Skip to content

"Sesungguhnya Allah memberi tempoh kepada orang yang zalim, sehingga apabila Dia menangkapnya, Dia tidak akan melepaskannya."

موضوعات الحديث
الأخلاقالظلم

Daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada orang yang zalim, sehingga apabila Dia menyeksanya, Dia tidak akan melepaskannya." Beliau berkata: Kemudian baginda membaca: "{Dan demikianlah azab Tuhanmu apabila Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azab seksa-Nya tidak terperi sakitnya, lagi amat keras} [Hud: 102]"

«إِنَّ اللهَ لَيُمْلِي لِلظَّالِمِ، حَتَّى إِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ» قَالَ: ثُمَّ قَرَأَ: «{وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ}[هود: 102]»

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi SAW memberi peringatan daripada berterusan dalam kezaliman melalui perbuatan dosa dan syirik, serta menzalimi manusia pada hak-hak mereka. Kerana sesungguhnya Allah SWT memberi tempoh kepada orang yang zalim, menangguhkannya, serta memanjangkan umur dan hartanya, lalu Dia tidak menyegerakan hukuman ke atasnya. Maka jika dia tidak bertaubat, Allah akan menyeksanya, dan tidak akan melepaskannya serta tidak akan membiarkannya kerana banyaknya kezaliman yang dilakukannya. Kemudian, baginda SAW membaca: {Dan demikianlah azab Tuhanmu apabila Dia mengazab (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azab-Nya sangat pedih, lagi amat keras.} [Hud: 102].

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Orang yang berakal perlu segera bertaubat, dan tidak merasa aman daripada makar Allah jika dia berterusan melakukan kezaliman.

Penangguhan Allah SWT kepada orang-orang yang zalim dan tidak menyegerakan hukuman ke atas mereka adalah sebagai istidraj bagi mereka dan untuk menggandakan azab seksa jika mereka tidak bertaubat.

Kezaliman merupakan antara sebab turunnya hukuman Allah ke atas umat-umat.

Apabila Allah membinasakan sebuah kampung, maka mungkin terdapat di dalamnya orang-orang yang soleh. Maka mereka ini akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas kesolehan mereka ketika meninggal dunia, dan tidak memudaratkan mereka walaupun azab tersebut turut menimpa mereka.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (6/ 74) (4686).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1997) (2583).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (6/ 74) (4686).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1997) (2583).

Maklumat tambahan (20)

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (2/ 496).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 303).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 231).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص165).

مرقاة المفاتيح.

علي القاري (8/ 3200).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (2/ 496).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 303).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 231).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص165).

مرقاة المفاتيح.

علي القاري (8/ 3200).