Sekiranya wanita yang datang bulan atau nifas suci pada waktu asar, adakah dia perlu solat zohor dan asar sekali? Atau hanya asar?
السؤال
S1:
Sekiranya wanita yang datang bulan atau nifas suci pada waktu asar, adakah dia perlu solat zohor dan asar sekali? Atau hanya asar?
س12: إذا طهرت الحائض أو النّفساء وقت العصر، فهل تلزمها صلاة الظّهر مع العصر، أو لا يلزمها سوى العصر فقط؟
الجواب
J1:
Pendapat yang paling tepat dalam isu ini adalah, wanita tersebut hanya wajib melaksanakan solat asar sahaja; kerana tiada dalil yang menunjukkan kewajipan solat zohor. Kaedah asalnya,
"Sesiapa yang sempat melakukan satu rakaat solat asar sebelum matahari terbenam, dia dikira melakukan semua solat asar pada waktunya."
Baginda tidak menyebut dia turut sempat melakukan solat zuhur. Sekiranya solat zuhur juga wajib, pasti Nabi SAW akan menjelaskannya. Begitu juga, kita bersepakat bahawa wanita yang datang bulan selepas masuk zuhur hanya perlu mengqada solat zuhur sahaja, tanpa solat asar, meskipun zuhur dijamakkan dengan asar. Tiada beza antara situasi ini dengan situasi yang ditanya.
Berdasarkan sisi pandang ini, pendapat yang rajih adalah wanita tersebut hanya wajib menggantikan solat asar sahaja, berdasarkan petunjuk dalil dan qiyas. Hal yang sama juga sekiranya wanita tersebut suci sebelum tamat waktu isyak, dia hanya perlu menggantikan solat isyak sahaja tanpa maghrib.
ﺟ12: القول الراجح في هذه المسألة: أنه لا يلزمها إلا العصر فقط؛ لأنه لا دليل على وجوب صلاة الظّهر، والأصل براءة الذّمة، ثم إن النبي ﷺ قال:
«مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الْعَصْرِ قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ» [1]،
ولم يذكر أنه أدرك الظّهر، ولو كان الظّهر واجبًا لبينه النبيّ ﷺ، ولأن المرأة لو حاضت بعد دخول وقت الظّهر لم يلزمها إلا قضاء صلاة الظّهر دون صلاة العصر، مع أن الظّهر تجمع إلى العصر، ولا فرق بينها وبين الصّورة التي وقع السّؤال عنها.
[2] البخاري، كتاب الصوم، باب الحائض تترك الصوم والصلاة (1951).
وعلى هذا يكون القول الراجح أنه لا يلزمها إلا صلاة العصر فقط؛ لدلالة النصّ والقياس عليها، وكذلك الشأن فيما لو طهرت قبل خروج وقت العشاء، فإنه لا يلزمها إلا صلاة العشاء، ولا تلزمها صلاة المغرب.