Peliharalah al-Quran ini, maka demi Allah yang jiwa Muhammad ﷺ berada di tangan-Nya, sesungguhnya ia lebih mudah terlepas daripada unta dalam ikatannya.
- التصنيف الشرعي
- القرآن الكريم وعلومهوصف القرآن وفضائلهالفضائل والآدابالآداب الشرعيةآداب تلاوة القرآن الكريم
- موضوعات الحديث
- العبادات القولية وأحكام اللسانتلاوة القرآنالقرآن وعلومه
Daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
"Peliharalah al-Quran ini, maka demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, sesungguhnya ia lebih mudah terlepas daripada unta dalam ikatannya."
«تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ الْإِبِلِ فِي عُقُلِهَا».
Nabi ﷺ memerintahkan untuk sentiasa memelihara al-Quran dan berterusan membacanya agar seseorang tidak melupakannya setelah menghafaznya di dalam dada. Baginda ﷺ menegaskan hal tersebut dengan sumpah Baginda bahawa sesungguhnya al-Quran lebih mudah terlepas dan hilang dari dada berbanding unta yang diikat, iaitu unta yang diikat dengan tali pada pertengahan kakinya. Jika seseorang terus memeliharanya, dia akan dapat menahannya, dan jika dia melepaskannya, ia akan pergi dan hilang.
Sekiranya penghafaz al-Quran sentiasa membacanya berulang kali, ia akan kekal terpelihara di dalam hatinya. Jika tidak, ia akan hilang daripadanya dan dia akan melupakannya.
Antara faedah melazimi al-Quran adalah ganjaran yang besar dan ketinggian darjat pada hari kiamat.
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 545) (791).
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 545) (791).
Maklumat tambahan (14)
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.
تأليف سليم الهلالي (2/ 231).
رياض الصالحين من كلام سيد المرسلين (ص299) (1002).
شرح رياض الصالحين.
للشيخ محمد بن صالح العثيمين (4/ 657).
كنوز رياض الصالحين.
لمجموعة من الباحثين (13/ 5).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.
تأليف سليم الهلالي (2/ 231).
رياض الصالحين من كلام سيد المرسلين (ص299) (1002).
شرح رياض الصالحين.
للشيخ محمد بن صالح العثيمين (4/ 657).
كنوز رياض الصالحين.
لمجموعة من الباحثين (13/ 5).