Wanita yang sedang hamil turun darahnya pada siang Ramadan, adakah memberi kesan kepada puasanya?
السؤال
S1:
Wanita yang sedang hamil turun darahnya pada siang Ramadan, adakah memberi kesan kepada puasanya?
س14: نزول الدم من الحامل في نهار رمضان، هل يؤثّر على صومها؟
الجواب
J1:
Sekiranya seorang wanita datang bulan ketika berpuasa, maka puasa menjadi batal. Dalilnya, sabda Nabi SAW:
"Bukankah apabila wanita datang bulan, dia tidak solat dan tidak berpuasa?"
Berdasarkan hadis ini, kita menanggapi haid sebagai pembatal puasa, begitu juga darah nifas. Kedua-duanya membatalkan puasa.
Apabila seorang wanita hamil keluar darah yang merupakan darah haid pada pada siang Ramadan, maka haidnya sama seperti haid wanita lain yang tidak hamil juga; iaitu haidnya memberi kesan kepada puasanya. Tetapi jika darah yang keluar itu bukan darah haid, maka keluarnya darah itu tidak memberi kesan kepada puasanya.
Haid yang mungkin berlaku kepada wanita hamil adalah darah yang bersambung sejak awal kehamilan, dan yang keluar pada waktu-waktu biasa. Kedua-dua darah ini dikira sebagai darah haid menurut pendapat yang rajih.
Sekiranya wanita hamil tersebut terputus darah dari awal kehamilan, kemudian selepas itu dia melihat darahnya tidak seperti darah haid yang biasa, maka darah itu tidak menjejaskan puasanya kerana ia tidak dianggap haid.
ﺟ14: إذا خرج دم الحيض والأنثى صائمةٌ فإن صومها يفسد؛ لقول النبيّ ﷺ:
«أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ، وَلَمْ تَصُمْ؟» [1]
ولهذا نعدّه من المفطّرات، والنّفاس مثله، وخروج دم الحيض والنّفاس مفسدٌ للصوم.
[3] البخاري، كتاب الصوم، باب الحائض تترك الصوم والصلاة (1951).
ونزول الدم من الحامل في نهار رمضان إذا كان حيضًا فإنه كحيض غير الحامل، أي: يؤثّر على صومها، وإن لم يكن حيضًا فإنه لا يؤثّر.
والحيض الّذي يمكن أن يقع من الحامل هو أن يكون حيضًا مطردًا لم ينقطع عنها منذ حملت، بل كان يأتيها في أوقاتها المعتادة، فهذا حيضٌ على القول الراجح، يثبت له أحكام الحيض.
أما إذا انقطع الدم عنها، ثم صارت بعد ذلك ترى دمًا ليس هو الدم المعتاد، فإن هذا لا يؤثّر على صيامها؛ لأنه ليس بحيضٍ.