Skip to content

Perkataan daripada kebenaran itu disambar oleh jin, lalu dia membisikkannya ke dalam telinga walinya seperti bunyi ayam betina berkotek, lalu mereka mencampurkannya dengan lebih daripada seratus dusta.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

Beberapa orang bertanya kepada Rasulullah ﷺ mengenai para dukun, lalu Rasulullah ﷺ bersabda kepada mereka: "Mereka bukanlah apa-apa." Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kadang-kadang mereka menceritakan sesuatu perkara yang benar." Maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Kalimat yang benar itu disambar oleh jin, lalu dibisikkannya ke dalam telinga walinya seperti bunyi ayam betina, kemudian mereka mencampurkannya dengan lebih daripada seratus pembohongan."

سَأَلَ أُنَاسٌ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْكُهَّانِ، فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَيْسُوا بِشَيْءٍ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، فَإِنَّهُمْ يُحَدِّثُونَ أَحْيَانًا بِالشَّيْءِ يَكُونُ حَقًّا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنَ الْحَقِّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقُرُّهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ قَرَّ الدَّجَاجَةِ، فَيَخْلِطُونَ فِيهَا أَكْثَرَ مِنْ مِائَةِ كَذْبَةٍ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi SAW ditanya mengenai mereka yang mengkhabarkan tentang perkara-perkara ghaib pada masa hadapan, lalu baginda bersabda: Janganlah kamu menghiraukan mereka, dan janganlah menerima kata-kata mereka, serta janganlah mengambil peduli tentang urusan mereka. Maka mereka berkata: Sesungguhnya perkataan mereka bertepatan dengan kenyataan pada sesetengah masa, seperti mana jika mereka mengkhabarkan tentang berlakunya suatu perkara ghaib pada bulan sekian pada hari sekian, maka ia berlaku menepati perkataan mereka. Maka Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya jin menyambar apa yang mereka dengar daripada berita langit, lalu mereka turun kepada sekutu-sekutu mereka dalam kalangan dukun dan mengkhabarkan kepada mereka apa yang telah mereka dengar. Kemudian dukun tersebut menambah seratus pembohongan kepada apa yang didengarnya dari langit itu."

Makna Perkataan

يخْطفُها: يأخذها بسرعة.

فَيَقُرُّهَا في أُذُنِ: يلْقِيهَا على مسَامِع.

قرَّ الدجاج: صوتها عند مخاطبة دجاجة أخرى.

Antara faedah daripada hadis ini:

Larangan mempercayai para dukun, dan bahawa apa yang mereka katakan adalah dusta dan rekaan, walaupun ia benar pada sesetengah keadaan.

Langit dipelihara daripada syaitan dengan pengutusan Nabi SAW agar mereka tidak dapat mendengar sesuatu pun daripada wahyu mahupun selainnya, kecuali mereka yang mencuri dengar dan terselamat daripada panahan api.

Jin mengambil sekutu dari kalangan manusia.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 47) (6213).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1750) (2228).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 47) (6213).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1750) (2228).

Maklumat tambahan (18)

نزهة المتقين (2/ 1143).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (17/ 557).

بهجة الناظرين.

لسليم الهلالي (3/ 177).

مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح.

لعلي القاري (7/ 2904).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (6/ 404).

نزهة المتقين (2/ 1143).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (17/ 557).

بهجة الناظرين.

لسليم الهلالي (3/ 177).

مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح.

لعلي القاري (7/ 2904).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (6/ 404).