Skip to content

Sekiranya seorang wanita suci dari haid atau nifas sebelum masuk waktu subuh, dan hanya mandi wajib selepas masuk waktu subuh, adakah sah puasanya?

السؤال

S1:

Sekiranya seorang wanita suci dari haid atau nifas sebelum masuk waktu subuh, dan hanya mandi wajib selepas masuk waktu subuh, adakah sah puasanya?

س7: إذا طهرت الحائض أو النّفساء قبل الفجر، ولم تغتسل إلا بعد الفجر، فهل يصحّ صومها، أو لا؟

الجواب

J1:

Ya, puasa wanita yang putus haid sebelum waktu subuh adalah sah, meskipun dia tidak mandi melainkan selepas menyingsingnya fajar. Begitu juga nifas. Situasi ini memasukkan wanita tersebut dalam kategori wajib berpuasa. Kes yang serupa juga dengan orang yang berjunub, sekiranya masuk waktu subuh dalam keadaan masih berjunub, puasanya tetap sah;

berdasarkan firman Allah, "Maka sekarang, bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dan dapatkanlah ketetapan Allah yang ditentukan buat kalian (zuriat); makan dan minumlah sehingga jelas 'benang putih' dari 'benang hitam' fajar." [Surah al-Baqarah: 187]

Sekiranya Allah mengizinkan jimak sehingga jelas waktu subuh, pastilah mandi wajib hanya berlaku selepas waktu subuh. Begitu juga berdasarkan hadis `A'isyah, beliau berkata: "Nabi SAW pernah berjunub ketika masuk waktu subuh kerana menyetubuhi isteri baginda, dalam keadaan berpuasa."

Ertinya Nabi SAW tidak mandi wajib melainkan selepas terbit fajar.

ﺟ7: نعم، يصحّ صوم المرأة الحائض إذا طهرت قبل الفجر، ولم تغتسل إلا بعد طلوع الفجر، وكذلك النّفساء؛ لأنها حينئذٍ من أهل الصوم، وهي شبيهةٌ بمن عليه جنابةٌ، إذا طلع الفجر وهو جنبٌ فإن صومه يصحّ؛ لقوله تعالى:

﴿...فَٱلۡـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ...﴾

[البقرة:187]،

وإذا أذن الله تعالى بالجماع إلى أن يتبين الفجر لزم من ذلك ألّا يكون الاغتسال إلا بعد طلوع الفجر، ولحديث عائشة رضي الله عنها

«أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعِ أَهْلِهِ وَهُوَ صَائِمٌ» [1].

أي: أنه عليه الصلاة والسلام لا يغتسل عن الجنابة إلا بعد طلوع الصّبح.

[1] البخاري، كتاب الصوم، باب اغتسال الصائم (1931)، ومسلم، كتاب الصوم، باب صحة صوم من طلع عليه الفجر وهو جنب (75) (1109).