Wahai Allah, sesiapa yang memegang sesuatu daripada urusan umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang memegang sesuatu daripada urusan umatku lalu dia berlembut dengan mereka, maka berlembutlah dengannya.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di rumahku ini:
"«Wahai Allah, sesiapa yang menguruskan sesuatu daripada urusan umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan sesuatu daripada urusan umatku lalu dia berlembut dengan mereka, maka berlembutlah dengannya.»"
«اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ».
Rasulullah SAW mendoakan ke atas setiap orang yang memegang tanggungjawab dalam urusan umat Islam, sama ada kecil mahupun besar, dan sama ada bidang kuasa tersebut bersifat umum mahupun khusus, lalu dia mendatangkan kesusahan dan tidak berlemah lembut terhadap mereka, agar Allah Taala membalasnya dengan balasan yang setimpal dengan perbuatannya, iaitu dengan menimpakan kesusahan ke atasnya. Dan sesungguhnya, sesiapa yang berlemah lembut terhadap mereka dan mempermudahkan urusan mereka, nescaya Allah SWT akan berlemah lembut terhadapnya serta mempermudahkan segala urusannya.
Wajib ke atas seseorang yang menguruskan sesuatu daripada urusan kaum Muslimin untuk berlemah lembut terhadap mereka sedaya upayanya.
Balasan itu mengikut jenis amalan.
Mizan bagi apa yang diambil kira sebagai kelembutan atau ketegasan ialah apa yang tidak menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah.
Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1458) (1828).
Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1458) (1828).
Maklumat tambahan (12)
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 367).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 224).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 419).
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 367).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 224).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 419).
Dipetik dalam kitab
2 BukuMaklumat tambahan (2)
- الدعوة إلى الله وأخلاق الدعاة«اللَّهُمَّ مَنْ وَلِىَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِى شَيْئاً فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِىَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِى شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ »
- مجموعة زاد التربية الإسلامية (1)، والسيرة النبوبة (1)، والعقيدة (1)، والفقه (1)التربية الأسلامية 1«اللهُمّ، منْ ولِي مِنْ أمْرِ أُمّتِي شيْئًا فشقّ عليْهِمْ، فاشْقُقْ عليْهِ، ومنْ ولِي مِنْ أمْرِ أُمّتِي شيْئًا فرفق بِهِمْ، فارْفُقْ بِهِ»