"Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."
Daripada 'Abdullah bin 'Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."
«يقالُ لصاحبِ القرآن: اقرَأ وارتَقِ، ورتِّل كما كُنْتَ ترتِّل في الدُنيا، فإن منزِلَكَ عندَ آخرِ آية تقرؤها».
Nabi ﷺ memberitakan bahawa akan dikatakan kepada pembaca al-Quran, yang beramal dengan kandungannya serta sentiasa tekun membacanya dan menghafalnya, apabila dia memasuki syurga: “Bacalah al-Quran, dan naiklah ke darjat-darjat syurga, dan bacalah ia secara tartil sepertimana engkau membacanya di dunia dengan perlahan dan tenang; kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang engkau baca.”
...:
Balasan setimpal dengan perbuatan dari segi kuantiti dan kualiti.
Galakan untuk membaca al-Quran, menguasainya, menghafaznya, mentadabburnya, dan mengamalkannya.
Syurga memiliki banyak tingkatan dan darjat, dan di dalamnya para ahli al-Quran meraih darjat yang paling tinggi.
Sunan Abī Dāwūd (2/ 592) (1464).
Sunan al-Tirmidhī (5/ 35) (2914).
Musnad Aḥmad (11/ 403) (6799).
Al-Sunan al-Kubrā; al-Nasā’ī (7/ 272) (8002).
Maklumat tambahan (3)
معالم السنن (1/290).
تحفة الأحوذي (8/187).
عون المعبود وحاشية ابن القيم (4/ 237).