Skip to content

Sekiranya kebiasaan tempoh haid 8 atau 7 hari, tetapi suatu ketika darahnya turun lebih dari tempoh kebiasaan, apakah hukumnya?

السؤال

S1:

Sekiranya kebiasaan tempoh haid 8 atau 7 hari, tetapi suatu ketika darahnya turun lebih dari tempoh kebiasaan, apakah hukumnya?

س4: إذا كانت المرأة عادتها الشهرية ثمانية أيامٍ أو سبعة أيامٍ، ثم استمرت معها مرةً أو مرتين أكثر من ذلك، فما الحكم؟

الجواب

J1:

Sekiranya kebiasaan tempoh haidnya 6 atau 7 hari, kemudian suatu ketika tempoh darah turun berpanjangan sehingga 8, atau 9, atau 10, atau 11, dia masih dalam keadaan haid dan tidak perlu solat, sehingga darah putus.

Kerana Nabi SAW tidak meletakkan had tempoh tertentu bagi darah haid,

Allah SWT berfirman, "Mereka bertanya kepadamu, wahai Nabi, tentang haid. Katakanlah: Ia darah kotoran." [Surah al-Baqarah: 222]

Justeru selagi mana darah masih turun, maka dia kekal dalam keadaan haid sehingga darahnya putus. Apabila sudah suci, barulah dia mandi wajib dan solat. Bulan seterusnya, sekiranya haidnya kurang dari tempoh kebiasaan, dia perlu mandi wajib serta merta selepas suci, meskipun tempohnya kurang berbanding bulan lepas.

Ringkasnya, seorang wanita yang masih turun darah haidnya, dia tidak perlu solat. Sama ada tempohnya sama seperti tempoh kebiasaan, atau lebih, atau kurang, dia hanya dibenarkan solat apabila dia sudah suci.

ﺟ4: إذا كانت عادة هذه المرأة ستة أيامٍ أو سبعةً، ثم طالت هذه المدة، وصارت ثمانيةً أو تسعةً أو عشرةً أو أحد عشر يومًا فإنها تبقى لا تصلّي حتى تطهر،

وذلك لأن النبي ﷺ لم يحد حدًّا معيّنًا في الحيض، وقد قال الله تعالى:

﴿وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِۖ قُلۡ هُوَ أَذٗى...﴾

[البقرة:222]،

فمتى كان هذا الدم باقيًا فإن المرأة على حالها حتى تطهر، وتغتسل، ثم تصلّي، فإذا جاءها في الشهر الثاني ناقصًا عن ذلك فإنها تغتسل إذا طهرت وإن لم يكن على المدة السابقة.

والمهمّ أن المرأة متى كان الحيض معها موجودًا فإنها لا تصلّي، سواءٌ كان الحيض موافقًا للعادة السابقة، أو زائدًا عنها، أو ناقصًا، وإذا طهرت تصلّي.