
[الأعراف: ١٨٠].
- استقبال القبلة.
في الحديث:
«فما زال يهتف بربه مادًّا يديه مستقبل القبلة، حتى سقط رداؤه عن منكبيه»
رواه مسلم.
- إطابة المأكل والملبس.
«ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء: يا رب يا رب، ومطعمه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنى يستجاب لذلك»
Jawapan: 1. Memulakan doa dengan memuji Allah.
- Kemudian dengan selawat kepada Nabi SAW.
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda:
"Jika kamu mahu berdoa, maka pujilah Allah selayak-Nya, dan berselawatlah kepadaku. Kemudian barulah berdoa kepada-Nya."
Riwayat al-Tirmidhi.
- Menadah tangan ketika berdoa.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh, Tuhan kalian pemalu lagi pemurah. Dia malu untuk membiarkan hamba-Nya menadah tangan kepada-Nya, untuk membiarkan tangan itu turun dalam keadaan kosong."
Hadis riwayat al-Tirmidhi dan Abu Dawud.
- Bertaubat dan mengakui dosa.
Ini dicontohkan oleh Musa AS,
"Musa berkata: 'Tuhanku, telahku zalimi diriku, maka ampunilah aku.' Lalu Allah mengampunkannya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Mengasihani."
(Surah al-Qasas: 16).
- Berulangkali berdoa.
- Tidak tergesa-gesa dalam doa.
- Tidak berdoa perkara haram atau putus silaturahim.
Nabi SAW bersabda:
"Allah akan mengabulkan doa hamba-Nya selagi dia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan silaturrahim, dan tidak tergesa-gesa. Sahabat bertanya: 'Apakah maksud tergesa-gesa?' Baginda menjawab: 'Dia berkata: Aku sudah berdoa, aku sudah berdoa, tetapi aku tidak melihat hasilnya,' lalu dia pun berputus asa dan meninggalkan doa."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Merendahkan suara ketika berdoa.
Dalilnya, firman Allah:
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut."
(Surah al-A'raf: 31)
- Menghadirkan hati semasa berdoa.
"Doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan diperkenankan. Ketahuilah, Allah tidak memperkenankan doa orang yang hatinya lalai."
- Berdoa semata-mata kepada Allah, dalam keadaan lapang dan terdesak.
"Ketahuilah, masjid-masjid itu hak Allah, maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapa di samping Allah."
(Surah al-Jinn: 18).
- Bertawasul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah.
"Allah memiliki nama-nama terindah, maka berdoalah dengan nama-nama tersebut."
- Menghadap kiblat.
Baginda berterusan memanggil Tuhannya dalam keadaan mengangkat tangan dan menghadap kiblat, sehingga jatuh pakaian atas baginda dari bahu baginda.
Hadis riwayat Muslim.
- Memilih makanan dan pakaian yang baik.
Kemudian baginda menyebut berkenaan seorang lelaki yang bermusafir panjang, rambutnya kusut masai, berdebu. Dia mengangkat tangan ke langit, menyeru Tuhannya. Tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, sumber gizinya haram; bagaimana diperkenankan dengan semua ini?