Skip to content

"Tiada seorang pun yang bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah dengan jujur daripada hatinya, melainkan Allah mengharamkan neraka baginya."

Daripada Anas bin Malik RA:

Bahawa Nabi SAW, ketika Mu'az membonceng di belakang baginda di atas tunggangan, baginda bersabda: “Wahai Mu'az bin Jabal.” Beliau menjawab: “Aku menyahut dan patuh, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Wahai Mu'az.” Beliau menjawab: “Aku menyahut dan patuh, wahai Rasulullah,” sebanyak tiga kali. Baginda bersabda: “Tiada seorang pun yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah dengan jujur dari hatinya, melainkan Allah akan mengharamkannya daripada api neraka.” Mu'az berkata: “Wahai Rasulullah, patutkah aku mengkhabarkannya kepada orang ramai agar mereka bergembira?” Baginda bersabda: “Jika begitu, mereka akan berserah sahaja.” Mu'az telah mengkhabarkan perkara tersebut menjelang saat kematiannya kerana bimbang berdosa.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمُعَاذٌ رَدِيفُهُ عَلَى الرَّحْلِ قَالَ: «يَا مُعَاذُ بْنَ جَبَلٍ»، قَالَ: لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: «يَا مُعَاذُ»، قَالَ: لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللهِ وَسَعْدَيْكَ، ثَلَاثًا، قَالَ: «مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ»، قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا أُخْبِرُ بِهِ النَّاسَ فَيَسْتَبْشِرُوا؟ قَالَ: «إِذًا يَتَّكِلُوا». وَأَخْبَرَ بِهَا مُعَاذٌ عِنْدَ مَوْتِهِ تَأَثُّمًا.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Mu'az bin Jabal RA sedang menunggang di belakang Nabi SAW di atas tunggangan Baginda, lalu Baginda memanggilnya: "Wahai Mu'az?" dan mengulangi panggilan itu kepadanya sebanyak tiga kali; sebagai penegasan terhadap kepentingan apa yang akan Baginda katakan kepadanya. Dan kesemua itu dijawab oleh Mu'az radhiyallahu 'anhu dengan ucapannya: "Labbaika ya Rasulullah wa sa'daik", bermaksud: Aku menyahut seruanmu wahai Rasulullah secara berulang kali, dan aku memohon kebahagiaan dengan menyahut seruanmu. Maka baginda SAW memberitahunya bahawa tiada seorang pun yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, iaitu: tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, dengan jujur dari hatinya tanpa berdusta, lalu jika dia mati dalam keadaan ini, Allah mengharamkannya daripada api neraka. Maka Mu'az RA meminta izin daripada Nabi ﷺ untuk mengkhabarkan kepada orang ramai agar mereka bergembira dan mendapat khabar gembira? Maka Nabi ﷺ takut bahawa mereka akan bergantung kepadanya, dan amalan mereka berkurangan. Maka Mu'az tidak menceritakannya kepada sesiapa pun melainkan sebelum kewafatannya; kerana takut terjerumus ke dalam dosa menyembunyikan ilmu.

Makna Perkataan

الرحل: ما يوضع على ظهر الدابة للركوب.

Antara faedah daripada hadis ini:

Sifat tawaduk Nabi SAW dalam memboncengkan Mu'az di belakang baginda di atas tunggangan baginda.

Cara pengajaran Nabi SAW, apabila baginda mengulangi panggilan kepada Mu'az untuk menarik perhatiannya terhadap apa yang akan baginda sabdakan.

Antara syarat-syarat syahadah: bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, ialah orang yang mengucapkannya hendaklah benar dan yakin, tidak berdusta atau ragu-ragu.

Ahli Tauhid tidak akan kekal dalam neraka Jahannam, meskipun mereka memasukinya disebabkan dosa-dosa mereka; mereka akan dikeluarkan daripadanya setelah disucikan.

Kelebihan dua kalimah syahadah bagi sesiapa yang mengucapkannya dengan jujur.

Keharusan meninggalkan penyampaian sesuatu hadis dalam sesetengah keadaan jika ia mengakibatkan kerosakan.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 37) (128).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 61) (32).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 37) (128).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 61) (32).

Maklumat tambahan (10)

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 377).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 487).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (6/ 496).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 377).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 487).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (6/ 496).